Sunday, July 14, 2013

Beberapa Pics Menarik Di "You Only Live Once Gig 2013" Bertempat Di Telaga Kumang Pub, Bintulu!

Pada entri yang lalu, aku ada memberitahu tentang gig "You Only Live Once 2013" yang bertempat di pub Telaga Kumang. Sebelum ini kami rakan2 organizer pernah membuat satu siri gig di sini iaitu "Opening Season Gig" pada tahun lepas. Sambutan kali ini boleh tahan juga meriahnya. Seperti yang pernah aku katakan dahulu, Telaga Kumang merupakan pub ala CBGB versi Bintulu haha. Rock on!

Gig kali ini dianjurkan oleh Bintulu Independent Music Movement yang ditadbir sepenuhnya oleh saudara Alexander serta rakan2 dari band My Eyes See Ghost, sebuah band deathcore yang sedang menempah nama di persada muzik underground Sarawak khususnya. Ianya merupakan kesinambungan kepada aktiviti Bintulu Independent Music Movement sebelumnya seperti Closing Season Gig, Opening Season Gig serta Bintulu Music Fest 2013 yang telah berlangsung pada bulan Mac lepas. Ucapan tahniah seharusnya diberikan kepada saudara Alexander serta rakan2 kerana berjaya merealisasikan gig kali ini secara berdikari.

Jom layan pics menarik sepanjang gig ini berlangsung!

 banner gig ini, recycle dari gig2 yang lepas

 bro Nick dari band "Burning In Motherland"

band "Burning In Motherland" sedang beraksi 

 Burning In Motherland

Crowd yang sedang membuat moshpit! 

Saudara Bob Kandar dari band Metuk Ulau Project 

Metuk Ulau Project sedang mengganas di gig ini dengan membawakan lagu dari Metalucifer yang bertajuk Warrior Of The Chariot! 

Metuk Ulau Project 

Bob Kandar, the gaviscon drummer dari Metuk Ulau Project 

Guitar shredder, saudara Azrol dari Metuk Ulau Project 

Korawk (kanan) dan Ijau (kiri). Macam adik beradik. 

 Crowd semakin menggila semasa persembahan MUP

MUP sedang mendendangkan medley lagu2 Metallica 

Band "Sadistic Embrace", siap baca lirik guna handphone tu! haha 

 Sadistic Embrace yang membawakan lagu2 cover dari Lamb Of God!

 Saudara Barangkali Marus yang menjadi pengacara bidan terjun pada ketika itu, sebelahnya ialah awek Doraemon.
Barangkali Marus Kamarudin pandai mengawal keadaan dengan menggunakan ucapan beliau!

 Band T.O.Y.S. sedang membuat persembahan dengan mendendangkan lagu2 cover dari Paramore.

 T.O.Y.S.

T.O.Y.S. dengan vokalis wanitanya 

 Tauke ThirtySix Studio & Entertainment, saudara Borhan.

 Vokalis T.O.Y.S. iaitu saudari Kai

Barangkali Marus menaikkan semangat crowd dengan ucapannya. Kelihatan band death metal Bintulu, Erectus sedang membuat persiapan. 

 ERECTUS!


 Crowd semakin menggila semasa persembahan Erectus pada ketika ini

 Erectus!


 Geng2 dari komuniti Bintulu Independent Music Movement

Gaya Bebas! 

Rashid (drummer band COG) dengan gaya kangkang Black Metalnya. Kelihatan wajah saudara Barangkali di bawah lantai tersebut!


24 comments:

  1. masa aku jelajah serawak dulu tak sempat expolred scene sana...meriah betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena timing betul bro, kalau datang masa ada gig memang meriah la bro haha

      Delete
  2. "Korawk (kanan) dan Ijau (kiri)"

    dari sudut performer atau sudut crowds?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala salah la pulak hahah...dari sudut performer la kalo itu mcm...malas mau ubah lagi haha

      Delete
  3. Replies
    1. Barangkali Marus memang calon yg terbaik dalam hal menjadi pengacara bidan terjun haha

      Delete
  4. i like the pics, especially second from top.
    thanks for sharing about your place, memang happening dan nampak everyones having lots of fun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. this is our musicians community bro...we unite through music regardless of what genre you are into...hope u can share the excitement with us someday haha

      Delete
    2. versi ni tak nampak belon warna warni kan?

      Delete
  5. scream for me BINTULU!!! steady!

    ReplyDelete
    Replies
    1. up the iron, Bintulu! haha...steady bro

      Delete
    2. klu ikutkan xda lagu maiden dlm setlist, tp sbb ada yg request encore jugakla lagu isuzu trooper

      Delete
    3. Dah jadi trademark...susah nak buang

      Delete
  6. Nice n best.respek kat penggiat muzik bawah tanah Bintulu!

    ReplyDelete
  7. steady arr warga Bintulu...respek!

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. steady .bila gik mok jemput suffer remain main di srwak? wahahaha

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...