Pertama sekali aku nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan blogger serta pembaca blog aku yang tak seberapa ini. Alhamdulillah setelah lama menanti, kini Ramadhan datang lagi. Kali ini diharap sama-samalah kita mengejar untuk mendapatkan keredhaanNya dengan membuat pelbagai amal ibadat di bulan yang mulia ini. Sama2 jugalah kita berdoa agar diberi kesihatan dan umur yang panjang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan di tahun hadapan, inshaAllah.
Kelmarin iaitu 9 Julai 2013 bersamaan dengan 30 Syaaban 1434 Hijrah, berlaku satu peristiwa bersejarah yang cukup memberi makna dalam hidup aku, rakan2 serta keluarga aku sendiri di mana salah seorang sahabat seperjuangan di dalam independent music scene Bintulu (khususnya dalam arena busking) telah kembali ke jalan Allah dengan melafazkan syahadahnya di pejabat JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak) cawangan Bintulu. Sahabat aku yang dimaksudkan ialah saudara Charles Liew atau nama Islamnya Muhammad Adwa Bin Abdullah.
Perancangan tentang hajat untuk pengislaman saudara Adwa ini pada mulanya diusulkan kepada aku melalui saudara Barangkali Marus, juga rakan seperjuangan dalam dunia busking (boleh lawati blog beliau di www.barangkalimarus.blogspot.com) pada hari sabtu minggu lepas. Sejurus mendengar perkhabaran serta rancangan tersebut, hati aku mula bersemangat dan aku mula mengatur perjumpaan di antara orang yang berhajat (saudara Muhammad Adwa) dengan pihak pegawai JAIS. Alhamdulillah dengan izinNya segala urusan berjalan lancar, saudara Adwa telah melafazkan syahadahnya di hadapan pegawai berkenaan serta disaksikan oleh beberapa rakan taulan, termasuk ayahanda aku sendiri.
Sebenarnya sudah lama aku mengenali saudara Charles ini, sejak mula berkecimpung dalam scene music Bintulu di awal tahun 2005 lagi. Beliau merupakan antara orang penting dalam komuniti Bintulu Buskers kerana kebolehannya menyanyi sambil bermain gitar sambil mendendangkan lagu2 bahasa Mandarin. Oh lupa nak bagitau, beliau ni berbangsa cina. Beliau juga merupakan vokalis untuk band reggae yang diasaskan oleh seorang lagi sahabat aku, En. Rezal (juga frontman band Now@day). Bakat beliau memang terserlah dan sering diketengahkan dalam beberapa majlis rasmi mahupun untuk sesi busking biasa di Waterfront Bintulu.
Alhamdulillah, mungkin hidayah sudah datang kepada saudara Adwa apabila sering bergaul dengan rakan2 seperjuangan di dalam scene. Merasakan bahawa masanya sudah tiba untuk beliau kembali ke agama fitrah manusia yang sebenar iaitu Islam, maka beliau usulkan hajatnya kepada rakan2 lain yang dia berminat untuk memeluk Islam. Aku merupakan individu yang mudah tersentuh dan emosi dalam beberapa keadaan. Semenjak kematian arwah anak buah aku pada bulan Mei lalu, tersangat mudah untuk aku menitiskan airmata. Semasa menyaksikan saudara Adwa melafazkan syahadah semalam, tanpa disedari air mataku bergelinangan jatuh di mukaku. Agak sukar untuk mengawal emosi pada mulanya. Terasa sungguh peristiwa begini mengubat hatiku yang sedih. Allah telah gantikan satu kematian dengan "kelahiran" semula seorang sahabatku. Maha suci Allah yang menentukan Qada dan Qadar hamba2nya. Sungguh cantik penyusunan takdir yang Allah rancang untuk kita.
Sekarang saudara Adwa sudah mula belajar berpuasa, hari semalam sahaja sejurus menguruskan pengislamannya di pejabat JAIS, sahabat2 lain telah membawa beliau untuk solat Zuhur berjemaah di surau berdekatan. Walaupun masih belajar, nampaknya semangat atau Nur keislaman dalam dirinya masih tetap teguh. Sama2lah kita mendalami agama kita, wahai sahabat. Aku pun masih kurang sempurna dan cetek ilmu di dada.
Allah Maha Besar....Allah Maha Besar
Pic di bawah : Saudara Muhammad Adwa Bin Abdullah (sebelah kanan) bersama ayahanda aku (kiri)
subhanAllah atas hidayahNya!
ReplyDeleteAlhamdulillah hidayah datang kepada orang yang benar2 mencari keredhaanNya
Delete"Beliau juga merupakan vokalis untuk band reggae yang diasaskan oleh seorang lagi sahabat aku, En. Rezal (juga frontman band Now@day)"
ReplyDeletelupa taip theonce?
Alamak lupa taip nama The Once daaa....terlalu asyik menaip sampai lupa letak nama band haha...aiyaaa
DeleteAlhamdullilah...
ReplyDeletedulu masa sekolah aku ada rakan sekelas berbangsa India...oleh kerana minatnya pada muzik metal....hari2 bercampur dengan budak melayu (majoritinya budak melayu jer yang minat metal)...makan bersama...lepak bersama...jamming bersama...malah ikut masuk kelas agama bersama....akhirnya beliau telah pun memeluk Islam....siapa kata muzik metal itu hanya menyesatkan....
btw...selamat berpuasa bro..
Kalau kita perasan, muzik sebagai medium yg efektif utk berkomunikasi serta bersosial. Dalam konteks muzik metal, ianya memupuk semangat setiakawan, kita boleh tengok sendiri dalam mana2 gig atau show metal. Kadang2 perlakuan kita boleh jadi satu bentuk dakwah, tanpa perlu berkata2 atau memberi ceramah.
DeleteSelamat berpuasa juga bro haha
Aku masih terasa saat ya...aku pun tengah nak buat entri pasalnya juak versi aku..terima kasih adi kerana membantu proses pengislaman sahabat kita..
ReplyDeleteTerima kasih juak rus sebab sama2 membantu menunaikan tggjwb kita sebagai sahabat untuk saudara Adwa tok...yup, kita sama2 terasa tentang peristiwa ya marek bro...betul2 melekat di hati
DeleteAlhamdullillah.. kemenangan di bulan puasa.... steady!
ReplyDeleteAlhamdulillah begitulah hendaknya bro...steady
DeleteAlhamdulillah, permulaan Ramadhan yang cukup bermakna, persahabatan seperti ini akan kekal sampai ke akhirat sana, insya-Allah..
ReplyDeleteMudahan persahabatan ini akan kekal bro...hope for the best!
Deletethanks for sharing..
ReplyDeletethis is a very meaningful post.
One of a very meaningful event in my life bro...alhamdulillah
Deletesemalam aku ke outstation dan singgah di satu masjid...azannya agak pelek..rupanya dilaungkan oleh saorang mualaf..Subhanallah! Bertambah lagi umat islam...sampaikan salam saya pada kawan kamu bro...
ReplyDeleteInshaAllah saya akan sampaikan salam tuan...terima kasih tuan
DeleteAlhamdulilah..tersentuh perasaan dengan entri ni..
ReplyDeleteSalam ramadhan al mubarak n selamat berpuasa adi..
Selamat berpuasa juga untuk tuan Rafi...u r the best
DeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleteAlhamdullilah... tersentuh gak perasan membaca entri nie...
Salam Ramadan.... :)
Waalaikumsalam,
DeletePermulaan Ramadhan yang sungguh bermakna tok sis...jiwa dimain...Alhamdulillah
"Allah telah gantikan satu kematian dengan "kelahiran" semula seorang sahabatku."......aku suka ayat tok.....Allah maha adil dan maha Mengetahui....
ReplyDeleteBerkesan di hati ayat ya wak...based on true story...Allahuakbar Allahuakbar
Delete