TRESNO (Tahun 2005) Dari Kiri: Lias (Bass), Adi (Vocals, Guitars, Keyboards), Arep (Drums)
Sedikit Biografi Tentang Kami
Kalau diikutkan aku dah tubuhkan band TRESNO ni agak lama dah, sejak aku dari zaman kolej lagi, sekitar tahun 2000 macam tu di Semenanjung Malaysia. Masa tu line-up cuma 2 orang sahaja iaitu aku dan sahabat baik aku Izzat Syazni selaku drummer asal band ini. Izzat Syazni ni adik kepada bassist kumpulan HUJAN sekarang ni iaitu Izzat (nama hampir sama kan?) Setelah selesai pengajian aku di sana pada tahun 2003, aku kembali ke Bintulu, tanah tumpahnya darahku, well lebih kurang begitulah.
Bersama Izzat Syazni selaku drummer, kami telah menghasilkan 2 buah CD Demo yang bertajuk Sonnet 18 (2003) dan Dearly Departed (2005). Pada masa tu rakaman demo dilakukan di tempat yang berbeza iaitu Excess Studio di Ampang (bagi pembikinan demo Sonnet 18) dan Greenhouse Studio (semasa rakaman demo Dearly Departed).
Sekembalinya aku ke Bintulu, aku mula mencari line-up baru untuk kumpulan TRESNO ni. Masa itu jugak aku pun mula mencari pekerjaan berbekalkan diploma yang aku ada (CGPA tak seberapa, memang struggle la cari kerja masa tu). Pada ketika itu juga aku berjumpa kembali dengan sahabat baik aku Arep (drummer) yang juga merupakan raka sekelas aku masa di sekolah menengah dahulu. Yang peliknya masa sekolah dahulu, Arep ni tak menunjukkan sebarang bakat bermain drums pada ketika itu, mungkin disebabkan konsentrasi untuk belajar kot (ermm tekun la sangat belajar tu haha).
Kemudian aku diperkenalkan dengan sahabat Arep iaitu Lias, yang kini menjadi pemain bass tetap untuk TRESNO. Arep dan Lias ni rumah mereka bersebelahan sahaja. Pada masa itu juga band kami ada mempunyai second guitarist iaitu Fadel cuma kami jarang berjumpa dan ini mengakibatkan kebanyakan show kami buat secara 3 piece sahaja. Untuk pengetahuan, Arep dan Lias, mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama. Jadi kalau nak panggil untuk berkumpul tu agak tidak sukarlah rasanya. Kami mula jamming bersama sambil membawa lagu2 cover dari band seperti Blink 182, All American Rejects, The Strokes, The Vines dan Muse sekitar tahun 2004 begitu. Pada masa itu kami menggunakan nama band sementara iaitu "The Fairland Gish".
Gig pertama kami membuat persembahan bersama ialah pada tahun 2005 di Live Jammed Gig bertempat di Dewan Suarah Bintulu. Pada ketika itu kami cuma memainkan lagu2 cover dari band MUSE. Selang beberapa bulan selepas itu, kami juga mengikuti pertandingan ala battle-of-the band iaitu Lord Of The Bands bertempat di Stadium Muhibah Kidurong, Bintulu. Pada tahun yang sama kami juga mengikuti sebuah gig kebajikan iaitu Charity Showcase yang bertempat di Esplaned Bintulu, dan pada ketika ini aku sebagai frontman kumpulan membuat keputusan untuk menggunakan nama TRESNO kembali sebagai nama rasmi band ini. Semenjak itu, untuk beberapa show serta gig yang akan datang, nama TRESNO akan dikekalkan.
Nama TRESNO merujuk kepada perkataan bahawa Jawa yang bermaksud "Sayang", diambil dari pepatah "Witin Tresno Jalaran Soko Kulino" yang memberi makna "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Well, nama tersebut kedengaran agak radio friendly sekaligus amat sesuai dengan konsep kami. Kebanyakan lagu dalam band ini adalah ciptaan aku sendiri. Pengaruh dalam pembikinan lagu2 TRESNO adalah lebih terjerumus ke arah sound alternative rock serta indie dari dekad 90'an kerana aku membesar mendengar irama band2 sebegitu pada ketika itu. Antara band yang aku maksudkan ialah The Lemonheads, The Smashing Pumpkins, Gin Blossoms, Oasis, Stone Roses, Radiohead, Ocean Colour Scene, The Bluetones, Ash dan bermacam2 lagi.
Sekarang setelah lebih kurang 6 tahun tidak jamming bersama, hiatus kerana masing2 sudah mendirikan keluarga serta terikat dengan komitmen lain, kini TRESNO bersatu semula. InsyaAllah pada 2hb Mac 2013 nanti kami akan menyertai Bintulu Music Festival yang akan diadakan nanti. Walaupun sudah bergelar bapak orang, tapi kami dari TRESNO tetap bersemangat untuk memberikan persembahan yang terbaik pada hari berkenaan nanti. Mudah-mudahan dengan kesihatan yang ada serta idea baru, kami mampu mengeluarkan material yang terkini pada masa akan datang. Amin.
P/S: Saudara Fareez dari Bintulu Buskers bakal menjadi pemain gitar kedua pada band kami ini di masa akan datang, insyaAllah.
P/S: Saudara Fareez dari Bintulu Buskers bakal menjadi pemain gitar kedua pada band kami ini di masa akan datang, insyaAllah.
Oo..bahasa jawa rupanya eh..aku ingatkan bahasa english alaf baru
ReplyDeleteHehe family gua ada darah jawa sikit bro, itu pasal nampak mcm sesuai ajer letak nama jawa jadi nama band.
DeleteGerman bro..heheh
DeleteHaha gua x reti ckp germany bro...gua hanya tau "Hail Hitler" tu saja....haha
Deletegambar kedua tu tak guna photoshop ke?? nampak kurus Adi...hehehhe
ReplyDeleteHaha dlm pic tu gua nampak kurus sbb baru seminggu pulih selepas kena serangan darah tinggi dan kolesterol itu hari ma...sedih™
Deleteok la tu.... nampak sihat sikit... teruskan jaga pemakanan bro!
DeleteInsyaAllah tuan, sama2 kita amalkan gaya hidup sihat...hidup di dunia hanya sementara, so make the best out of it!
DeleteAll the best Tresno
ReplyDeleteThanks for the wishes bro...appreciate it
DeleteSteady....semoga satu hari nanti boleh masuk tv dan radio...
ReplyDeleteIsh tak nak la femes sampai masok TV haha..muka kitorang mana ada jambu sgt mcm artis k-poop hahah....setakat radio tu pernah bro, hanya local radio station saja...
DeleteBoleh tahan, ada influence Britpop sikit dalam lagu ni...
ReplyDeleteKami mengaku yg kami memang peminat The Smiths mahupun Morrissey (especially aku la haha)
DeleteinsyaAllah hehehe
ReplyDeleteU r the best bro!
DeleteAgain, beсause deѕtinаtiоn еrotic mаssаgeѕ
ReplyDeletebuild theiг pгogrаmming aгounԁ their guests,
if a рatrοn enters with а уеllow-chair symbol, іt's up to you.
Feel free to visit my site ... sensual massage in London
Thanks for one's marvelous posting! I genuinely enjoyed reading it, you happen to be a great author.I will be sure to bookmark your blog and may come back at some point. I want to encourage continue your great writing, have a nice morning!
ReplyDeletemy blog post how to get pregnant