Friday, August 30, 2013

Perubatan Berbekam : Berdasarkan Pengalaman, Hadith Sahih Serta Khasiat Yang Ada Padanya.

Seperti yang diriwayatkan kepada Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bahawa tidak aku berlalu (jalan) di malam Israk dengan malaikat melainkan mereka berkata, “Wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam”.

Semenjak terkena serangan darah tinggi dan kolesterol pada bulan Januari yang lalu, aku selalu jatuh sakit dan sering mengambil cuti sakit. Aku rasa tahun 2013 ni sudah beberapa hari aku ambil MC, boleh dikatakan dalam sebulan mungkin ada la sehari dua rasanya. Tapi keadaan sudahpun beransur pulih, sebelum bulan puasa lagi aku dah rasa sihat sikit disebabkan aku sudah mula mengikuti beberapa sesi perubatan berbekam dari seorang kenalan yang tinggal di Kampung Jepak, Bintulu sini.

Nama kenalan aku yang mempunyai perniagaan perkhidmatan perubatan berbekam ini ialah Abang Aidil. Nama sebenar dia aku tak tahu, malas nak tanya lah rasanya. Dahulu, Abang Aidil ni berkerja di sebuah syarikat yang mengendalikan pelabuhan di sekitar Bintulu. Tapi kini sudah berhenti dari perkerjaan berkenaan, disebabkan ingin menumpukan perhatian kepada pusat perubatan alternatif yang beliau usahakan ini. 

Aku mula mengikuti perkhidmatan berbekam dari Abang Aidil ini kira-kira dalam bulan Jun begitulah rasanya, tidak lama selepas anak buah aku meninggal pada bulan Mei lalu. Melalui berbekam sahaja, Abang Aidil dapat tahu yang aku mempunyai masalah kolesterol dan darah tinggi. Jenis bekam yang Abang Aidil kenakan pada aku di peringkat awalnya ialah Bekam Basah di mana ianya melibatkan proses mengeluarkan darah kotor atau lebih dikenali dengan terma detoksifikasi. Akan tetapi, oleh kerana aku mempunyai masalah darah tinggi, adalah dinasihatkan bahawa bekam basah hanya perlu dijalankan selama 3 bulan sekali sahaja. Kalau untuk Bekam Kering (sekadar untuk membuang angin sahaja), boleh dilakukan sebulan sekali, kata Abang Aidil.

Aku rasa cara begini sahajalah yang sesuai bagi mengubati masalah ataupun penyakit yang aku hadapi kebelakangan ini. Alhamdulillah kekejangan otot di bahagian belakang badan (terutamanya kawasan tulang belakang dan punggung) kini sudah hampir lenyap, mungkin ianya datang di beberapa ketika, cuma tidaklah sekerap dahulu rasanya. Kepada rakan2 serta pembaca blog ini yang mempunyai masalah seperti aku ini ataupun penyakit lain (seperti gout, kencing manis, angin ahmar dan sebagainya), seriously aku betul2 recommend untuk kalian membuat rawatan berbekam. 

Lagipun ianya adalah sunnah Rasulullah. Nabi junjungan kita pada hayatnya sering melakukan perubatan berbekam ini, sehingga ada satu kisah dimana pada ketika baginda selesai membuat rawatan bekam, Rasulullah mengarahkan seorang sahabat (aku tak ingat siapa namanya) untuk membuang darah kotor yang dikeluarkan dari tubuh baginda tadi. Akan tetapi, oleh kerana sayangnya sahabat tersebut terhadap Rasulullah, lalu diminumnya darah beku Rasulullah tersebut. Apabila Baginda mengetahui perkara tersebut, Rasulullah tidak melenting walaupun tahu bahaya darah tersebut adalah najis sebenarnya. Lalul Rasulullah bersabda, adalah haram api neraka menyentuh badan sahabat tersebut oleh kerana perlakuan beliau sebentar tadi. Mengenai hadith ini, ianya memang sahih cuma aku tidak ingat siapa perawinya. Mohon bagitahu ya jika ada rakan2 yang mengetahui dengan lebih lanjut tentang hadith tersebut.

Di bawah merupakan beberapa khasiat berbekam yang aku cedok dari blog www.sritanjung.wordpress.com, sila rujuk di bawah:

1- Melegakan pening kepala dan menyembuhkan migrain.
2- Membantu melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3- Memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4- Memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5- Membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar.
6- Dengan mengeluarkan darah toksik dapat melancarkan peredaran darah.
7- Membantu meringankan tubuh.
8- Merawat mata dan menajamkan penglihatan.
9- Selain itu berbekam juga dapat menyembuhkan berbagai lagi penyakit, antaranya darah tinggi, jantung, kolesterol, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan, haid tidak teratur, gaut, elephantiasis (kaki gajah), pendarah otak dan buah pinggang.


Keadaan di belakang badan aku semasa dibekam

 Keratan dari suratkhabar Kosmo tentang berbekam. Ya, tidak semua penyakit sesuai dibekam. Pemilihan hari untuk berbekam juga penting (waktu yang digalakkan ialah 17, 19 dan 21 haribulan pada setiap bulan Hijrah).

Mangkuk bekam yang digunakan oleh Abang Aidil untuk merawat aku.

Beberapa sijil yang diperolehi oleh Abang Aidil berkaitan tentang perubatan Islam serta gambar persatuan bersama rakan2 beliau yang juga dialiran yang sama.

 Rupa belakang badan aku selepas dibekam (Bekam Basah). Kesan darah tersebut mengambil masa 2 atau 3 hari untuk hilang.

Video penjelasan tentang perubatan berbekam (kaedah rawatan Islam)

P/S: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Pada Esok Hari (31 Ogos) Buat Tanah Malaya Khususnya...

18 comments:

  1. Bekam syok woo..kalo aku balik kampung selalu jugak bekam,tapi old skol punya cara,guna tanduk kerbau..lepas bekam badan rasa ringan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg guna tanduk kerbau tu jenis sedut guna mulut kan?

      Delete
  2. Time aku kecik dulu org berbekam pakai tanduk..Fuhh tengok pun gerun...

    ReplyDelete
  3. Time aku kecik dulu org berbekam pakai tanduk..Fuhh tengok pun gerun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah ada alat mcm mangkuk plastik tu utk gantikan tanduk.

      Delete
  4. nice subject. atuk aku yang duduk kat terengganu selalu juga berbekam tapi dia buat kat sisi kepala dia. dia buat setahun sekali. kalo pesakit yang ade kencing manis, tak bahaya ke luka tak sembuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...tu la ckp tadi bro, tak semua penyakit sesuai dibekam...bagi pesakit diabetes yg dah teruk sangat sampei cucok syringe tu, elok ikhtiar cara lain la bro.

      Delete
  5. bekam yang best kalau buat di kepala... terasa ringan....

    ReplyDelete
  6. Bro faizal: gua belum cuba bekam kepala lagi, inshaAllah nak jugak buat nanti.

    Bro Deaf: jom la cuba...hahaha

    ReplyDelete
  7. Singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula.

    ReplyDelete
  8. menurut Maulana Asri, hadis berkenaan sahabat yang minum darah bekam Nabi itu adalah sahih, ikuti penjelasan lanjut di SINI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas pencerahan utk hal berkenaan, bro.

      Delete
  9. boleh bg contact no /alamat abg aidil yg buat bekamm

    ReplyDelete
  10. boleh bg contact no /alamat abg aidil yg buat bekamm

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...