Friday, November 22, 2013

Beriadah Bersama Keluarga Di Mardiah Resort Bintulu

Pada 20 Oktober yang lepas, aku dan keluarga berpeluang untuk mengikuti aktiviti berenang di kolam renang yang terletak di sebuah pusat peranginan (erk...boleh ker dikategorikan sebegitu?) di kawasan Bintulu ini iaitu Mardiah Resort. Mardiah Resort ini terletak lebih kurang 25 minit perjalanan menggunakan kereta dari bandar Bintulu, lebih kurang 19 @ 20 kilometer begitu lah. Aku main agak-agak saja la. Resort ini terletak di atas bukit dan tidak jauh dari lebuhraya Bintulu-Sibu dan juga untuk ke Lapangan Terbang Bintulu. Di kawasan resort ini juga ada disediakan kolam renang. Kolam renang inilah yang sering dijadikan tumpuan pengunjung. Bintulu ni mana ada banyak kawasan peranginan, tak payah cerita la pasal taman tema ker pusat wayang yang ada kelas ker dan sebagainya...resort sebegini pun sudah kira memadai rasanya bagi penduduk Bintulu yang ingin keluar mencari hiburan bersama keluarga, jauh dari hiruk pikuk bandar.

Kami sekeluarga, yang dianggotai oleh keluarga adik-adik aku, my parents serta besan dan juga my wifey and my sweet daughter Ainul sampai di destinasi agak lewat sebenarnya. Kami mulakan aktiviti berendam di dalam kolam renang tersebut kira-kira dalam pukul 5 petang begitu. Kawasan resort ini agak besar sebenarnya. Meliputi tanah seluas 36 ekar, resort ini mempunyai 6 buah chalet yang berharga dalam lingkungan RM70 ke RM80 sahaja. Kira macam chalet bajet rendah jugak la. Semasa aku ronda-ronda kawasan resort ini, aku perhatikan ada sebuah dewan yang boleh dimasuki oleh 80 hingga 100 orang, rasanya kalau buat gig kat dewan ni, mesti happening kan? haha. 

Jom kita layan gambar pulak...

 Inilah kawasan kolam renang yang aku maksudkan, ianya dibahagikan kepada 2 bahagian, satu kawasan cetek satu lagi dalam sedikit, lebih kurang 4 kaki begitu lah

 Kawasan kolam yang siap ada pondok untuk berkaraoke (sebelah kanan paling atas)

 Salah sebuah chalet yang ada di sini

 Rumah ini aku rasa asalnya ialah sebuah restoran kecil tapi ditutupkan bagi menjadi tempat persalinan selepas sesi berenang.

 My dear daughter tengah syok berenang dengan ibunya.


Kawasan keseluruhan kolam renang tersebut. Aku difahamkan di resort ini juga ada kolam ikan untuk aktiviti memancing. Sesuai untuk kaki pancing juga rasanya. 

Pic ini diambil dari blog Mardiah Resort Bintulu

Kepada sesiapa yang berminat untuk bermalam di sini, bolehlah menghubungi:
Haji Awang Omar Bin Haji Awang Salleh (no. h/p 019-8141512)
email: mardiahresortbintulu@gmail.com

12 comments:

  1. musim cuti sekolah adalah musim anak2 tuntut benda2 macam ni...kopak!!!...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro, part tu yg lemah sikit tu hahahah....

      Delete
  2. Cantik tempat ni.. menarik.. tapi kalau ramai pengunjung nanti tak best lak, so ko pergi cam takde orang ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira tempat ni masih dalam kategori belum commercial lagi bro deaf, tapi once dah jadi famous nanti...ermmm...jadi tak best pulak dah hahaha

      Delete
  3. Boleh tahan luas jugak tempat ni..kawasan pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah persendirian bro....antara org kaya di bintulu jugak owner tempat ni

      Delete
  4. Yay holidayyyy! Never been here but looks nice. Bintulu is really growing and flourishing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. If u happen to be in bintulu in the nearest future, please do come to this sanctuary, sis....heheh u wont regret it.

      Delete
  5. Dah ok ka kolam ya.dulok aku nait sia mcm sik berapa jak kolam ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dua kolam bro...satu yg dah berklorin, satu taraaaa....nok yg berklorin ya bersih sikit

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...