Monday, July 27, 2015

CERKAS : RIWAYAT HIDUP TAI, SEORANG DIKTATOR

Trainspotting - The Worst Toilet In Scotland (sumber dari SINI)

CERKAS : RIWAYAT HIDUP TAI, SEORANG DIKTATOR

Sudah hampir 3 hari Tai menetap di rumah yang gelap ini. Makin lama makin sempit rasanya ruang yang ada di rumah ini. Sebenarnya ini bukan rumah Tai, tapi oleh kerana lagak pailang Tai, kawasan yang sempit ini sudah didominasi olehnya. Si Tai ni berlagak saja lebih. Rupanya hodoh, gemuk gedempol, comot dan berbau bangkai. Si Tai ini pun bukan siapa-siapa, cuma terhasil daripada proses detoksifikasi setelah melalui pengambilan nutrisi dari makanan. Sudah habis khasiat yang baik diambil, barulah Tai muncul dalam rumah ini. Akan tetapi, rumah yang didiami Tai ini tidak seharusnya dihuni terlalu lama. Kalau bahan lain boleh sahaja dengan mudah keluar dari tempat itu, masakan Tai boleh menetap lama macam dia dah ada geran tanah di kawasan ini. Orang yang empunya rumah itu sebenarnya sudah lama menahan sabar dengan karenah Tai yang poyo itu.

Nasrul sudah tidak keruan lagi. Tergolek-golek di atas katil, itu sahaja dia mampu lakukan. Sudah 3 hari perutnya memulas dan terasa perit yang amat sangat. Kroniknya sakit Nasrul ini ibarat seperti kes Saiful Bukhari yang lalu, terasa seperti diliwat. Terasa sahaja, bukan yang hakikatnya. Akhirnya Nasrul mengambil keputusan untuk minum julap Chap Kayu Tiga perusahaan Tabib Ahmad yang dibelinya di kedai jamu milik seorang pendatang asing iaitu Ibu Marwiah yang berasal Palembang. Semasa Nasrul pergi ke kedai jamu itu tempoh hari, berkali-kali Ibu Marwiah tersebut mengesyorkan kepada Nasrul ubat julap tersebut jika dia masih lagi sukar untuk membuang air besar. Setelah selesai meneguk minuman julap tersebut, selang beberapa minit kemudian, Nasrul bergegas ke tandas untuk menyelesaikan urusan seri paduka baginda.

Tai terasa ada benda asing yang menyelubungi rumahnya. Benda asing tersebut dengan kasarnya menyepak Tai dari rumah sementaranya itu. Tai terjerumus ke dalam gaung yang tidak akan kembali iaitu yang diberi nama lubang dubur. Proses penyahtinjaan sedang berlaku. Benda asing tersebut berjaya menyingkir Tai dari takhtanya. Riwayat hidup Tai berakhir di lubang mangkuk tandas. Jamban Nasrul berbau hanyir seperti mayat yang tidak dituntut di rumah mayat setelah sekian lama. Walau bagaimanapun terukir senyuman di wajah Nasrul. Azab yang ditanggung kini sudah hilang. Syukur. 

Sekian.

7 comments:

  1. aku selalu dengar orang cakap "think outside the box",
    aku rasa ni satu contoh terbaik la seorang penulis "think outside the box" untuk idea dia.
    syabas

    ReplyDelete
  2. Hahah..idea adi mmg marbeles laa..terbaik.dah boleh tulis novel dah ni

    ReplyDelete
  3. sakit perut nak berak tengah khayal macam cerita transpotting tu

    ReplyDelete
  4. teringat buku Shahnon Ahmad, SHIT (1999)

    kiasan dia, shit = politik = Mahathir

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...