Album Cover For Barton Hollow
Ain't Going Back To Barton Hollow, Devil Gonna Follow Me Wherever I Go...
Pertama kali aku mengetahui tentang artis duo bergenre akustik (atau lebih spesifiknya dalam kelompok genre bluegrass, country, alternative folk & americana) ini adalah melalui beberapa koleksi youtube mereka, yang kebanyakannya membawa lagu komposisi sendiri serta cover. Band duo bernama The Civil Wars yang dianggotai oleh Joy Williams serta John Paul White ini merupakan beberapa artis muzik folk moden yang sedang meningkat naik populariti mereka di Amerika sekarang ini.
Menurut maklumat yang diambil dari beberapa sesi interview serta wikipedia, band duo ini terhasil daripada sesi pertemuan Joy Williams serta John Paul di sebuah pertandingan mencipta lagu di Nashville, Tennessee ( pusat scene music country terbesar di Amerika) pada tahun 2008. Semenjak pertemuan itu dan setelah menjumpai chemistry di antara mereka, duo tersebut sepakat menamakan band mereka The Civil Wars, mungkin ianya menggambarkan ironi di antara hubungan lelaki dan wanita di dalam percintaan (sekejap gaduh, sekejap sayang balik hehe), itu cuma pendapat aku la.
Semenjak tertubuhnya band duo ini, The Civil Wars telah menghasilkan sebuah album live, sebuah EP dan album sulung mereka yang berjudul Barton Hollow, rilisan tahun 2011. Album pertama mereka ini mempunyai beberapa koleksi lagu berbentuk akustik (yang kebanyakannya hanya ditemani 2 alatan muzik sahaja iaitu piano dan gitar tong) yang sungguh mengasyikkan dan sesuai dijadikan bahan rujukan kepada para penulis lagu bergenre country mahupun folk. Album ini berjaya memenangi anugerah Grammy Award untuk kategori Best Country Duo/Group Performance dan Best Folk Album pada tahun 2012.
Salah satu batu loncatan dalam karier mereka dalam industri muzik ialah band duo ini mendapat perhatian seorang lagi artis country (more to teenage sensation rasanya) iaitu Taylor Swift. Pada awal kemunculan duo ini, Taylor Swift terlalu meminati The Civil Wars sehinggakan Taylor sendiri selalu mempromosikan muzik mereka di dalam lawan sosial Twitter. Pada tahun 2012, The Civil Wars akhirnya berjaya berkolaborasi dengan Taylor Swift dalam sebuah lagu yang berjudul "Safe & Sound" yang juga dimuatkan dalam album runut bunyi untuk filem The Hunger Games.
Sebenarnya aku seorang kipas-susah-mati (die hard fan) untuk duo ini...dah lama dah aku follow diorang ni. Muzik dan mutu persembahan mereka memang menarik dan yang paling menarik perhatian aku ialah kombinasi suara harmoni di antara John Paul White serta Joy Williams pada setiap lagu mereka. Definitely Immaculate! Di bawah merupakan beberapa koleksi video persembahan mereka yang menjadi favorite aku hehe...enjoy guys!
The Civil Wars On Stage!

The Civil Wars dan Taylor Swift

Official Music Video of "Barton Hollow"
Official Music Video of "20 Years"
The Civil Wars membawa lagu cover dari Smashing Pumpkins yang berjudul "Disarm" (Live @ Eddie's Attic). This is one of my favorite!
The Civil Wars - You Are My Sunshine (Live). Ini merupakan versi mereka yang lebih dark dan beremosi. Nice!
Taylor Swift & The Civil Wars mempersembahkan lagu "Safe & Sound"
Nice..mana cerita gig Tresno bro.. Hehe
ReplyDeletehahaha jawab, jawab... :)
Deletesabar2, tak lama lagi ada la tu hehe (tgh cari idea buat entri ni)
Deletebaru aku tahu ada group ni,
ReplyDeleteaku tahu ada satu Civil War, tapi band rok Sweden kot
nanti aku google pasal band Civil War dari Sweden tu hehe
Deleteaku ingat civil war guns n roses...heheh...
ReplyDeleteapa2 pun boleh tahan...
Oh Yeah! Lagu GNR "Civil Wars" still the best bro
Deleteemm... menarik band ni.... errr... mana entry Tresno?? cari alasan cepat!
ReplyDeleteerk sabaq dulu bro...masih tengah cari idea nak buat review gig ari tu haha
Deleteciplak AADI punya la...hehehe
Delete