Wednesday, October 31, 2012

McDonald's : I'm Loving It?

Pic cilok dari Facebook member!
Jangan komen, anda hanya perlu lihat dan fikir-fikirkan. Tahun depan Bintulu akan ada McDonald's, tak sabar nak makan Big Mac (Ignorance is Bliss!)

Untuk keterangan lanjut tentang bagaimana hendak memberi bantuan kepada rakyat Palestine, sila lawati laman sesawang http://www.aqsasyarif.org.my/ (Aqsa Syarif Berhad)

Sunday, October 28, 2012

Melukis Kartun : Salah Satu Hobi Pelik Aku (Part 2)

Ok mungkin kalian dah baca entri sebelum ini yang merujuk pasal hobi melukis kartun aku tu. Di masa terluang, kadang2 aku suka jugak buat karikatur (mengkartunkan orang dalam bentuk yang lucu haha) dan melukis karakter dari movie science fiction. Aku tak berhasrat nak mendalami hobi ini, sekadar suka-suka sahaja. Ada juga member2 lain yang sama mengikuti bengkel kartunis sebelum ini yang memberi cadangan untuk buat bisnes part-time memberi perkhidmatan melukis karikatur pasangan pengantin ataupun keluarga. Aku pada mulanya berminat juga cuma aku tak berapa pandai mewarna menggunakan Adobe Photoshop ataupun Coral Draw. Ini merupakan kelemahan aku. Ok di bawah merupakan beberapa hasil karikatur dan kartun yang aku buat:

Ini merupakan karikatur 2 orang makcik yang sepejabat dengan aku. As you can see, di bahagian footer nya ada tertulis perkataan KERIBANG, well itu kira macam nama samaran aku la haha. Keribang bermaksud Keledek dalam bahasa Sarawak.


Siapa boleh lupa karakter ini. Ini merupakan makhluk asing rekaan asal H R Giger dari filem Alien arahan Ridley Scott


Ini pula Alien versi action figure yang aku lukis beberapa tahun lepas


Lady Lucifer : Fantasy Character 


Lady Lucifer kemudiannya menjadi penghias blog distro aku iaitu Metuk Ulau Underground Voices


Hellhound : Fantasy Character


haha yang ini pula karikatur rakan sepejabat aku.


Friday, October 26, 2012

Review Movie : The Message : The Story of Islam (Selamat Hari Raya Aidil Adha Buat Semua Pembaca Blog Molotov Cocktailz)

Official Movie Poster. Released in 1976
Kalau tiba Raya Korban ni, tak banyak memori yang boleh aku ingat balik la. Mungkin ada satu atau dua peristiwa contohnya masa aku masih muda remaja dulu ikut aktiviti penyembelihan kambing dan lembu untuk dikorbankan di masjid. Tapi di antara memori yang masih melekat di fikiran aku masa tima raya korban ini ialah semasa aku 1st time tengok movie "The Message : The Story of Islam" arahan Moustapha Akkad yang ditayangkan di RTM 1 masa aku masih kecik dulu (kira2 awal dekad 90'an kot). Ramai yang tak tahu bahawa pengarahnya Moustapha Akkad merupakan orang yang bertanggungjawab menghasilkan filem bersiri Halloween pada dekad 70'an dahulu. Menurut sumber dari Wikipedia, filem ini juga di-finance secara kerjasama di antara beliau dengan bekas diktator Lybia iaitu Muammar Ghadafi.

Filem ini berkisar tentang kisah hidup nabi junjungan umat Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W. yang diutuskan oleh Allah sebagai rasul yang terakhir serta rentetan peristiwa penting dalam penyebaran agama Islam di Mekah serta Madinah pada ketika itu. Di antara peristiwa penting yang dimaksudkan ialah penghijarahan umat Islam ke Madinah (pada asalnya digelar Yathrib), Perang Badar, Perang Uhud serta penawanan kota Mekah oleh Rasulullah SAW.

Gaya penceritaan filem ini sungguh menarik kerana jika diperhatikan, tiada satupun scene dalam movie ini menunjukkan sifat serta rupa Rasulullah mahupun suara baginda, ini adalah kerana bagi menjaga sensitiviti masyarakat Islam sedunia kerana seperti yang kebanyakan umatnya mengetahui bahawa membuat sesuatu yang menyerupai baginda adalah salah dan haram sama sekali. 

In accordance with Muslim beliefs regarding depictions of Muhammad, he was not depicted on-screen nor was his voice heard. At the beginning of the film, a statement is displayed, "The makers of this film honour the Islamic tradition which holds that the impersonation of the Prophet offends against the spirituality of his message. Therefore, the person of Mohammad will not be shown." Wikipedia

Ianya lebih kepada penceritaan dari point-of-view beberapa sahabat Rasulullah seperti Saidina Hamzah (Singa Allah dan merupakan pakcik Rasulullah), Abu Sufian serta isterinya dan Bilal Bin Rabah. Apa yang membuatkan filem ini menjadi sungguh beremosi ialah pada bahagian terakhirnya di mana Khutbah Terakhir Rasulullah dibaca oleh Narrator dan kamera difokuskan kepada para jemaah haji yang datang ke Rumah Allah iaitu Masjidil Haram. Seriously manly tears. Filem ini juga sesuai untuk tatapan penonton yang bukan Islam bagi menerangkan asal usul Islam yang sebenar, tanpa ada sifat bias ataupun yang menyimpang.

Full version of the movie in HD. Boleh sedut kat sini hehe

Wednesday, October 24, 2012

Melukis Kartun : Salah Satu Hobi Pelik Aku! (Part 1)

Semasa aku remaja dahulu, aku sering membaca majalah kartun di pasaran seperti Gila-Gila, Humor, Ujang dan Apo (sebelum era MOY production). Ini membuatkan aku tersangat2 teringin untuk menjadi seorang kartunis, dalam kepala hotak dah pasang siap2 angan2 sebegini. Kebolehan aku melukis sebenarnya sudah pun bermula semasa aku masih di bangku sekolah rendah lagi. Setiap kali masuk subjek Pendidikan Seni, aku lah yang paling excited. Tapi not all the time I get the highest score everytime datangnya exam. Ada juga ketikanya semasa aku masih kecik dulu aku pernah menyatakan kepada parents aku tentang hasrat dan cita-cita aku nak jadi kartunis. Well seperti dialog dalam movie P Ramlee "Ibu Mertuaku" jawapannya sungguh cliche iaitu "Pantang Nenek Moyang Aku Jadi Ahli Muzik" cuma perlu diubah dari ahli muzik ke kartunis sahaja lah hehe.

Pada tahun 2007 dahulu, salah satu karya kartun aku diambil sebagai contoh untuk pembikinan kalender tahunan organisasi aku ketika itu. Malangnya aku tak simpan copy yang telah di scan untuk karya2 aku tu. Pada tahun 2010 pula sekali lagi karya aku diambil untuk pembikinan panflet bagi mempromosikan perkhidmatan e-percukaian. Sebelum itu aku terpaksa menghadiri bengkel kartunis yang dikendalikan oleh pihak atasan dan apa yang menjadi faktor keterujaan aku ialah penceramah semasa bengkel tersebut adalah 2 orang kartunis dari Berita Harian iaitu Zoy (yang pernah mencetuskan kontroversi tentang karyanya yang menghina rakyat Jepun yang terlibat dalam bencana Tsunami beberapa tahun lepas) dan Yon. Ok tanpa membuang masa, di bawah ialah beberapa kartun yang sempat aku scan dan simpan dalam hard-disk aku:

Kartun awek telefonis ini pada mulanya di reject oleh pihak atasan aku atas sebab terlalu "seksi", tapi kemudiannya ia digunapakai lagi menjadi covergirl untuk salah satu panflet HASiL

 

Kartun Singh ini juga di reject pada saat-saat akhir kerana aku tak sempat mewarnakan karakter ini menggunakan Adobe Photoshop


Karya aku yang mempromosikan perkhidmatan e-Hubung iaitu pendaftaran percukaian secara SMS. Karya ini tidak terpilih untuk diletakkan di kalender HASiL


Karya ini pula menyampaikan mesej iaitu memberi kesedaran percukaian yang bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Ini juga tidak terpilih untuk dijadikan kartun penghias kalender walaupun aku taruk watak2 Wonderpets sebagai model.


Antara kartun yang terpilih untuk dijadikan cover panflet HASiL


Ini juga terpilih untuk dijadikan hiasan luaran panflet HASiL (mesej TELE INFO HASiL)


Monday, October 22, 2012

Pics Serta Video Menarik Semasa Sesi Jamming + Praktis Band "The Once" Sebelum Oktoberfest 2012

Rekaan Logo "The Once" Ini Dibuat Oleh Saudara Rezal
Sebelum event Oktoberfest yang berlangsung pada tempoh hari, aku bersama band The Once serta Metuk Ulau Project berhempas pulas berlatih bagi memberikan persembahan terbaik pada malam itu. Seperti yang kebanyakan kalian sudah maklum, aku bermain untuk 2 buah band pada event tersebut, Metuk Ulau Project dan The Once. Bagi band The Once pula aku beralih posisi dari pemain bass kepada keyboardist. Pics di bawah diambil semasa sesi latihan The Once di REG Studio, milik sahabat karib aku, abang Zabidin. InsyaAllah lain kali aku akan story sikit pasal sejarah penubuhan band reggae yang bergelar The Once ini. Sorry pasal kualiti gambar yang kurang memuaskan, kamera Nikon Coolpix S5100 memanjang buat hal...huhu sedih.

Dari Kiri: Amy (Bass), Es (Electric Guitar) dan Rezal (Acoustic Guitar)

 

Dari Kiri: Pendi (Drums), Chas (Vocals) dan aku (Keyboard)

Tengah Mencari Kod Yang Hilang (Pinjam Ayat Bro Ijau hehe)

                          

Memanjang blur kamera aku ni! Arghh sorry guys...

 

Rasanya kami lebih selesa berlatih di studio ini hehe...

The Once : Jamming Session at REG Studio Bintulu
Songs:
Kingston Town (UB40 Cover)
Love Song (The Cure & 311 Cover)
Ini pula video yang diambil dari webcam laptop bro Amy REG...lagu "Love Song"

Sunday, October 21, 2012

Pics Hancur Sempena Oktoberfest 2012 Bertempat di LA Bistro @ Kemena Hotel, Bintulu

Topi ahli sihir yang aku ambik di atas lantai hotel,mungkin tiada yang punya. So aku rembat saja lah hehe.

Event ini telah berlansung pada hari sabtu 20 Oktober 2012 bertempat di LA Bistro, Kemena Hotel Bintulu. Antara band yang terlibat dalam sesi persembahan malam itu ialah Majestica, Ana & The Scene, Wantwojuice, The Once dan semestinya Metuk Ulau Project (yup, with no K...bye bye K). Di bawah merupakan beberapa pics hancur yang diambil menggunakan kamera Nikon Coolpix S5100 aku yang hampeh, seperti kata Ijau ianya menjadi blurry disebabkan ada masalah pada bahagian exposure compensation. Aku memohon seribu kemaafan jika ianya memeningkan kepala anda, baik makan painkiller awal2 bagi mengelakkan rasa kepeningan semasa melihat pics di bawah.

Aru (Korawk) Koffin Kanser dari Pandan, Sebauh

Aru Korawk sambil diperhatikan oleh Ijau dari belakang

The Once in action (genre: Reggae)

The Once Live at LA Bistro, aku yang main keyboard tu hehe

The Once.Tunggu queue nak habiskan lagu..

The Once in Action. Let's do the dancing!

Majestica Live at LA Bistro (Genre: Progressive Rock)

One of the most happening band in Bintulu. This is Majestica!

Majestica still kick ass!

Majestica still in action!

Ana & The Scene: (Genre: Indie / Alternative Rock)

Ana & The Scene. Frontman bro Chop Sudir serta rakan2 adalah antara band indie yang terbaik di dalam scene UG Bintulu

Ana & The Scene. Saat paling best ialah apabila mereka cover lagu Kings Of Leon "Use Somebody"

Metuk Ulau Project. Yang ini aku lah haha (Genre: Heavy Metal / Iron Maiden cover band)

Metuk Ulau Project performing some Iron Maiden songs.

Metuk Ulau Project. Aduh hancur betul pic ini haha...sungguh memalukan

Wantwojuice. Genre (Alternative/Indie) mereka juga sebuah cover band Nidji.

Wanwojuice: Ini ialah 2nd guitarist, saudara Ikhwan..

Brader ini pula lead guitarist untuk Wantwojuice, dia meminjam gitar Ibanez GAX30 aku. Ya Allah selamatkan gitar aku itu.
Next time, aku akan letak video pulak (yang sempat diambil guna kamera hampeh aku tu) untuk tontonan anda sekalian, Harap terhibur ya dengan pics yang hancur tadi hehehe...mungkin blog Ada Apa Dengan Ijau? serta Geng Kereta Sapu juga akan post entri tentang topik yang sama sedikit masa lagi InsyaAllah.

Friday, October 19, 2012

Movie Review : The Possession (Rilisan 2012)

Official Movie Poster of "The Possession"
Kalau anda ingin sesuatu yang baru dalam filem bergenre horror/thriller melalui filem ini, jangkaan anda meleset dan adalah lebih baik anda layan movie lain dari kategori yang sama. Filem yang berjudul The Possession arahan Ole Bornedal dan diterbitkan oleh Sam Raimi (Oh yeah! Inilah pengarah yang bertanggungjawab membuat Spiderman Trilogi dan Evil Dead movie series) ternyata agak cliche dan mudah diramal akan jalan ceritanya. Ternyata filem terbitan Sam Raimi ini sama senasib dengan Drag Me To Hell, sebuah lagi filem terbitan beliau yang boleh dikatakan flop habis.

Tapi apa yang membuatkan aku teringin untuk menghabiskan masa menonton filem ini sehingga bahagian penamat ialah ianya menceritakan tentang makhluk Dybbuk yang tinggal dalam kurungan di dalam sebuah kotak. Ianya diambil dari mitos agama Yahudi. Setelah aku membuat kajian tentang Kotak Dybbuk ini, rupa2nya ianya benar2 wujud dan seperti yang diterjemahkan di dalam filem tersebut, barang sesiapa yang memiliki kotak tersebut akan ditimpa kecelakaan dan makhluk tersebut akan mengambil nyawanya sebagai host untuk ia masuk ke dunia manusia. Kotak Dybbuk tersebut pernah dilelongkan di dalam eBay suatu ketika dahulu dan ianya pada asalnya kepunyaan Kevin Mannis, seorang peniaga barangan antik dari Portland, Oregon, USA. 

Salah satu lagi sebab aku teruja ingin menonton filem ini ialah ianya juga dilakonkan oleh Matisyahu, penyanyi Reggae yang kian meningkat popular di USA sekarang (but not yet the whole world sebab this guy is a Rabbi turned Rapper/Reggae Arist) yang membawa watak Rabbi Tzadok. Ok, let me set things clear. Aku bukan pro yahudi atau apa2 jenis freemason-like follower, tapi aku hanya meminati muzik beliau dan lakonan Matistyahu dalam filem ini pun not bad at all...cuma tak sangka pulak, dalam agama Yahudi pun ada upacara Exorcism jugak haha still, sembahyang dengan kepala hangguk2 tu memang ada tunjuk la dalam filem ni.

Filem ini juga mengambil tema yang sama dengan filem The Unborn (keluaran 2009) di mana ianya memfokuskan kepada makhluk jahat dari kepercayaan agama Yahudi, sama seperti makhluk Dybbuk ini. At least these kind of movies gives bad impression about the belief of Judaism yang semestinya terpesong dari agama Tauhid yang sebenar! That one i give credits to the filmmakers.

Sinopsis ringkas tentang movie ini (sumber dari IMDb):
A young girl buys an antique box at a yard sale, unaware that inside the collectible lives a malicious ancient spirit. The girl's father teams with his ex-wife to find a way to end the curse upon their child.

Official Movie Trailer for "The Possession"

Tuesday, October 16, 2012

Documentary Review : MARLEY (Released on 20th April 2012)

Official Movie Poster
Bob Marley, seorang ikon yang semestinya sinonim dengan genre muzik spiritual yang digelar Reggae. Well, mostly related to Rastafari, sebuah pergerakan keagamaan yang menyatakan bahawa  Haile Selassie I, maharaja Ethiopia yang memerintah circa 1930 hingga 1974, sebagai jelmaan semula Jesus Christ dalam bentuk seorang kulit hitam. Kalau dalam Islam, pergerakan ini sudah dikategorikan sebagai ajaran sesat dah. Oh well, we are here for the music, right? Konfrontasi pertama kali mendengar muzik beliau ialah semasa aku masih berusia 12 tahun, kalau tak silap pada 1993. Pak Usu aku (adik bongsu kepada ayah aku) merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan muzik Bob Marley kepada aku, itu pun sebab dia asyik suruh aku dengarkan kaset The Best Of Bob Marley & The Wailers : Legend and believe it or not, I still have and listen to that cassette up until these days of modern age. 

Ok berbalik kepada review dokumentari Marley tadi. Filem dokumentari berbentuk biografi ini membawa kita, para penonton sekalian, menyelami kehidupan sebenar yang pernah dijalani oleh ikon Reggae ini. Bermula dari tempat kelahiran beliau di perkampungan yang bernama Nine Mile terletak di Saint Ann Parish, Jamaica sehinggalah beliau mengecapi kejayaan dalam persada dunia muzik antarabangsa. Nine Mile ini merupakan sebuah kampung setinggan yang rata2 penduduknya hidup di dalam keadaan kemiskinan yang teramat daif (serupa macam Bintulu ker?haha). Kemudian beliau serta ibunya Cedella Booker Marley berpindah ke Kingston, bandar utama Jamaica semasa beliau berumur 12 tahun in search for a better life. Bermulanya di tempat inilah Bob Marley serta adik tirinya Neville "Bunny" Livingston dan seorang sahabat mereka Peter Tosh (who also became a legend in Reggae music alongside Bob) menubuhkan "The Wailers" sebuah band yang asalnya memainkan muzik Ska dan Rocksteady. Selepas itu, it's history!

Starting point (yang aku terangkan di perenggan no. 2 di atas) dalam menceritakan tentang Bob Marley & The Wailers merupakan daya penarik kepada aku untuk terus menonton filem ini sehingga habis. Secara jujurnya ia membuat aku teruja dan ingin memahami perjuangan sebenar Bob Marley semasa hayatnya - One Love. Pengarah dokumentari ini iaitu Kevin Macdonald (pernah menghasilkan filem2 seperti The Last King Of Scotland, State of Play dan Touching The Void) memang teliti dalam hasil kerja beliau. Mana tidaknya, aku rasa cara dia nak deliver movie ini kepada umum tentang kisah hidup Bob Marley adalah 90% accurate with full details. Jika anda seorang peminat kental genre muzik Reggae, adalah tidak sah jika anda tidak menonton filem dokumentari ini. Bagi aku, ketepikan sejenak tentang pegangan agama beliau iaitu Rastafari itu, jika kita pandang dari aspek muzikaliti, Bob Marley semestinya pencetus kepada evolusi muzik moden di Jamaica dan juga seluruh dunia. 

Beberapa fakta menarik yang aku dapat tahu melalui filem ini:
  1. Ayah Bob Marley merupakan seorang peladang kulit putih yang berkerja untuk kerajaan Jamaica pada masa itu (late 1940's) dan namanya ialah Captain Noval Sinclair Marley.
  2. Pada awal karier beliau, record label ingin membuat pengubahsuaian pada namanya iaitu dari Bob ke Adam Marley akan tetapi Bob enggan menerima pendapat mereka.
  3. The Wailers pada awal penubuhan mereka sering membuat persembahan di kawasan perkuburan bagi menghalau roh jahat yang sering memberi nasib malang iaitu Duppy Dem, sekaligus untuk buang stage-fright jika berhadapan dengan penonton.
  4. Bob Marley mempunyai 11 orang anak daripada 7 hubungan yang berbeza! Perghh Wadapak! Anak luar nikah tu...
  5. Semasa mengadakan One Love Peace Concert, Bob Marley telah menyatukan serta meleraikan perbalahan di antara dua parti politik (iaitu People's National Party dan Jamaican Labour Party) apabila beliau berjaya membawa dua pemimpin dari parti tersebut untuk naik ke pentas dan berjabat tangan. Sebelum ni diorang sering bertelagah dan berbunuhan semasa sendiri.
The Legend Himself, Bob Marley. Pic diambil dari official website movie ini
Official Movie Trailer of Marley

Sunday, October 14, 2012

Speechless Sunday : Hari Ini Ialah Ulangtahun Pertama Blog Molotov Cocktailz!

Ini merupakan kek harijadi blog Molotov Cocktailz! Naaaatttttt!!!!

Pic cilok dari Google. Entah apa yang ditulis dalam bahasa cina kat atas kek tu.
Oh,lupa nak bagitau...sapa2 yang masih belum baca entri blog pertama aku, sila klik di SINI!

Thursday, October 11, 2012

Tips Untuk Menghadapi Hari Perkahwinan (Bagi Bakal Suami...Kalo Nak Ikut, Boleh.Tak Nak Ikut, Sudah)

Is It?
Beberapa hari lepas, bro Korawk. ada call aku just untuk borak2 ringkas pasal stuff underground dan beberapa business plans (?), tetiba pulak melalut masuk ke topik perkahwinan. Bro Korawk dah merancang nak mendirikan rumahtangga tahun depan. Dia ada cakap gak pasal nak mintak beberapa tips yang sesuai semasa pra-perkahwinan contohnya perkara2 yang merujuk kepada kos perbelanjaan, persediaan mental dan fizikal serta macam2 lagi la. Well, terus terang la aku cakap, aku bukan bagus sangat pun untuk dijadikan contoh dalam perkara sebegini. Aku pun penuh dengan kekhilafan jugak. Masa aku kahwin dulu pun, pada mulanya agak culture shock jugak la. Lepas tu, setelah bergelar suami orang secara sah, secara semulajadinya, aku dengan mudah beroleh instinct sebagai seorang ketua keluarga...great power comes with great responsibility (Peter Parker). Well, cut the crap. Ini merupakan tips2 yang aku sarankan:

Dari Segi Pengurusan Pra Perkahwinan
  1. Adalah lebih afdal jika segala perbelanjaan perkahwinan berasal dari tabungan yang kita buat sebelum ini. Jika kita terpaksa membuat sebarang bentuk pinjaman, pastikan ianya dari sumber yang tidak mengganggu gugat kehidupan kita selepas berkahwin, contohnya sumber loan dari bank2 mahupun koperasi...dan tolonglah, hindari perkhidmatan along, diorang sebenarnya bukan nak tolong.
  2. Jika terpaksa membuat loan, pastikan amaun yang ingin dipinjam tidaklah membebankan kita. Jangan terlalu bersikap tamak dan Tabarruj (menunjuk2 dan terlebih berhias).
  3. Amalkan konsep "Wasathiah" iaitu bersederhana dalam segala perkara terutama sekali dalam berbelanja untuk membeli persiapan majlis perkahwinan.
  4. Menyentuh tentang persediaan makanan semasa majlis perkahwinan, yang ini bergantung kepada lokasi majlis tersebut. Ada sesetengah tempat suka buat catering, ada jugak yang suka masak secara bergotong royong (ini sering berlaku di kawasan kampung). Ini terpulang kepada pihak keluarga untuk membuat keputusan, janji masih lagi mengekalkan mentaliti bersederhana seperti yang aku terangkan tadi.
  5. Jika pasangan berasal dan bermastautin di tempat yang sama, adalah lebih elok jika disatukan majlis kedua2 pihak keluarga menjadi satu majlis, daripada membuat dua majlis yang berasingan di kedua2 pihak. Ini bagi mengelakkan pembaziran dari segi berbelanja untuk majlis tersebut. Akan tetapi jika kedua bakal mempelai terpaksa membuat 2 majlis yang berasingan, apa boleh buat. At least apa yang harus anda lakukan ialah kawal bajet anda supaya anda tidak pokai selepas majlis perkahwinan telah selesai.
Dari Segi Kekuatan Rohani dan Mentaliti
  1. Kepada bakal suami, anda seharusnya pada ketika ini, membuang beberapa habit atau perangai buruk  anda yang mungkin memudaratkan perhubungan dengan bakal isteri nanti. Contohnya keluar malam pergi rumah urut, joli katak di kelab malam dan bermacam2 lagi lah. Jika anda tidak mempunyai sebarang perangai buruk, syukurlah dan tahniah saya ucapkan(ataupun sebenarnya anda tidak mahu mengaku).
  2. Kena betul2 bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami sekaligus menjadi ketua keluarga. Ya memang betul, pada peringkat awalnya memang akan ada rasa kekok serta culture shock, but trust me, ianya cuma bersifat sementara. Lama kelamaan, dengan izin Allah, sifat kepimpinan itu akan datang dengan semulajadi.
  3. Sentiasa bersabar dengan karenah keluarga terutama sekali ibu bapa kita serta bakal mertua juga. Itu pasal lah kita kena berkenalan dan membiasakan diri dengan keluarga bakal isteri bagi memenangi hati mereka. Tapi jangan lupa, lepas kahwin nanti kena jaga dan maintain this relationship. Jangan semata2 nak kawen saja.
  4. Anda dan bakal isteri kena maintain mood dan sentiasa happy semasa pra perkahwinan. Jangan sering bertengkar berkenaan dengan perkara remeh temeh especially yang berkaitan dengan persiapan perkahwinan.
  5. Part ini yang penting, aku berharap bagi bakal suami yang beragama Islam agar menjaga solat 5 waktu selepas bergelar suami orang. Ya memang betul masa bujang kita kadang2 nakal dan seringkali buat benda tak elok. Tapi adalah lebih elok jika kita berubah kepada yang lebih baik. Ok aku akui kadang sifat mat rock dalam diri aku ni susah nak dibuang, tapi perlu ada batasan, dan medium yang sesuai untuk menjadi alat pengawal kita ialah SOLAT. Tak perlulah berubah secara mendadak dan terus menjadi alim ulama, kena mula perlahan2 dari menyempurnakan solat lepas tu lancarkan bacaan semasa mengaji Al Quran. Bukankah agama kita menuntut para pengikutnya untuk menghasilkan zuriat yang baik2. Maka dari pendekatan sebeginilah bakal suami pun dapat manfaat, insyaAllah our future children pun akan dilahirkan dalam keadaan yang penuh keberkatan Allah. InsyaAllah.
OK lah malas lah nak mengarut banyak sangat. Karang korang fikir aku ni over pulak. Aku cuma ingin berkongsi pengalaman kepada sesiapa yang sudi mengambil nasihat. Kepada sahabatku Korawk dan mana2 yang masih belum berkahwin (dan merancang untuk membina masjid), good luck for you guys and hope you and your future wife will live happily ever after. Amin Ya Rabbal Alamin.

Ustaz Azhar Idrus di Forum Keluarga Bahagia

Wednesday, October 10, 2012

T-shirt WORMROT : South East Asia's Finest Grindcore Band

Wormrot "Dirge" T-shirt (Front)


Wormrot "Dirge" T-shirt (Back)
Wormrot In Action!

Aku beli t-shirt Wormrot ini melalui seorang peniaga baju bundle di Facebook. Aku pun dah tak ingat siapa nama nya. T-shirt ini bertag Super Heavyweight dan bersaiz XL, haha memang sesuai untuk jejaka berbadan besar macam aku ni. Ok mungkin ada yang masih tidak berapa mengenali band ini. Wormrot merupakan satu-satunya band dari Asia Tenggara yang menjadi artis di bawah naungan Earache Records. Cerita kebangkitan mereka dalam scene muzik UG Asia amat unik sebenarnya. Band ini dilamar oleh Digby Pearson, taukeh besar untuk label terkemuka Earache Records selepas beliau mengetahui tentang kewujudan band ini melalui sebuah blog yang sering review tentang band Grindcore terkini dari seluruh negara iaitu Invinsible Oranges.

Album2 mereka memang gempak. Mereka sudah pun mempunyai 2 buah album di dalam tangan iaitu "Abuse" (2010) dan "Dirge" (2011). Kedua2 album memang terbaik dan akan membuat anda headbanging serta ingin melakukan stage dive haha. Until then, I'm out but then again hope you guys enjoy the Wormrot's videos below:

Wormrot - Born Stupid (Official Music Video). This song is taken from the album "Abuse"


Wormrot - Spot A Pathetic (Official Music Video). Yang ini pula diambil dari album "Dirge"

Monday, October 8, 2012

TRESNO - KISAH MELANKOLI Dalam Bentuk SoundCloud Music Player


Jika anda perhatikan pada ruangan atas sebelah kiri MENU di blog saya ini, anda akan lihat tulisan TRESNO'S NEW SONG "KISAH MELANKOLI". Ianya merupakan SoundCloud Player yang memainkan lagu terbaru (well, sort of) dari band alternative/indie saya iaitu Tresno. Feel free to give it a listen and please do give some comments or critics concerning the song, whether you like it or not, it's up to you to decide. 
EP Tresno terbaru. Jika berminat untuk membeli CD ini, sila klik di SINI
Oh ya, TRESNO juga boleh dihubungi melalui pautan laman sesawang seperti yang dinyatakan di bawah:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...