Monday, August 26, 2013

CD Review : Pearl Jam's Ten (Rilisan 1991)

 CD Pearl Jam : Ten

CD Pearl Jam Ten ini aku perolehi semasa di kolej dahulu, pemberian dari seorang sahabat yang juga penggiat seni muzik bawah tanah pada ketika itu, sekitar tahun 2000 - 2002. Kalau diikutkan, aku sudah lama mengenali dan menghayati album ini semenjak pertengahan dekad 90'an lagi, masa itu tengah hangat demam muzik grunge dan Nirvana telah menjadi instant legend selepas kematian frontman nya, Kurt Cobain. Kalau tahun 90'an dulu, aku mana ada banyak duit nak beli kaset ini, cukup sekadar dubbing kaset dari kawan yang ada beli kaset asalnya. CD ini mempunyai sentimental value nya sendiri bagi aku, secara peribadi.

Kalau diikutkan sejarah penubuhan band ini, sebenarnya jika Andrew Woods (frontman band Mother Love Bone yang juga dianggotai oleh Jeff Ament serta Stone Gossard, founder band Pearl Jam) tidak mati kerana overdose dadah pada tahun 1990, aku rasa band Pearl Jam ini tidak akan wujud dan Eddie Vedder masih lagi jadi seorang security di Seattle. Tapi sejurus selepas kematian Andy Woods, Jeff dan Stone masih lagi ingin meneruskan karier muzik mereka di dalam scene Seattle Sound dengan mengasaskan sebuah band baru yang dinamakan Pearl Jam.

Ya, memang betul, album inilah yang mengangkat nama Pearl Jam menjadi household name suatu ketika dahulu di dekad 90'an. Eddie Vedder yang terkenal dengan gimik persembahan yang menggila (Eddie suka panjat tiang2 stage yang tingginya lebih kurang 15 kaki ke atas dan sejurus selepas itu, dia buat stage dive, memang insane!) serta setting pentas yang dikerumuni dengan action figure pemain basketball NBA, merupakan antara daya tarikan band ini semasa membuat persembahan. 

Melalui album Ten ini jugalah, single2 mereka seperti "Even Flow", "Alive" dan "Jeremy" menaikkan nama band ini ke arus muzik mainstream, sekaligus keluar dari kepompong Seattle Sound yang lebih bersifat underground. Kekuatan vokal Eddie Vedder yang dipengaruhi oleh Neil Young dan sedikit ala Bruce Springsteen ini membezakan muzik Pearl Jam dengan mana2 band alternative rock mahupun grunge pada ketika itu. Selepas itu, banyak pula penyanyi klon yang ingin mengikuti lenggok vokal Eddie seperti band Creed, Stone Temple Pilots, Staind, Puddle Of Mudd dan macam2 lagi.

Pakej yang ada pada album ini juga ada sentuhannya yang tersendiri. Kebanyakan artwork pada album ini (dan juga album2 yang seterusnya) dibuat oleh bassist Pearl Jam sendiri iaitu Jeff Ament. Jeff merupakan seorang artis dalam lukisan dan seni fotografi. Kebanyakan tulisan lirik yang ada pada inlay cover album ini adalah nukilan beliau sendiri. Album yang terdiri daripada 11 buah lagu ini merupakan salah satu anthems untuk Generasi X pada ketika itu, selain album Nirvana "Nevermind".

 Inlay cover untuk CD Pearl Jam : Ten

 CD Pearl Jam : Ten yang merangkumi 11 buah lagu

Pada ketika album ini diriliskan, ianya mendapat ulasan yang bercampur baur dari pelbagai pihak. Pihak majalah Rolling Stone mengatakan album ini "wring a lot of drama out of a few declarative power chords swimming in echo" dan  Allmusic pula mengatakan "may well be the face of 90's metal". Tidak lupa juga ada yang mengutuk habis-habisan, even Kurt Cobain mengatakan album ini adalah sell-out kepada scene muzik Seattle kerana terlalu banyak gitar solo di dalam nya (sememangnya Kurt anti rockstar, walhal dia pun rockstar jugak).

Walau apapun yang dikatakan oleh pihak media, sememangnya album ini boleh dikatakan di antara landmark muzik rock dekad 90'an pada ketika itu. Alternative Rock will never be the same tanpa muzik pembawaan Pearl Jam. Album ini adalah kegemaran peribadi aku, ianya juga secara tidak langsung memberi sumber inspirasi kepada pemuzik2 muda lain yang ingin menghasilkan muzik modern rock yang sehebat album ini.

Pearl Jam - Alive (Official Music Video)

Pearl Jam - Even Flow (Official Music Video)

Pearl Jam - Jeremy (Official Music Video)

10 comments:

  1. masa album ni tgh top...aku teringat satu komen kat metal hammer...aku lupa band metal mana yang komen cakap Pearl Jam ni band yang lembik....dia bagi contoh lagu Alive...katanya lirik bersemangat nak hidup...tapi nyanyian dan melodi macam nak mati...

    Komen tu melekat kat kepala aku sampai aku was2 nak beli kaset ni dulu...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la bro, masa dulu pun aku tak faham kenapa Pearl Jam sering dikaitkan dgn muzik metal,walhal diorang ni bukannya metal sangat pun, more tu hard rock ala 70's band...lembik tak lembik itu terpulang kpd selera masing...cuma aku suka longevity serta kerjasama yg ada dlm band ni, boleh jadi contoh utk band2 lain...dah lebih 20 tahun bertahan...

      Delete
  2. Jeremy, daughter, aku tahu la. Pernah dengar. Sedap.

    ReplyDelete
  3. Tak silap aku frasa "modern rock" tu pasal pearl jam punya muzik la kot..aku ada kaset ni dgn album vs tu..antara album terawal pearl jam yg aku suka..1st album band Live - throwing cooper kalo tak silap,ada bro?kalo ada kasi review skit..band live pun bole tahan lagu2 dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi aku, kesemua album Pearl Jam memang best baik Backspacer mahupun Riot Act, cuma yang betul meninggal kesan di hati ialah 3 buah album ni....Ten, Versus dan Vitalogy...zaman muda remaja la katakan haha...oh ya Live gua takda beb...tapi gua pun suka album Throwing Copper dgn Secret Samadi diorang...

      Delete
  4. Evenflow... Lagu yang aku boleh main complete 99% dalam guitar hero

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha walaupun gua bukan kaki main game, tapi lagu Evenflow memang syok...tambah lagi kalau dibawak jamming bersama rakan2.

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...