Monday, July 8, 2013

Hujung Minggu Yang Sibuk! (Gig You Only Live Once & Sesi Busking Sebelum Datangnya Ramadhan)

Rasanya hari sabtu dan ahad lepas (6 & 7 Julai 2013), aktiviti aku banyak bersangkut paut dengan kegiatan bermuzik bersama rakan seperjuangan dalam scene underground Bintulu. Dimulakan dengan aktiviti di hari sabtu. Hari sabtu lepas ada diadakan satu gig yang dinamakan You Only Live Once bertempat di Telaga Kumang Pub, pada asalnya dibuat di Danau Alai Pub (tidak jauh dari venue itu), tapi akibat ada masalah miscommunication maka venue terpaksa berubah tempat di saat akhir.

Gig kali ini dianjurkan oleh rakan2 junior dari kugiran My Eyes See Ghost, sebuah band yang berkonsepkan deathcore. Mereka juga merupakan salah seorang perintis dalam menganjurkan event di bawah komuniti Bintulh Independent Music Movement. Terdapat lebih kurang 14 band kesemuanya. Memainkan pelbagai genre, dari deathcore, metalcore, death metal hinggalah pop punk ala Paramore (genre bawaan band T.O.Y.S., sungguh berbakat mereka ini).

Aku sampai agak lewat di venue gig tersebut. Kira2 dalam pkl 1 petang begitu rasanya, sejurus selesai solat zuhur. Sesampainya aku di sana, sudah ada 3 buah band yang selesai membuat persembahan, aku pun tak ingat siapa haha. Tapu nasiblah band2 kegemaran seperti Metuk Ulau Project dengan Erectus (Bintulu death metal band) belum lagi membuat persembahan pada ketika itu. Sempat juga lepak2 dan berborak dengan rakan2 seperjuangan di luar kawasan venue pada ketika itu. InshaAllah kalau tiada halangan aku akan buat ulasan lengkap tentang gig ini tidak berapa lama lagi.

Pada keesokan harinya iaitu hari ahad, aku juga mengikut sesi busking bersama Bintulu Buskers disamping turut serta menjadi krew untuk program Buku Jalanan Bintulu, seperti yang pernah aku ceritakan pada entri yang lepas. Kali ini ada sedikit perbezaan di mana drummer band TRESNO iaitu saudara Arep datang ke sesi busking lalu menggalas posisi pemukul cajon serta snare drum. Boleh dikatakan seolah2 kami berdua membuat persembahan TRESNO live unplugged di Waterfront Bintulu pula rasanya. Antara songlist yang kami berdua dendangkan pada petang tersebut ialah Karma Police (Radiohead), Redemption Song (Bob Marley) & 1979 (The Smashing Pumpkins). Tapi suasana menjadi lebih havoc dan happening apabila rakan2 Bintulu Buskers turut membuat persembahan pada petang yang indah permai itu.

Agak letih juga apabila mengikuti aktiviti sebegini di hujung minggu, tapi nak buat macam mana, kalau dah minat, memang payah nak dibuang. Lagipun bulan mulai Ramadhan akan datang tidak lama lagi. Biarlah ianya menjadi persembahan last kopek bagi aku serta rakan2. Di bulan Ramadhan adalah lebih baik concentrate dengan berbuat amal ibadah sahaja. Alhamdulillah sama2 lah beramal di bulan yang mulia iti nanti.

Pics sesi busking, ehsan dari Fareez Hamzah (Bintulu Buskers).









11 comments:

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...