Monday, September 2, 2013

Movies Review : Beberapa Filem Horror / Thriller Yang Aku Tonton Kebelakangan Ini

Aku sebenarnya memang menggemari genre filem sebegini walaupun hakikatnya aku ini seorang yang penakut. Seriously speaking, aku memang bukan orang yang kuat semangat pun. Tapi entah kenapa, filem seram dan thriller sebegini seringkali memberi rasa kepuasan dan "kick" nya tersendiri berbanding dengan genre lain. Sebagai contoh, filem Evil Dead yang aku baru tengok beberapa bulan dahulu, selesai sahaja aku menonton filem tersebut, aku seringkali mengalami masalah untuk tidur sebab sentiasa terbayang wajah momok yang ada dalam filem itu. Ianya memberi kesan yang mendalam sebenarnya bagi aku hahaha.

Dibawah merupakan filem-filem yang aku baru sahaja selesai menontonnya dalam seminggu dua ni:

The Purge (2013)

The Purge : Official Movie Poster

The Purge : Official Movie Trailer

Filem The Purge ini merupakan sebuah filem action thriller sebenarnya, berlatarbelakangkan suasana masa hadapan iaitu 2022 di United States Of America (duh!), di mana satu konsep kepuasan fizikal dan mental masyarakat yang dipanggil "The Purge" telah diperkenalkan oleh kerajaan USA kepada rakyatnya. Melalui sistem "The Purge" ini rakyat USA diberi satu tarikh khas (selama sehari sahaja) untuk melakukan sebarang jenayah tidak kira merogol, merompak mahupun membunuh sesuka hati selama 24 jam, dan setelah selesai semuanya, keadaan akan jadi normal kembali. Filem lakonan Ethan Hawke dan arahan James DeMonaco ini memang sangat menarik walaupun ada jugak la elemen merepek dalam filem ini (sistem sebegini sebenarnya masih tidak dapat menyelesaikan masalah sosial).

The Last Exorcism 2 (2013)

The Last Exorcism Part 2 : Official Movie Poster

The Last Exorcism Part 2 : Official Movie Trailer

Filem The Last Exorciam Part 2 ini merupakan susulan kepada filem bahagian pertamanya yang diriliskan pada tahun 2010 dahulu. Filem ini lebih memberi perhatian kepada situasi selepas watak utamanya Nell Sweetzer lakonan Ashley Bell dijumpai di rumahnya selepas berhadapan dengan momok di filem part 1 nya. Watak Nell kali ini lebih diberi perhatian sepenuhnya. Aku agak kecewa dengan filem ini sebenarnya. Kick seramnya tidak berapa menjadi. Ada beberapa subplot dalam filem ini rasanya tidak perlu dihuraikan sepenuhnya, seolah2 membuang masa sahaja menontonnya. Kisahnya kali ini pula bukan dalam bentuk "found footage" seperti part 1 dan yang paling mengecewakan sekali ialah endingnya terlalu perdictable, arghhh yang ini memang aku rasa menyampah sangat!

Paranormal Activity 4 (2012)

Paranormal Activity 4 : Official Movie Poster

Paranormal Activity 4 : Official Movie Trailer

Aku rasa aku agak ketinggalan dalam menonton filem ini. Sudah lama sebenarnya filem ini berada di pasaran. Sudah agak basi sebenarnya haha. Walaupun bagaimanapun filem franchise "Paranormal Activity" ini tidak pernah mengecewakan aku setakat ini. Lebih kurang macam siri filem "Hostel" dan "Saw", kesemua filemnya ada kelebihannya tersendiri. Plot dalam filem ini juga sukar diramalkan akan pengakhirannya, itu yang aku suka sebenarnya. Kali ini lebih memberi penekanan dengan watak Hunter, anak buah Katie yang sudah besar (berusia lebih 10 atau 11 tahun) yang telah dijaga oleh keluarga angkatnya. Watak Katie juga ada membuat cameo dalam filem ini. Seriously, elemen witchcraft  dan "found footage" agak menjadi dan ianya bertindak sebagai kekuatan sebenar filem ini. 

The Conjuring (2013)

The Conjuring : Official Movie Poster

The Conjuring : Official Movie Trailer

Filem ini berdasarkan kisah benar yang dialami oleh sepasang suami isteri, Ed dan Lorraine Warren, yang juga merupakan pasangan penyiasat aktiviti paranormal atau lebih dikenali dengan gelaran demonologist. Filem ini memberi penekanan untuk kes gangguan makhluk jahat di Harrisville, Rhode Island yang berlaku pada tahun 1971 pada keluarga Carolyn dan Roger Perron. Filem arahan James Wan ini (James Wan merupakan pengarah kelahiran Kuching Sarawak yang sekarang menempah nama di Hollywood melalui beberapa koleksi filem horror arahan beliau seperti Insidious, Saw 1, Dead Silence dan tidak lama lagi akan dirilis iaitu Insidious : Chapter 2) juga mempunyai identitinya tersendiri akan tetapi masih mengekalkan trademark arahan beliau seperti subplot yang sukar diramal serta kesan khas yang menyeramkan. Wajib tonton kepada penggemar filem seram!

12 comments:

  1. Dalam banyak2 tu the conjuring je yg betul2 boleh layan..mmg best james wan ni kalo buat movie seram..fast n furious 7 pun dia yg akan jadi pengarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, aku pun ada terbaca yang James Wan akan jadi pengarah utk Fast 7 nanti...kalau kita tgk ending Fast 6, ada Jason Statham jadi watak antagonis, kita tunggu dan lihat hahaha....

      Delete
  2. Pengarah conjuring tu at newspaper singapore, in colour berpage page interview dia. Besar2 taruk orang malaysia, tapi tak perasan lak kat malaysia sendiri dia diiktiraf tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. James Wan was born in Kuching, Sarawak but eventually his family migrated to Australia. Technically he's an Australian la...no wonder nama dia tak di mention dlm mana2 media di Malaysia. But then again, he one hell of a good and talented director.

      Delete
  3. Versi sedut The Conjuring dah ada gambo cantik ker...iskh...sekarang juga cari...heheh...

    btw...aku suka cerita jenis franchise yang dah sampai 3,4 macam Paranormal Activity...bukan senang nak buat benda yg sama berulang2 tapi masih ada org nak tengok....contoh Final Destination...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Versi sedut dah ada yang clear bro utk The Conjuring...no problem. Seriously aku pun suka jugak movie yang franchise ni, especially filem horror atau thriller sebegini...sebagai contoh Child's Play punya filem series, ada yang ok ada yang flop, susah nak maintain success nya tapi ianya tetap mencabar kreativiti pengarahnya.

      Delete
  4. adui... aku skip cerita horror dan hantu... fail skit...huhuhu

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...