Monday, April 29, 2013

Bundle, Bundle & Bundle...Generasi Bundle! (My Infatuation On Second-hand T-Shirt & Other Stuff)

Sebahagian koleksi baju bundle aku

"I'm Gonna Pop Some Tags
Only Got 20 Dollars In My Pocket
I-I-I'm Hunting, Looking For A Come Up
This Is F#@king Awesome"
- Thrift Shop (feat. Wanz) by Macklemore & Ryan Lewis


Ketaksuban (erkkk...boleh ker guna perkataan ini) aku terhadap barangan second-hand atau lebih dikenali di Malaysia dengan produk "bundle" ini bermula semasa aku masih belajar ambik diploma di Semenanjung Malaysia suatu ketika dahulu. Kalau tak silap sekitar tahun 2000 - 2001. Sebelum mengenali barangan bundle, dressing aku agak trendy pada masa itu, maklumlah time tu tengah hot dengan muzik genre rapcore/nu-metal so seluar baggy, kasut Adidas Superstar, baseball cap dan baju band2 macam Korn, Deftones, Limp Bizkit dan sebagainya menjadi pilihan aku.

Akan tetapi ketika ber-dressing sebegini di Kuala Lumpur pada ketika itu banyak mengundang masalah pada aku. Aku asyik ke "pau" oleh Mat Pit (junkie) kalau berjalan di KL. Kawasan seperti area Bukit Bintang, belakang Sogo atau Pertama Complex, stesen LRT Putra Pasar Seni dan Puduraya merupakan "hot spot" kena pau pada ketika itu (sekarang dah ok sikit aku rasa sebab banyak polis meronda kat area2 ni).

Selepas kejadian yang tak best macam tu, barulah aku mula mengubah cara aku berpakaian. Aku mula meminati pakaian bundle ni masa roommate aku sama kolej dulu bawak aku pergi Chow Kit. Aku rasa ianya relevan untuk digelar "Bundle's Paradise" disebabkan sepanjang jalan tersebut memang dipenuhi dengan barangan second-hand pelbagai gred, dari baju kot, kasut suede, seluar khakis, jersi baseball/basketball, jeans dan tshirt dari pelbagai negara (kebanyakannya dari USA ataupun Jepun la).

Memang benar, kalau dah sekali terjebak ke alam "bundle enthusiast" ianya akan menjadi satu ketagihan. Bagi aku, aku lebih ke arah membeli t-shirt band rock. Pernah sekali aku terjumpa baju Metallica cover dari Black Album, siap ada tag official Metallica merchandise pada kolar nya. Tanpa berfikir panjang, aku beli saja. Harga tak payah tanya la, tapi yang pasti atas RM50 la macam tu. Aku siap buat tawar menawar dengan tauke kedai bundle tu. At last it's mine hehe...

Pada tahun 2003 selepas aku graduate, aku kembali ke tempat asal iaitu Bintulu. Pada masa ni budaya bundle dah menular ke Sarawak dan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Di Bintulu juga tidak terkecuali. Kadang2 aku akan spend masa 2 hingga 3 jam menyelongkar gerombolan tshirt lusuh dalam kedai bundle tu. Kenangan yang paling aku takkan lupa ialah apabila menjumpai tshirt band alternative/indie/post-grunge kegemaran aku iaitu Gin Blossoms, ianya sebenarnya ialah baju crew konsert mereka. Tapi bagi aku ianya dah kira rare lah sebab kalau orang tau nilai sebenarnya berapa, kau jual dalam eBay pastu letak harga kaw kaw, confirm ada jugak orang beli. Tapi aku tak la sampai ke situ haha.

Ada banyak lagi koleksi baju band rock bundle yang aku ada. Di atas cuma sebahagian. Aku rasa kalian pembaca pun ada jugak yang punyai minat seperti aku ni. Come on, admit it. Kadang2 aku pernah terjumpa orang yang lebih advance atau taksub dari aku haha siap berjam2 lamanya dia bertapa dalam kedai bundle, mencari barangan yang dia nak. Apa2pun, budaya pakaian bundle akan berada di dalam masyarakat kita sampai bila...one man's trash is another man come-up!

Thrift Shop (Feat. Wanz) - Macklemore & Ryan Lewis


Friday, April 26, 2013

Chi Cheng (Deftone's Ex-Bassist) : Rest In Peace...Gone But Not Forgotten

Rest In Peace Chi Cheng...

Pada 13 April 2013 (Sabtu) yang lalu, bekas pemain bass untuk kumpulan nu-metal/alternative/rapcore tersohor Deftones iaitu Chi Cheng telah meninggal dunia. Punca kematian beliau ialah disebabkan masalah jantung, ditambah pula beliau paralyze selama hampir 4 tahun selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tahun 2008. It's a truly lost within the international modern rock scene. Chi Cheng merupakan di antara co-founder untuk band Deftones

Aku dah lama mengikuti band ini, sejak dari zaman remaja lagi, lebih kurang pertengahan dekad 90'an semasa mereka baru rilis album pertama yang bertajuk "Adrenaline". Chi Cheng juga bertindak sebagai backing vocals untuk Chino Moreno (frontman/vocalist) untuk beberapa lagu mereka. Beliau sempat berkerjasama bersama bandmates Deftones untuk album "Saturday Night Wrist" (album kelima mereka) sebelum terlibat dalam kemalangan ngeri tersebut.

Pada tahun 2008, Chi Cheng terlibat dalam kemalangan jalanraya tersebut bersama kakak beliau Mae, dan dikatakan juga semasa kejadian tersebut, Chi tidak mengenakan tali pinggang keledar semasa memandu. Beliau berada keadaan coma selama hampir 4 tahun, seringkali keluar masuk hospital, menjalani pelbagai pembedahan otak dan sistem saraf dan yang paling teruk, ialah selalu berlaku komplikasi jantung.

Deftones juga beberapa kali mengadakan konsert amal khas untuk mengumpul dana bagi membiayai perbelanjaan perubatan Chi Cheng. Chino Moreno seringkali berharap agar Chi cepat sembuh dan kembali beraksi bersama Deftones. Kini tempat Chi Cheng telah digantikan oleh rakan beliau sendiri iaitu Sergio Vega, yang sudah pun bersama Deftones semenjak album "Diamond Eyes" dan yang paling terkini iaitu "Koi No Yokan"

Di bawah merupakan nota yang dibuat oleh pihak keluarga Chi Cheng (sebenarnya ianya ditulis dari ibu Chi sendiri) kepada umum:

"Our Dearest Family,

This is the hardest thing to write to you. Your love and heart and devotion to Chi was unconditional and amazing. I know that you will always remember him as a giant of a man on stage with a heart for every one of you. He was taken to the emergency room and at 3 am today his heart just suddenly stopped. He left this world with me singing songs he liked in his ears.

He fought a good fight. You stood by him sending love daily. He knew he was very much loved and never alone. I will write more later. I will be going through oneloveforchi and any other information may not be reliable. If you have any stories or messages to share, please send them to the onelove site. Please hold Mae and Ming and the siblings and especially Chi's son, Gabriel in your prayers. It is so hard to let go.

With great love and much respect" - Mom J (and Chi)

Deftones - Be Quite And Drive (Far Away)

Tuesday, April 23, 2013

Video Persembahan Band REGIMENT OF KID-D-WRONG Semasa "Love & Peace Gig #SantaiBersama REG 2013"








Regiment Of Kid-Do-Wrong : Locked Out Of Heaven (Bruno Mars cover)
Live @ Love & Peace Gig Venue: Danau Alai Pub Date: 6th April 2013


Mungkin ada sudah sedia maklum, ini juga merupakan band aku iaitu Regiment Of Kid-Do-Wrong. Asalnya aku bermain di posisi bass, tapi kali ini aku jadi backing vocals (untuk lagu Locked Out Of Heaven dan Brick By Boring Brick) manakala dengan tiba2nya menjadi seorang rapper/reggae-man untuk lagu King Without A Crown (Originally by Matisyahu), untuk lagu tersebut tak ada pula videonya hehe mungkin ada member yang ambik kot, aku tak perasan. 

Mungkin kalian akan kehairanan melihat telatah aku perform dalam video di atas, maafkan aku, terlalu teruja sebenarnya membawa lagu tersebut sampai tak sedar yang aku masih belum pulih sepenuhnya daripada sakit darah tinggi dan high cholesterol haha. Di malam harinya, selepas event tersebut, aku kena migrain dan sakit satu badan akibat aksi "breakdance" dan "moonwalking" semasa perform bersama band ini. Alahai, badan dah tua sebenarnya...huhu

Saturday, April 20, 2013

The Civil Wars : C'est La Mort (Cover By Adi Herman)

The Civil Wars (Imej Diambil Dari Wikipedia)

Seperti yang aku terangkan pada entri lepas, aku ada terangkan pasal band duo yang dikenali dengan nama The Civil Wars. Mungkin ramai yang kurang mengenali mereka ini, tak apa, masih ada masa untuk anda mengenali dengan lebih lanjut mengenai mereka. Anda hanya perlu google dan menonton beberapa persembahan live mereka di youtube, selepas itu andalah yang akan menilainya nanti, samada suka atau tidak.

Bagi aku feel muzik folk, country dan bluegrass ni lain macam sikit. Tengok artis juga la. Kalau macam Bob Dylan, Willie Nelson, Garth Brooks dan Billy Ray Cyrus tu aku tak berapa mengikuti sangat. Mungkin aku masih baru nak belajar mengenali genre sebegini. Ianya sangat menarik minat aku dalam beberapa sudut yang tak semua orang akan hayati.

Di bawah pula merupakan sebuah video yang aku sebagai tribute untuk band duo ini. Ermmm buat muka tak malu pulak aku dalam video ni haha. Hanya menggunakan Ukulele Samick aku. Tajuk lagu ini pula C'est La Mort yang bermaksud Such A Death dalam bahasa Perancis (aku tak reti nak translate dalam bahasa Melayu). Enjoy guys!


C'est La Mort - The Civil Wars (Ukulele Version by Adi Herman)
Video's Date: 7th August 2011

One of my favorite new artist

Dedicated (always will) to my wife and daughter...

Wednesday, April 17, 2013

Wordless Wednesday : Katakan TAK NAK!

Alhamdulillah, aku sudah 10 bulan bebas nikotin...anda bila lagi? (kepada geng2 smokers)

Sunday, April 14, 2013

Beberapa Koleksi Video Persembahan TRESNO @ Love & Peace Gig #SantaiBersamaREG 2013


TRESNO in action!


TRESNO : And I Don't Admire & Can't Get My Eyes Off You (Live Performance)

Songlist:-
1. And I Don't Admire (The Things You Do) - Originally by Nice Stupid Playground
2. Can't Get My Eyes Off you - Muse version
Event: Love & Peace Gig #SantaiBersamaREG Venue: Danau Alai Pub, Tg. Batu, Bintulu
Date: 6th April 2013 (Saturday)
  TRESNO : Covergirl (Live Performance @ Love & Peace Gig 2013 #SantaiBersamaREG)
This is our own original song.

TRESNO : Kisah Melankoli (Live Performance @ Love & Peace Gig #SantaiBersamaREG)

The Line-Up:
Arep "Guy Fawkes" a.k.a. Anonymous - Drums
Maman - Guitar
Lias - Bass
Adi Herman - Vocals, Guitar

Minta maaf jika video2 di atas terlalu besar resolusinya, mungkin disebabkan ianya diangkut terus dari page Facebook kami iaitu www.facebook.com/tresnoband. Banyak juga perkara2 yang perlu kami perbaiki, samada dari mutu permainan, chemistry di antara kami (maklumlah dah hampir 6 tahun tak perform bersama line-up lama) dan sebagainya. Aku pula yang baru sahaja membeli efek gitar Zoom G7.1ut melalui pertolongan saudara Ijau (hehe thanks for the link bro), masih lagi dalam keadaan "merangkak" belajar mengenali sound2 pada patches efek tersebut. Pasal efek gitar tersebut aku akan buat ulasan pada entri akan datang insyaAllah.

Thursday, April 11, 2013

Beberapa Pics Menarik Dan Review Ringkas Semasa "Love & Peace Gig #SantaiBersamaREG" Pada 6 April 2013 (Sabtu)

"One Love, One Heart, Let's Get Together And Feel Alright" (Bob Marley)

Aku sampai agak lewat sebenarnya pada hari sabtu tersebut, kira2 dalam pukul 12:45 tengahari macam tu di venue (Danau Alai Pub, Tanjung Batu, Bintulu), sebab dalam schedule yang diberikan oleh pihak organizer iaitu REG Studio event sepatutnya bermula pada pukul 12:30 dengan band pembukaan iaitu XYZ. Sangkaan aku meleset, masa aku datang di venue ketika itu, member2 yang lain baru saja sampai ke pub yang dimaksudkan. Nampaknya situasi yang pernah berlaku masa Bintulu Music Fest 2013 yang lepas berlaku lagi (penonton dan segelintir band2 yang akan perform pada waktu berkenaan datang lewat, tak ikut jadual). Aku malas nak komplen banyak pasal isu ni, biarlah, nak buat macam mana, dah mentaliti orang kita memang macam tu haha. 

Akibat situasi tersebut, band kami iaitu TRESNO terpaksa memulakan majlis dengan membawa beberapa lagu warm-up iaitu Plug In Baby (Originally by MUSE) dan Bedroom Window (Originally by Nice Stupid Playground). Kalau diikutkan band TRESNO punya giliran untuk buat persembahan ialah no. 3 sebenarnya, tapi band yang sepatutnya perform awal masih belum muncul, maka kami pun terpaksa buat persembahan warm-up, itu pun atas permintaan organizer, tak apa lah. Kitorang ok ajer hehe. Tengah seronok perform lagu Bedroom Window, tiba2 pula tali gitar Ibanez GAX30 aku pula buat hal, putus tiba2. Aduh ini serius! (buat muka itik macam dalam cerita kartun Wonder Pets). Contingency plan aku masa itu ialah pergi ke kedai Zoso Music untuk beli tali gitar baru...aiyaaa buang masa betul la. Aku terlepas peluang pulak nak tengok band The Cuppycakes (band grunge dari Kuching) beraksi selepas TRESNO perform tadi. Sorry guys! Di bawah merupakan beberapa pics yang sempat aku ambil semasa event tersebut berlangsung.

 Metuk Ulau Project beraksi! Up The Irons!

 Solo berbisa dari bro Ijau

Saudara Korawk yang seronok membuat persembahan, rasanya beliau semakin selesa di posisi bass hehe

Saudara Chop Sudir selaku frontman band Ana & The Scene

Bro Amy REG (orang kuat REG Studio) yang menjadi jurukawal bunyi-bunyian pada ketika itu! Salute! 

 Giliran band Death Metal ERECTUS pula mengganas di pentas!

 Kelihatan kelibat seorang jurugambar otai di sana (brader yang pakai jaket hitam sebelah kanan tu)

 Bro Rudy (drummer) selaku frontman band ERECTUS

ERECTUS tidak lama lagi akan membuat persembahan di Kuching bagi menjayakan gig The Gathering Of Terror 2 pada bulan Mei nanti

Rakan2 dari band Regiment Of Kid-Do-Wrong berposing dan kelihatan juga saudara Barangkali Marus Kamarudin selaku MC masjlis tersebut tengah mengatur giliran2 band yang akan perform pada ketika itu

Ana & The Scene, antara band highlight pada gig tersebut 

Pada mulanya aku terkejut juga apabila melihat bro Azrol dari Metuk Ulau Project jadi gitaris sambilan (?) untuk band Ana & The Scene. Apa2pun tahniah kepada beliau, ini menunjukkan semangat setiakawan tetap ada dalam scene walaupun dari berlainan genre.

 Boleh dikatakan band indie/alternative Ana & The Scene ini sudah menjadi semakin berpengaruh di Sarawak, dengan lagu2 mereka (bertajuk Sekejap Masa Lagi & Sebalik Cahaya) yang sering dimainkan di stesen radio Cats FM

 Ana & The Scene featuring Aishah Chong semasa mendendangkan antara lagu hit mereka iaitu "Aok" (perkataan bahasa Melayu Sarawak) yang bermaksud Ya dalam bahasa Melayu

Seterusnya band Curse Of God "membakar" pentas gig tersebut! 

Saudara Donny COG (vocalist, guitar, frontman Curse Of God) semakin bijak menguasai pentas 

Ketukan drums dari Rashid COG juga semakin konsisten dan menggila pada kali ini! Syabas!

Bassist Bertopeng (macam kenal ya, tapi di mana?)

Band garage rock/indie/alternative dari Kuching iaitu Jejak Biru Featuring Aishah Chong membuat persembahan 

 Boleh tahan jugak persembahan band Jejak Biru ni, ada vokalis perempuan sebagai penyeri

Band reggae (band organizer) iaitu Daun Pisang mengalunkan irama yang sungguh asyik

Marilah berskanking bersama Daun Pisang! Yeah!

Band alternative rock Now@day pula menggegarkan pentas 

Usia penubuhan band Now@day dengan Tresno tidak jauh sebenarnya. Kedua2 band ini sama2 bangkit di dalam scene music independent sekitar awal tahun 2004 dahulu dan kemudiannya hiatus dalam 6 ke 7 tahun begitu. Tahun 2013 kedua2 band sama2 buat comeback ke dalam scene. Well done!

 Pendi selaku drummer Now@day dan juga antara ahli baru band tersebut

Band rock iban Broadband memberi persembahan yang bertenaga, mereka juga ada lagu2 sendiri dan ada diantaranya diputarkan di stesen radio tempatan 

Aku difahamkan nama asal band Broadband ini ialah Pyred, tapi ianya ditukar atas sebab tertentu 

Band Deathcore My Eyes See Ghost pula meriuhkan pentas gig dengan lagu2 yang sungguh huru hara! Nice! (pic ehsan dari frontman band ini iaitu Alexander Ruiz)

My Eyes See Ghost (pic ehsan dari Alexander Ruiz)

 TRESNO (nantilah aku cerita dengan lebih lanjut pasal persembahan kami)

aku bersama sebuah lagi band happy-go-lucky aku iaitu Regiment Of Kid-Do-Wrong. Siap bawak lagu Bruno Mars "Locked Out Of Heaven" tu!

Ada beberapa band yang aku tak sempat nak ambik gambar disebabkan aku terpaksa balik rumah pada ketika itu (jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang, dah nak masuk waktu maghrib dah). Maaflah kepada band2 seperti XYZ, Majestica (Bintulu very own version of Dream Theater), Cerobong Hitam dan The Ratio, apa2pun kalian tetap terbaik!

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada pihak organizer iaitu REG Studio kerana sudi menjemput kami (band2 Bintulu) untuk menjayakan event ini. Kepada penonton2 yang datang, tanpa anda siapalah kami. Diharap event sebegini akan dapat membuatkan scene music independent di Bintulu semakin bertahan dan berkembang maju!

Monday, April 8, 2013

The Civil Wars : Duo Akustik Yang Berbakat!

Album Cover For Barton Hollow

Ain't Going Back To Barton Hollow, Devil Gonna Follow Me Wherever I Go...

Pertama kali aku mengetahui tentang artis duo bergenre akustik (atau lebih spesifiknya dalam kelompok genre bluegrass, country, alternative folk & americana) ini adalah melalui beberapa koleksi youtube mereka, yang kebanyakannya membawa lagu komposisi sendiri serta cover. Band duo bernama The Civil Wars yang dianggotai oleh Joy Williams serta John Paul White ini merupakan beberapa artis muzik folk moden yang sedang meningkat naik populariti mereka di Amerika sekarang ini. 

Menurut maklumat yang diambil dari beberapa sesi interview serta wikipedia, band duo ini terhasil daripada sesi pertemuan Joy Williams serta John Paul di sebuah pertandingan mencipta lagu di Nashville, Tennessee ( pusat scene music country terbesar di Amerika) pada tahun 2008. Semenjak pertemuan itu dan setelah menjumpai chemistry di antara mereka, duo tersebut sepakat menamakan band mereka The Civil Wars, mungkin ianya menggambarkan ironi di antara hubungan lelaki dan wanita di dalam percintaan (sekejap gaduh, sekejap sayang balik hehe), itu cuma pendapat aku la.

The Civil Wars On Stage!

Semenjak tertubuhnya band duo ini, The Civil Wars telah menghasilkan sebuah album live, sebuah EP dan album sulung mereka yang berjudul Barton Hollow, rilisan tahun 2011. Album pertama mereka ini mempunyai beberapa koleksi lagu berbentuk akustik (yang kebanyakannya hanya ditemani 2 alatan muzik sahaja iaitu piano dan gitar tong) yang sungguh mengasyikkan dan sesuai dijadikan bahan rujukan kepada para penulis lagu bergenre country mahupun folk. Album ini berjaya memenangi anugerah Grammy Award untuk kategori Best Country Duo/Group Performance dan Best Folk Album pada tahun 2012.

The Civil Wars dan Taylor Swift

Salah satu batu loncatan dalam karier mereka dalam industri muzik ialah band duo ini mendapat perhatian seorang lagi artis country (more to teenage sensation rasanya) iaitu Taylor Swift. Pada awal kemunculan duo ini, Taylor Swift terlalu meminati The Civil Wars sehinggakan Taylor sendiri selalu mempromosikan muzik mereka di dalam lawan sosial Twitter. Pada tahun 2012, The Civil Wars akhirnya berjaya berkolaborasi dengan Taylor Swift dalam sebuah lagu yang berjudul "Safe & Sound" yang juga dimuatkan dalam album runut bunyi untuk filem The Hunger Games.

Sebenarnya aku seorang kipas-susah-mati (die hard fan) untuk duo ini...dah lama dah aku follow diorang ni. Muzik dan mutu persembahan mereka memang menarik dan yang paling menarik perhatian aku ialah kombinasi suara harmoni di antara John Paul White serta Joy Williams pada setiap lagu mereka. Definitely Immaculate! Di bawah merupakan beberapa koleksi video persembahan mereka yang menjadi favorite aku hehe...enjoy guys!

Official Music Video of "Barton Hollow"

Official Music Video of "20 Years"

The Civil Wars membawa lagu cover dari Smashing Pumpkins yang berjudul "Disarm" (Live @ Eddie's Attic). This is one of my favorite!

The Civil Wars - You Are My Sunshine (Live). Ini merupakan versi mereka yang lebih dark dan beremosi. Nice!

Taylor Swift & The Civil Wars mempersembahkan lagu "Safe & Sound"



Tuesday, April 2, 2013

Metuk Ulau Projekt First Ever Performance! Live @ Shout It Out Loud! Gig 2011, Kemena Plaza Hotel


Sebelum menjadi band cover untuk Iron Maiden, sebelum perkataan Projekt menjadi Project, sebelum ianya menjadi suatu entiti heavy metal yang kukuh (dengan penambahan bandmates yang handsome2 seperti bro Ijau, Korawk, Bob Iskandar sebagai drummer dan Azrol selaku gitaris utama), Metuk Ulau Project sebenarnya merupakan sebuah band project grindcore/old school death metal di antara aku, Rizal (ex-Triblehook dan Erectus) serta Rashid selaku drummer dari band Curse Of God. Di bawah merupakan persembahan pertama kali dengan menggunakan nama Metuk Ulau Projekt.


Band: Metuk Ulau Projekt (a grindcore project band)
Event: Shout It Out Loud Gig 2011
Venue: Regency Plaza Hotel, Niah Ballroom
Date: 26th March 2011
The line-up:
Rashid (drums)
Rizal (guitars)
Adi Herman (Vocals,Bass)

Absent with excuses:
Sicok (vocals)
Amud (vocals)
Nizam (vocals)

Songlist:
1. You Suffer (originally by Napalm Death)
2. Siege of Power (originally by Napalm Death)
3. Troops of Doom (originally by Sepultura)
4. Suffer the Children (originally by Napalm Death)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...