Monday, August 3, 2015

Book Review : Nazi Goreng (Hasil Karya Marco Ferrarese)



SAMA TAPI TIDAK SERUPA

Nampak macam sama kan? Pasti ada yang menduga bahawa buku di sebelah kanan sekali itu adalah cetakan yang kedua. Hakikatnya di sebelah kirinya ialah Nazi Goreng (terbitan Monsoon Books dari Singapura) karya asal oleh sahabat saya, seorang punk rocker dari Italy yang bernama Marco Ferrarese​ dalam bahasa inggeris. Ianya merupakan novel hasil karya beliau yang pertama. Manakala di sebelah kanannya pula ialah Nazi Goreng (terbitan Dubook Press) terjemahan ke bahasa melayu dari novel asalnya dari tajuk yang sama.

Versi bahasa orang putih tu sudah lama aku miliki. Ianya mengambil masa yang agak lama juga untuk aku menghabiskan pembacaan novel tersebut. Kadang-kadang terkial-kial dengan beberapa ayat yang digunakan. Tapi tidak mengapa, ianya tetap menghiburkan. Jika anda beranggapan buku ini mengandungi beberapa propaganda tentang puak skinhead Nazi di negara ini, anda sebenarnya silap besar. Jauh panggang dari api. Ianya sebenar refleksi kepada generasi muda Malaysia yang hidup di era serba urban kini. Usaha Dubook Press menterjemahkan novel ini harus juga diberi pujian. Ianya secara tidak langsung menyalurkan intipati novel ini secara langsung kepada generasi muda di negara kita. Ianya semestinya dekat di hati. 

Semasa Marco pergi ke Bintulu pada tahun 2013 yang lepas, dia ada bagitau aku yang dia akan rilis novel pertamanya. Selalunya dia ni aktif dan berbloggin sahaja. Boleh rujuk blog peribadi beliau iaitu www.monkeyrockworld.com dan di dalamnya sarat dengan cerita pengalaman beliau mengembara di beberapa tempat menarik di dunia. Awesome guy.

Apa-apapun isu yang berlaku di antara Dubook dengan Marco, harap diselesaikan secara aman dan berhemah. Kita kan rakyat Malaysia. Apa-apapun saya tetap memberi saranan agar sesiapa yang meminati novel yang bercirikan indie dan tidak terikat dengan norma kebiasaan untuk membacanya. Melihat situasi negara kita dari kacamata seorang pendatang sebenarnya membawa kita ke satu perspektif yang berbeza dan mudah untuk kita mencerminkan diri kita sendiri. Rebel dan brutal, kepincangan dan ketidaksempurnaan. Tapi dalamnya tercari-cari identiti kita yang sebenarnya. Itulah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh novel ini. Peace.

Jika anda berminat untuk membeli novel ini, sila klik ke laman sesawang rasmi www.dubookpress.com 

Dead Kennedys - Nazi Punk Fuck Off (live)

9 comments:

  1. This looks interesting.
    Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. Dah order online kat dubook haritu tapi out of print la pulak.kena tggu..

    ReplyDelete
  3. Amboi dua version beli..! supportive

    ReplyDelete
  4. aku ada timbul niat nak beli ni...
    ala ala Trainspotting ke ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan seperti menonton Trainspotting + Reservoir Dogs + American History X dalam masa yang sama!

      Delete
    2. Sorry bro... tapi Trainspotting ditulis oleh seorang yang faham cam mana budaya junkie kat Scotland. buku Nazi goreng yang tahi ini ditulis oleh seorang mamat Italy yang tak faham budaya Melayu dan tak pernah pun berinteraksi dengan budaya nazi punk di Malaysia. Dia cuma nak sebarkan tarbiyah liberalnya di kalangan scene di Malaysia, dan terutama di Penang.
      Buku Trainspotting best, buku nazi goreng ni macam tahi. Kerana kaliber penulisnya amat berbeza. Trainspotting was a very frank look at gen X junkies di Scotland in mid-90s. nazi goreng is just a white guy passing judgments on third-world-nazi-punk-scene from his holier-than-thou stance.

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...