Friday, August 23, 2013

Perhimpunan Aman Membantah Kerajaan Haram a.k.a. Rampasan Kuasa (Kudeta) Pimpinan Regim Abdel Fattah El Sisi di Mesir, Bertempat Di Masjid Assyakirin Bintulu (16 Ogos 2013)

Pada jumaat minggu lepas, 16 Ogos 2013, bertempat di Masjid Assyakirin Bintulu, telah diadakan satu demonstrasi secara aman bagi membantah kerajaan haram pimpinan regime Abdul Fattah As Sisi atau lebih dikenali dengan gelaran General Sisi. Ramai yang sudah maklum tentang isu penggulingan kerajaan pimpinan presiden Dr. Muhamed Morsi selaku ketua parti Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) baru-baru ini. Ramai juga sudah maklum bahawa terang-terangan General Sisi ini hanyalah boneka kepada kuasa-kuasa besar dari luar Mesir seperti USA dan Israel, cuma buktinya sering dikaburkan dari pandangan masyarakat dunia. 

Krisis ini semakin merunsingkan umat Islam sedunia selepas penguasaan kerajaan berasarkan ketenteraan dipimpin General Sisi semenjak Julai lalu. Ramai orang awam yang tidak berdosa dibunuh dengan kejamnya oleh pihak penguatkuasa. Kekejaman ini bermula semasa pengikut Dr Muhamed Mursi berhimpunan secara besar-besaran di Dataran Rabiatul Adawiyah pada Julai lalu. Penahanan Dr Muhamed Mursi di satu tempat yang dirahsiakan telah menambahkan kemarahan rakyat Mesir secara umumnya. Masyarakat dunia juga sedar dengan masalah ini.

Justeru dengan isu ini, beberapa NGO serta AJK Masjid Assyakirin telah mengadakan perhimpunan aman ini bagi membantah sekeras-kerasnya tindakan yang telah dilakukan oleh General Sisi ini. Mangsa kekejaman manusia berhati binatang ini meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa.

Marilah sama-sama kita doakan kemenangan di pihak yang benar untuk saudara-saudara kita di Mesir, Syria dan Palestine pada ketika ini. Doa merupakan senjata yang paling sesuai dan efektif sebenarnya. Hanya pada Allah sahaja kita mampu meminta padaNya agar Firaun bernama General Sisi itu akan menerima kecelakaan di kemudian hari. Liputan secara terperinci boleh dilihat di blog rakan aku ini iaitu saudara Barangkali Marus (klik di SINI)

 Ucapan kata-kata semangat dari perwakilan PAS Sarawak


Beberapa jemaah menaikkan poster yang menyatakan penentangan terhadap kerajaan haram General Sisi

 Banner "We Support Muslim Brotherhood"


10 comments:

  1. Replies
    1. Yup....seperti yang dijelaskan melalui wikipedia hehe

      Delete
  2. Sedih la.. Makin hari makin teruk keadaan kat mesir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diantara tanda2 akhir zaman...jangan pernah berhenti berdoa utk kemenangan dan kesejahteraan saudara2 kita di sana.

      Delete
  3. Taruk mat rock satu la jadi presiden Egypt.

    Mat Rock yang jenis kasi middle finger kat politician2 yang kepala hotak tak fikir pasal nyawa, keamanan, dan nafsu cam puaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea bro....vote Ozzy for president? Hehe

      Delete
  4. Replies
    1. inshaAllah...sama2lah kita berbuat demikian bro

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...