CD Metallica - St. Anger
Rasanya ramai yang sudah tidak sabar menanti kedatangan metal heroes iaitu Metallica ke tanah malaya dan menyaksikan persembahan mereka pada 21hb Ogos ini. Ianya sudah semestinya menjadi satu detik bersejarah dalam hidup pelbagai lapisan peminat muzik metal seluruh negara khususnya kerana impian yang cuma tinggal suatu ketika dahulu kini menjadi kenyataan. Ramai fanboy Metallica sudah mengharapkan band ini akan perform di Malaysia semenjak rilisan black album lagi pada dekad 90'an dahulu. Even ada member sekolah aku dahulu pernah berkata, "Alah, tak mungkin Metallica akan datang Malaysia punyalah, kerat jari aku ni la, aku berani betting diorang tak akan datang sini punya". Rasanya nak saja aku contact member aku tu, saja nak mengimbau kisah lama pasal perkara ini kepada beliau haha.
Ok berbalik kepada ulasan album Metallica yang kelapan ini iaitu St. Anger. Kenapa St. Anger? Kenapa tak Kill 'Em All, Master Of Puppets mahupun Ride The Lightning? Bagi aku, album ini ada kekuatannya tersendiri. Ya, memang kita sudah sedia maklum bahawa fanboy Metallica yang menginginkan kembalinya zaman thrash metal mereka akan merasa agak kecewa dengan album ini sekali lagi, sama juga seperti rilisan Load dan Reload. Tapi itulah Metallica. Kita kena terima hakikat bahawasanya Metallica merupakan sebuah band yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai subgenre rock, baik dari "alternative rock" (sila rujuk album Load dan Reload yang lebih ke arah yang aku maksudkan tadi), bunyian rockestra dan pada album St. Anger ini yang lebih menonjolkan sifat groove metal atau lebih sesuai disebut nu-metal.
Pakej CD ini memang menarik. CD audionya merupakan enhanced cd sebenarnya yang mempunyai interactive menu, membolehkan pemilik cd ini memasuki all access area (menggunakan key pass yang diberikan) di laman web mereka iaitu www.metallicavault.com. Pertama sekali aku berhadapan dengan features begini apabila aku pernah membeli cd Limp Bizkit album pertama mereka iaitu Three Dollar Bill Y'all suatu ketika dahulu, di mana ianya juga enhanced cd yang mempunyai menu membolehkan pemilik cd memasuki all access area di laman web rasmi mereka.
Dari kiri: Booklet, Audio/Enhanced CD dan DVD
Dari segi muzikaliti yang ada pada album ini pula, well, sebelum album diriliskan secara worldwide, aku terlebih dahulu menonton sebuah rancangan di channel MTV yang bertajuk MTV Icon : Metallica yang berkonsepkan tribute show khas kepada metal heroes kita iaitu Metallica. Banyak juga band yang mempersembahkan cover songs Metallica pada ketika itu seperti Avril Lavigne, Korn, Limp Bizkit dan yang menghairankan serta aneh iaitu Snoop Dogg (quite funny actually). Di akhir rancangan tersebut, Metallica pula membuat persembahan debut yang mengetengahkan 2 buah lagu dari upcoming album mereka pada ketika itu iaitu St. Anger. Aku boleh tengok reaksi peminat semasa mereka mendendangkan lagu Frantic dan St. Anger tanpa vokal James pada ketika itu...mereka semua nampak kaku dan tidak dapat membuat keputusan tentang bagaimana membuat reaksi terhadap album ini.
Pandangan peminat semestinya bercampur baur mengenai album ini. Kepada generasi nu-metal, rasanya peminat dari zaman ini tiada masalah untuk menerima pendekatan baru yang dibawakan oleh Metallica untuk album ini. Bunyian snare yang menyerupai ketukan dari David Silvera (Korn) dan John Otto (Limp Bizkit) membuatkan Lars rasa macam the new kid in town sahaja. Seperti yang aku katakan tadi, ada yang suka, ada yang menyampah dengan muzik begini. Riff-riff yang dihasilkan oleh James di dalam album ini juga bukan standard tuning (drop key siot!) dan teringat pula kata2 James dalam satu sesi interview di dalam rancangan MTV Icon "we're sound more nu-metal in this album..." bagi aku, well, enough said. Metallica seriously nak join the bandwagon bersama the coolest acts pada ketika itu yang semestinya didominasikan oleh band2 dari genre tersebut.
Pakej CD ini juga disertakan sekali dengan sebuah DVD yang mempunyai persembahan rehersal mereka di Metallica HQ. Keseluruhan video footage dalam DVD ini diarahkan oleh Wayne Isham yang famous dengan menghasilkan ribuan music videos untuk MTV dari pelbagai genre dan artis, you name it man! Dalam album ini juga disertakan sekali lyrics booklet dan beberapa band photos yang diambil oleh seorang jurugambar terkemuka iaitu Anton Corbijn yang pernah berkerja dengan pelbagai band seperti Bryan Adam, Nirvana, U2, Echo & The Bunnymen, Danzig, Depeche Mode dan banyak lagi.
The lyrics booklet
Band photo taken by Anton Corbijn
Pada album ini jugalah buat pertama kalinya memperkenalkan Robert Trujillo selaku pengganti Jason Newsted di posisi bass. Ramai yang sudah sedia maklum tentang pengunduran Jason selepas rilisan Metallica S&M dahulu. Banyak isu yang menjadi punca perbalahan di antara Jason dengan ahli2 lain di dalam band ini. Banyaknya diceritakan di dalam dokumentari "Some Kind Of Monster" mereka yang diriliskan pada tahun 2004. Tetapi pada sesi rakaman album ini, tugasan pemain bass digalas oleh Bob Rock buat sementara waktu.
Rating aku untuk album ini, 2 and a half out of 5 stars...hehe boleh ker macam tu?
Metallica - Frantic (Official Music Video)
Metallica - St. Anger (Official Music Video)...aku suka video klip ni! Badass haha...
Metallica - The Unnamed Feeling (Official Music Video)
Metallica - Some Kind Of Monster (Official Music Video)
dulu aku beli kaset st anger ni dpt poster besar
ReplyDeleteSama la kita, beli kaset ni dulu dpt poster besar gedabak...masih simpan lagi sampai skrg.
Deletekalau aku nak kumpul semula diskografi metalika dlm format CD, pasti album ni jadi album yg terakhir dlm senarai
DeleteHaha....faham....not a big fan utk album ni
DeleteFrantic-tic-tic-tic-tic-tic-tic-tic-toc....Kentangkentangkentang!
ReplyDeleteKfc wedges?
Deletealbum ni album yang agak mendukacitakan jugak tapi tak lah teruk sangat mcm Load,Reload or SnM. Pada aku part bagusnya ialah metallica cuba main tempo yang laju semula, Lars main fast double bass kembali dan production yang tak dimekap tebal.Yang lain hampeh.Lagu tak sedap, production terlampau mengarut(pulak dah..haha), snare drum tin pepsi, takde solo gitar,suara hetfield yg kdg2 whacky out of key dan Bob Rock main bass.whats up with that?
ReplyDeleteHehe mcm yg aku tadi, ni adalah percubaan diorang nak jadi lebih ke arah nu-metal (bunyi drums tu boleh refer dgn album Korn's Life Is Peachy) tapi agak x menjadi. Still album ni tak la mendukacitakan sgt sbb Metallicadah kembali bawak lagu heavy dan laju.
Deleteyup.aku ada baca interview bob rock dlm majalah sound 2009, bob kata time ni lars ulrich tengah taksub dengan syastem of a down.haha.agak lawak.
DeleteSystem of a down pun dah lama sangat hiatus...apa daaa...
DeleteNice review. Dan nice photos. First time tengok
ReplyDeleteHaha....nice to see, hard to digest the music, well, for most fans.
DeleteThe unamed feeling je la lagu yg boleh aku layan dlm album ni..yg lain tak sedap!..heheh
ReplyDeleteMusic video "the unnamed feeling" pun boleh tahan best jugak. Hehe...
Delete