Malas la aku nak buat intro pasal diri aku...bosan teramat la sangat...tapi apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah pengalaman muzik aku yang tak seberapa ni tapi nak jugak aku kongsikan kat u all semua....harap bagi la aku chance nak bersuara for god sake!
Aku mula terjebak ke dalam muzik (specifically ROCK) masa dari kecik2 dulu, dalam era 80'an, the golden years of Glam Rock mcm band2 seperti Skid Row, White Snake, Motley Crue, Scorpions, Bon Jovi dan mana2 lagi band seluar ketat sampai nak bijik kote tu.
Tapi Specifically antara band2 rock yang awal sekali mempengaruhi aku ialah band mcm Search, Wings, Fabian (damn, band ni la yg aku cukup suka masa aku kecik2 dulu...lagu best ialah Rumi dan Juli) Junction, Blood shed, XPDC dan mcm2 lagi band2 rock kapak zaman tu. Bapak aku dulu suka sangat beli kaset cap Apache kat pasar malam masa era 80'an sehinggalah awal 90'an. Tu yang aku boleh terjerumus ke arah rock tu.
Tapi tipu la kalo aku cakap aku tak minat muzik pop macam Vanilla Ice, NKOTB, Kriss Kross, MC Hammer, Michael Jackson (aku di sini dengan tanpa malunya mengaku bahawa masa aku kecik2 dulu aku memang die-hard fan MJ) ataupun yang local mcm 4u2c, KRU (kadang2 malu jugak aku nak mengaku yg aku suka rapping si Norman ni) NICO ataupun Krash Kozz. Mana taknya, muzik2 diorang memang happening masa dekad 80'an dulu....kalo kat sekolah rendah aku dulu, pasang ajer lagu2 mcm ni kat radio, kompem ada budak2 yg volunteer jadi break dancer kat tengah bilik kelas....punyer la kuat pengaruh pop culture masa tu.
Tapi setelah family aku berpindah ke Bintulu (dulu bapak aku kerja kat Shell Sdn Bhd di Miri, aku pun asal Miri jugak...pastu bapak aku kena transfer ke Bintulu, pastu melekat sampai la ke hari ni) orientasi muzik aku serta merta berubah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Masa ni dah masuk era awal 90'an...aku & family dah mula bertapak di Bintulu pada tahun 1993. Semua budak (well hampir semua la budak2 laki yang suka lepak n main gitar tong) kat sekolah aku tengah hangat melayan muzik alternatif & modern rock! masa ni la band2 mcm OAG, Nice Stupid Playground, Butterfingers baru nak naik...damn how i miss those days hahah
Tak lupa juger dengan kehangatan vibe yang ada pada muzik Grunge...woow bro...don't make me start talking about that...yang itu aku boleh elaborate pada masa akan datang ok guys haha
Tapi sebenarnya post ini cuma sebagai satu bentuk pengenalan atau introduction kepada entri2 pengalaman muzikal serta cerita2 pengalaman aku sebagai seorang insan yang minat muzik, bermain muzik, mempelajari muzik (secara tidak formal) serta hidup dalam senario muzik (maksud aku ni lebih kepada seni persembahan baik di atas pentas mahupun busking tepi jalan).
Pada lain kali aku akan cerita la ckit2 bagaimana aku start belajar main alat muzik seperti gitar, piano, drums, gambus (haha tak percaya ka?) dan bermacam2 lagi la instrumen yang aku dah tak ingat dah.
Yang pasti entri yang akan datang akan lebih berorientasikan MUZIK!!! not just rock, but also some other genre yang worth to discuss about...perghh dah start cakap mat salleh dah aku ni.
Next time aku akan merapu lagi hal2 yang cambest kat korang semua ok...aku janji...until then, FOAD!!!
"ADA APA DENGAN HIJAU? - Cerita yang padat tentang instrumen muzik, metal (of course la Iron Maiden) dan life seorang Chemist!"
ReplyDelete1. ada apa dengan ijau? baru betul tajuknya
2. btw, aku bkn chemist
Aiya sori bro karang aku buat amendment psl details tu...mohon seribu kemaafan darimu wahai kawan huhuhu
ReplyDelete