Monday, December 8, 2014

Bintulu Car Boot Sale : Pengalaman Aku Setakat Ini...

Pada mulanya komuniti kami ini (iaitu Bintulu Car Boot Sale) cuma bergerak secara kecilan sahaja dan mula memulakan operasi di Bintulu Promenade a.k.a. Waterfront. Hampir sebulan kami beroperasi di sana, setiap hujung minggu bermula pada pukul 2:30 petang hingga 6:30 petang. Alhamdulillah rezeki ada di mana2 sekiranya kita berusaha. Oh lupa nak bagitau, kebanyakan barangan yang kami jual ialah pre loved items seperti pakaian dan juga barangan lain seperti perkakas rumah, aksesori wanita dan sebagainya. Ada juga yang jual makanan dan sebagainya, dengan syarat iaitu dilarang memasak di tapak car boot sale tersebut.

Namun begitu, langit tidak sentiasa cerah. komuniti kami mendapat bantahan oleh pihak empunya tanah kawasan parking kereta Waterfront tersebut. Akan tetapi hasil pertolongan beberapa individu, komuniti kami berhasil membuat satu usahasama dengan pihak majlis perbandaran. Akhirnya kami ditempatkan di kawasan baru iaitu Terminal Bas 1 Malaysia, sebuah kawasan yang terletak tidak jauh dari kawasan bandar juga. Pada mulanya kami agak khuatir apabila disuruh untuk berniaga di kawasan baru tersebut memandangkan ianya tidak strategik (pada pandangan aku sebelum itu), akan tetapi sangkaan aku silap. Kawasan baru tersebut juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat. Alhamdulillah.

Di bawah merupakan beberapa barangan yang aku jual di Bintulu Car Boot Sale.

 Lokasi: Terminal Bas 1 Malaysia

 Used Books and magazines

 Antara barangan yang laris setakat ini; novel2 cinta...hehe

 Action figures dengan majalah Karisma pun gua jual beb...

 Banner Carcass : Autopsying Asia Tour (yang telah ditandatangani oleh Jeff Walker) juga turut dijual di sini dengan harga RM5000. WTF!!!!????

 Produk kecantikan wanita pun gua jual beb...haha

 CD band metal, oldies, indie pun ada. Tudung pelbagai warna juga ada...wow!

Tshirt terpakai yang aku jual. Kelihatan tshirt Metallica : Lulu di situ...

Car Boot @ Garage Sale in England. Aku suka tengok video ini. Inspirasi...

17 comments:

  1. aku cadangkan, tambahan "pasar karat" jual barangan terpakai (pre-loved) berkaitan perhobian lain - setem, first day cover, barang tembaga, cd (sdh lewat), kaset, vinyl (mun~), barangan elektronik lama (PSone, nintendo, megadrive, walkman), collectibles, etc... mcm flea market kat amcorp mall gitu

    ReplyDelete
  2. kalau ada vinyl...sila pm list kat aku dulu.....hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni belom ada org jual vinyl, tapi kalo dah ada nanti saya bagitau tuan hehe

      Delete
  3. haha majalah karisma tu. humilition teringin pula aku. boleh hantar pakai pos tak

    ReplyDelete
  4. Majalah Karisma cover Nuclear Strike... aku ada dalam tu.hahahahah

    ReplyDelete
  5. Terbaik ni bro..mudah2an Makin murah rezeki

    ReplyDelete
  6. I wish you and your fellow mates the best at the new location.
    pelan2 nanti dah words of mouth spread ke hapa ke, tentu makin banyak orang join in, both penjual2 dan mereka2 yang santai petang2 jalan2, tapi tentu ada beberapa orang hardcore yang datang memang nak carik especially barang2 lama.

    ReplyDelete
  7. Tq bro deaf. Mudahan begitu la hendaknya. Amin.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...