Saturday, October 25, 2014

Review Konsert : Carcass - Autopsying Asia Tour & Borneo Extreme Fest 2014 (Part 3)

Rot & Roll!

Sekitar pukul 9 malam begitu, kami pun mula memasuki stadium tersebut. Pada awalnya keadaan dalam stadium agak terang sedikit dicerahkan oleh lampu2 dari koridor yang terdapat di kawasan tepi venue tersebut. Setelah berada di tengah kawasan indoor stadium tersebut, barulah kami dapat melihat keadaan sebenar stage yang akan digunakan oleh Carcass untuk membuat persembahan nanti.

Gambar di atas merupakan stage yang digunakan oleh Carcass apabila membuat persembahan nanti. Rata2 yang melihat stage tersebut agak kurang berpuas hati dengan setting sebegini, seperti agak simple sahaja dan tidak sesuai untuk digelar sebagai sebuah event konsert. Tapi apa2pun ini mungkin terjadi atas sebab kekangan masa yang dihadapi oleh pihak organizer sebelum itu. So, to be fair, rasanya tak perlulah nak komplen banyak sangat hehe...

Walaupun setting agak simple, tapi dengan bantuan 2 skrin besar di sudut kiri dan kanan stage, ianya agak membantu dalam memanfaatkan sebahagian besar ruang untuk konsert tersebut. Kelihatan juga para penonton semakin ramai memenuhi ruang tengah stadium tersebut terutama sekali pagar hadapan yang menghadap stage tersebut. Walaupun crowd yang datang tidaklah seperti yang dijangkakan mencecah 1000 orang (mungkin yang hadir lebih kurang 400 @ 500 orang begitu) namun ianya tetap happening. Secara peribadi, feel begini tidak seperti sebuah konsert akan tetapi lebih kepada private party haha. Apa2pun ianya tetap terbaik. Come on, ini Carcass la...hehe

Inilah wajah seorang metalhead yang telah tercapai hajatnya untuk menyaksikan legend beraksi di depan mata. Korawk (atau nama sebenar Nasrul Azam Naseer) tidak dapat menahan senyumannya yang sampai di telinga itu. Dulu beliau tak dapat nak join konsert Iron Maiden dan Metallica, kali ini tiada alasan lagi. Tahniah diucapkan buat beliau!

Yup, aku pun tak dapat menahan keterujaan di saat ini. Memperagakan tshirt Carcass "Exhumed to Consume tour 2008", akhirnya aku berjaya juga berada di stadium ini. Horns up, metalheads!

Tidak lama selepas itu, tetiba ada pulak efek fogging keluar dari atas stage. Nice! Walaupun stage agak kecil namun kesan khas yang digunakan memang mendatangkan keterujaan yang maksima. Aku dengan rakan2 lain berkumpul di sebelah kanan stage (ikut persepsi penonton). Sahabat aku, Encik Rashid COG sudah mula mengibarkan banner Carcass nya di hadapan stage tersebut (tidak ada gambar, sorry). 

Pada masa ini intro lagu 1985 yang diambil dari album Surgical Steel mula berkumandang di udara dan seorang demi seorang ahli kumpulan Carcass menaiki stage, dimulakan dengan Ben Ash (guitar) dan Dan Wilding (drummer). Tidak lama selepas itu frontman Jeff Walker (vocals, bass) dan Bill Steer (lead guitar) pula menaiki stage. Di saat ini, semua hadirin mulai berteriakan dan lagu pertama iaitu "Buried Dreams" (dari album Heartwork) mula didendangkan.

Participation crowd pada awal konsert itu memang terbaik. Semua hadirin yang menyaksikan konsert ini sama2 headbanging. Ada juga yang mengambil video serta gambar. Bagi aku ianya tidak menjadi masalah, at least kadang kala berhenti lah seketika mengambil gambar dan turut sama headbanging ataupun sing-a-long bersama Jeff Walker. Bukan selalu pun haha...


Apabila masuk lagu ketiga iaitu "Cadaver Pouch Conveyor System" (dari album Surgical Steel), kelihatan crowd mula membentuk moshpit. Bagi aku yang sangat menantikan lagu ini dipersembahkan oleh Carcass, it was like a dream come true! Aksi pogo dan headbanging mula kelihatan. Aktiviti mosh-pit ini sebenarnya diketuai oleh saudara Rashid COG (the true goatfather of Bintulu Black Metal hahaha kalau dia baca ni confirm aku kena belasah), beliau sememangnya ingin benar membuat aksi sedemikian. Dia sudah kasi kecoh pasal hal ni beberapa minggu sebelum konsert dan dari Bintulu lagi. Syabas diucapkan kepada beliau kerana impian untuk melakukan mosh-pit sudah tercapai haha.

Ini ialah Ben Ash, gitaris yang menggantikan Michael Amott (Arch Enemy). Persembahan beliau memang terbaik malam itu. Gitaris yang pernah bermain sebelum ini dengan beberapa band grindcore/death metal seperti Pig Iron & Desolation (hanya famous UK sahaja rasanya), sebenarnya merupakan pilihan yang tepat untuk menggantikan tempat Amott.

Yeah! Ini pula aksi Jeff Walker sedang minum beer (cuma minum beer tempatan sahaja jenama Dester, wow nampaknya beliau tidak memilih & berkira sangat pasal beer haha). Beliau sempat berceloteh tentang situasi malam tersebut yang sebenarnya hampir2 dibatalkan di saat akhir tapi dilarang oleh beliau (thanks Jeff!). Apa2pun beliau memang sempoi! Sempat jugak dia announce akan ada sesi meet and greet selepas show nanti (walaupun pada asalnya ianya dibatalkan hasil keputusan yang dibuat oleh band manager sebelum itu).

Lawa betul bullet belt a.k.a guitar strap yang digunakan oleh Abang Jeff ni haha. Seriously, beliau memang sangat profesional. Beliau memang pandai berinteraksi dengan penonton dan kadang2 berseloroh tentang beberapa perkara. Paling aku suka sangat dengar ialah apabila dia ada perli sikit beberapa band metal dari USA. Aku tak berapa pasti yang membuat beliau "bengkek" sangat dengan band metal USA tapi ianya tetap menghiburkan hahaha...

Jeff Walker lagi dengan gaya angker beliau di atas stage. Apabila beliau mengumumkan yang Carcass akan mempersembahkan lagu "No Love Lost", serta merta aku pun turut sama sing-a-long bersama crowd yang lain. Nyanyi sampai pecah suara...perghh tak ingat beb! Lepas tu aku boleh mengucap pulak dah hahaha. Antara lagu yang aku join ikut berpogo bersama crowd lain ialah lagu "Corporal Jigsore Quandary" (diambil dari album Necroticism - Descanting The Insalubrious). Dari kejauhan kelihatan Duktur Bentara juga turut sama ikut berpogo bersama kami haha...good times!

Penataan bunyi pada malam ini memang terbaik. Selalunya kalau band heavy dan extreme membuat persembahan di mana2 gig, sound speaker akan kedengaran terlalu bingit dan menyakitkan telinga. Akan tetapi senario tersebut tidak berlaku semasa konsert Carcass tersebut. Mana2 crowd yang headbanging di pagar hadapan yang facing dengan speaker besar, pasti tidak menghadapi masalah sakit telinga. Ianya disebabkan pengawalan audio yang mantap. Syabas diucapkan kepada soundman. Selesai sahaja Carcass memainkan lagu "Heartwork", mereka pun beredar dari atas pentas. Memang tidak terasa persembahan mereka yang hampir 2 jam itu. Perghh! Superb!

Ini pula geng2 metalheads Sarawak bergambar bersama setelah selesai konsert Carcass. Yang memakai baju merah berkaca mata itu adalah Andy (dahulunya beliau ialah frontman band heavy metal legenda dari Sarawak iaitu Senseless). Sempat jugak aku berborak dengan beliau sekejap pada masa itu. Kesemua dalam gambar ini memang sporting habis. Bila lagi kita nak cari masa dan tempat di mana semua metalheads dari seluruh Sarawak berkumpul, kan?

Yeah! Happy betul mereka semua ni (termasuk aku jugak la). Terutama sekali saudara Rashid (empunya banner tersebut), Rata2 ramai yang berpuas hati dengan persembahan Carcass pada malam itu. Despite all the major hiccups before the show made by the haters, at least the organizer has proof them wrong. Syabas diucapkan kepada pihak Gerak Rintis Industri Musik Metal Sarawak (GRIMMS), semoga selepas ini penganjuran konsert yang akan datang dibuat secara lebih teliti dan profesional.


Nantikan ulasan untuk part 4 iaitu sesi "meet and greet" yang disengajakan dan yang tidak dirancang. Sebelum itu biar aku belanja satu video untuk kalian semua.

Carcass - Buried Dreams (Live at Borneo Extreme Fest 2014)

Untuk membaca review sebelumnya sila klik link di bawah:
1. Review Konsert : Carcass (part 1)
2. Review Konsert : Carcass (part 2)


Friday, October 17, 2014

Review Konsert : Carcass - Autopsying Asia Tour & Borneo Extreme Fest 2013 (Part 2)

Berdasarkan dari penelitian aku

Sebelum aku teruskan dengan review untuk konsert Carcass ini, terlebih dahulu biar aku ceritakan apa yang aku tahu mengenai halangan2 yang dihadapi oleh pihak organizer pada ketika itu. Aku tahu ada di antara kalian (terutama yang tidak menghadiri event tersebut) yang mendengar desas-desus serta perkhabaran yang tidak enak didengar mengenai konsert Carcass ini. Biarlah aku sebagai salah seorang yang menyaksikan event tersebut menyampaikan cerita yang sebenar berdasarkan apa yang aku tahu dan sumber2 yang boleh dipercayai. Jika ada info yang salah, maafkan aku dan bolehlah bertanya secara langsung dengan pihak organizer sendiri.

Berikut merupakan kronologi mengikut aturan tentang apa yang berlaku sebelum, semasa danselepas event tersebut:

1   Beberapa hari sebelum event, pihak organizer telah diberitahu oleh pihak pengurusan Stadium Perpaduan bahawa akan ada satu lagi event yang akan berlangsung pada 12 haribulan (ahad) sehari sebelum konsert Carcass tersebut. Pihak organizer semestinya bengang dengan situasi begini. Tapi apakan daya event tersebut atas arahan pihak atasan (jabatankerajaan) dan ianya melibatkan TYT Taib Mahmud. Event yang membantutkan segala perancangan organizer tersebut ialah Pertandingan Lagu2 P Ramlee (pfft…).

2.      Jika mengikut rancangan, setting untuk stage dan segala persiapan konsert seharusnya dibuat pada malam 12haribulan tersebut, tapi oleh kerana halangan yang aku baru bagitau tadi, maknanya pihak organizer terpaksa tunggu settle event tersebut baru dapat masuk stadium tersebut untuk memulakan persiapan. Dengar cerita venue dah tak dapat nak ditukar ke tempat lain oleh kerana last minute dan pihak organizer pun telah membayar deposit yang agak besar kepada pihak pengurusan stadium.

3     Keesokan harinya iaitu 13haribulan, segala props dan perkakasan semasa event lagu P Ramlee pada malam sebelumnya mula diangkut keluar stadium kalau tak silap dalam pukul 2 petang tersebut. Seriously organizer memang dah bengang giler masa tu. Mana tidaknya, kalau diikutkan opening bands seharusnya membuat persembahan pada pukul 2 petang itu juga. Kalau tidak silap, kerja2 persiapan pentas untuk konsert Carcass bermula pada kira2 pukul 4 petang begitu. Itu pun ada juga halangan lain yang dihadapi oleh organizer. Botingkek-tingkek. Sedih. Disebabkan masalah ini jugalah pihak organizer membuat keputusan untuk membatalkan show untuk opening bands pada petang tersebut atas alasan masa yang agak terhad dan terpaksa menumpukan seluruh tenaga untuk membuat stage baru.

4.  Diceritakan oleh salah seorang krew kepada aku, pihak management Carcass tidak mahu menggunakan pentas yang digunakan oleh event lagu2 P Ramlee ebelum itu atas sebab ianya serupa macam pentas anugerah Grammy atau Academy Award gitu, yang ada tangga keliling tu. Jadi pihak organizer terpaksa memikirkan alternatif lain iaitu membuat stage baru di dalam stadium tersebut. Posisi stage baru untuk Carcass itu terletak bertentangan dengan stage event lagu P Ramlee.

5.      Soundcheck pula kalau tidak silap bermula dalam pukul 6 @ 7 petang begitu (maaf kalau salah tolong betulkan aku). Kami yang sebagai penonton ni mula gelisah menunggu di luar stadium. Macam2 khabar angin yang aku dengar pada masa tu. Ada yang cakap event ni kena cancel sebab tak ada permit (walhal benda ni dah settle lama dah), ada yang cakap sesi Meet & Greet akan dibatalkan disebabkan manager Carcass tengah bengang gila masa tu, dia bengang pun sebab setting stage dibuat secara last minute dan ada jugak insiden yang tidak diingini berlaku di mana ada beberapa individu yang terjerit2 kat luar stadium mengatakan yang event ni cancel dan semua penonton dah kena tipu oleh organizer (inilah assholes yang aku ceritakan pada review part 1 tu). Yang tak best nya, aku melihat gelagat assholes ini depan mata aku bersama Duktur Bentara semasa kami on the way nak beratur tunggu turn nak masuk stadium. Ini meninggalkan bad impression terhadap scene metal Sarawak. Setelah diselidiki, individu2 ini sebenar di bawah pengaruh alcohol. Pffftt. Tak lama lepas tu, Doc Ben pun cakap “Biasalah tu, assholes ada di mana-mana…” nasib beliau jenis yang memahami.

6.       Kami mula beratur di luar pintu masuk untuk memasuki stadium kira2 dalam pukul 8:30 malam itu, nasib baik la event ni tak di cancel seperti khabar angin yang bergerak berlegar2 di telinga2 metalheads masa itu. Sekitar pukul 9 malam, kami pun mula memasuki stadium. Setting stage agak simple. Tapi review keseluruhan persembahan Carcass aku akan ceritakan pada part yang lain.

Kesimpulannya di sini, aku sebenarnya kesian jugak tengok band2 yang seharusnya menjadi opening acts pada konsert Carcass itu. Band2 seperti Perpetual (grindcore dari Sabah), Kolbenfaust (grindcore KL/Kuching based), Devourmy (Death Metal dari Pontianak), Dire Crown dan Nerais sebenarnya sudah teruja dan well-prepared pada masa itu. Akan tetapi, setiap apa yang dirancang hanya Allah yang tentukan. Benda yang dirancang dengan teliti sekalipun jika Tuhan berhendak yang sebaliknya, kita tak dapat nak cakap apa dah.

Yang paling aku rasa kesian sangat ialah band Devourmy dari Pontianak yang terpaksa mengharungi perjalanan selama 12 jam menggunakan jalan darat hanya untuk ke Kuching membuat persembahan tersebut. Tapi mereka bersikap professional, tak dapat perform pun tak apa, janji dapat tengok Carcass perform live depan mata pun dah kira ok. Lagipun diorang masuk free, aku dan penonton2 lain pulak kena bayar RM120 untuk tiket. Apatahlagi band Perpetual dari Sabah, aku dah lama follow band ni. Mereka juga pun bersikap professional walaupun ada juga tersimpan perasaan sedih sedikit kerana tidak dapat menjadi opening band untuk Carcass.

Aku harap apa yang aku bagitau ni dapatlah meleraikan kekusutan tentangapa yang telah terjadi. Aku faham pressure yang dihadapi oleh pihak organizer pada masa itu, disebabkan aku juga pernah berada di tempat demikian semasa handle event Bintulu Music Fest suatu ketika dahulu. Diharap pada event yang akan dating, pihak organizer akan menjadi lebih efisyen dari segi pengurusan serta pilihlah venue yang lebih sesuai. Seriously cakap, Stadium Perpaduan Kuching memang tak sesuai untuk event heavy metal sebegini.


Review semasa konsert akan aku publish sedikit masa lagi. Peace!

Songlist semasa malam berkenaan  (Gambar ihsan dari rakan)


Untuk membaca review bahagian pertama (part 1) sila klik link INI.

Thursday, October 16, 2014

Review Konsert : Carcass - Autopsying Asia Tour & Borneo Extreme Fest 2014 (Part 1)

Surgical Day! 13th Ocotober 2014

Aku dengan bro Nasrul a.k.a. Korawk Al Naseer menggunakan flight Air Asia untuk ke Kuching pada hari tersebut. Nama flight kitorang pulak AK6057 dan berangkat dari Bintulu pada pukul 10:45 pagi. Perjalanan hanya mengambil masa kurang dari sejam dan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira2 pada pukul 11:35 pagi begitu. 

Sesampainya kami di arrival hall, kami telah disambut oleh seorang lagi sahabat yang aku selalu berhubung melalui facebook iaitu saudara Shukor Mola, yang juga merupakan penganalisa muzik rock khususnya. Kami kemudiannya dibawa oleh bro Shukor ke rumah beliau menggunakan kereta Proton Saga FL nya. Lebih kurang dalam pukul 2 petang begitu barulah kami bertolak beramai2 berserta dengan saudara Din (tauke kedai skateboards Slyde & Grind) serta adik beliau Nizam dan juga sahabat lama kami saudara Amud.

Apabila sampai di lokasi iaitu Stadium Perpaduan Kuching atau lebih dikenali dengan nama Indoor Stadium, kami pun berkumpul mencari rakan2 sepermetalan yang juga datang dari Bintulu seperti Rashid Malim (drummer band Curse Of God a.k.a. The Goatfather of Bintulu Black Metal hahaha), Zamry, Helmi dan Lan. Setelah rileks dan chill bersama, kami pun menunggu sepanjang petang tersebut untuk tiba masa konsert akan bermula. 

 Saudara Korawk (paling kanan) sedang tersengih sebagai tanda gembira dapat berada di tempat kejadian. Saudara Din tauke kedai Slyde & Grind (paling kiri) sedang membincagkan sesuatu dengan sahabat beliau encik Amud (tengah).


 Ini pula band Devourmy, sebuah band genre slamming brutal death metal dari Pontianak, Indonesia yang juga bertindak sebagai opening band untuk Carcass pada hari tersebut. Kesian jugak dengar cerita diorang yang terpaksa mengharungi perjalanan selama 12 jam untuk sampai ke Kuching menggunakan perkhidmatan bas.


 Rasanya ramai yang kenal dengan hero berseluar jeans biru dan bertshirt Iron Maiden di tengah2 tersebut, ianya tak lain dan tak bukan saudara Doc Ibrisam Akbar atau lebih dikenali sebagai Doc Ben (pengasas band Langsuyr dan Died). Kitorang yang kat tepi dia tu sememangnya teruja juga berjumpa dengan hero metal tempatan seperti beliau hehe.


 Pada hari kejadian, terdapat juga beberapa distro yang membuat jualan cd serta tshirt band grindcore/death metal tempatan seperti band Tussock, Muntah Darah, GoreSluts, Damokis, Sickness dan sebagainya. Diketuai oleh saudara Prop dari Grundar Production, sesi jualan berlaku agak happening juga. Ada jugak la beberapa cd yang aku beli daripada beliau.


 Tauke distro sedang sibuk mempromosikan produk masing-masing

 Aku sedang berposing bersama Masumi (Paling kiri dan beliau ialah bassist serta founder band Goresluts, pronogrind dari KL), Jeff Disposal (no. 3 dari kiri dan juga merupakan vokalis untuk band Central Disposal, thrash dari Klang), Nizam (no. 4 dari kiri dan merupakan vokalis untuk band grindcore Busseg dari Bintulu) serta 2 orang lagi rakan sepermetalan yang aku lupa namanya. Maafkan saya bro.

 Bintulu Metal Horde sedang berposing bersama banner yang kami kongsi buat bersama semata2 untuk konsert Carcass ini.

Tak habis2 dengan posing maut mereka ni.

Apa yang menyedihkan dan yang telah berlaku ialah pada malam sebelumnya ada sebuah event yang telah dijalankan iaitu Pertandingan Lagu P Ramlee peringkat negeri Sarawak yang tiba2 sahaja diadakan di stadium tersebut pada masa tersebut. Jadi apa yang menjadi kebingungan pihak organizer ialah masa untuk setting pentas serta sound system yang sepatutnya tip top dan hampir menyerupai standard yang pihak band ingini terpaksa ditangguhkan kepada waktu petang isnin itu juga. Ada banyak lagi halangan yang dihadapi oleh pihak krew serta organizer terpaksa hadapi pada masa tersebut. Tapi tak apa lah.,.ada masa nanti aku bagitau secara detail, Mungkin untuk part yang akan datang.

Bersambung...

Monday, October 13, 2014

Carcass Live at Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak! Today is the day...

Aku pun tak tau kenapa la organizer jadikan House Rent Receipt sebagai bukti pembelian tiket. Actual ticket akan di redeem di kaunter stadium itu nanti.


Ini pula design banner yang direka oleh saudara Korawk Al Naseer (owner blog www.gengkeretasapu.blogspot.com)

Nantikan review untuk konsert ini nanti...




Monday, October 6, 2014

Movie Review : Maleficent (2014)

Official Movie Poster

Dari segi lakonan, tiada apa yang istimewa mahupun bizzare yang ingin disampaikan oleh Angelina Jolie. Akan tetapi penceritaan semula dongeng Sleeping Beauty dari perspektif yang berbeza membuatkan filem ini menarik dan tidak senang duduk jika menontonnya di pawagam. Salah satu filem yang harus ditonton pada tahun ini. Terutama sekali bersama keluarga. Rating 3/5 

Official Trailer

P/S: Angelina Jolies still looks HOT! erkkk....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...