Friday, July 19, 2013

Kunjungan Marco Ferrarese Ke Bintulu (Pelajar Berbangsa Italy dari Monash University)

Pada 10 haribulan Julai lalu, seorang penuntut Monash University telah datang ke Bintulu bagi membuat kajian tentang scene muzik metal underground di sini (khususnya Sarawak dan Sabah). Pelajar yang dimaksudkan ialah Marco Ferrarese, seorang jejaka berbangsa Italy yang telah hampir 5 tahun menetap di Malaysia kerana melanjutkan pelajaran (ambik Master) dalam bidang antropologi di Malaysia. Aku mula berkenalan dengan beliau melalui Facebook (link dari rakan2) dan kemudiannya kami bertemu pada 10 Julai yang lepas. Aku menyambut kedatangannya pada hari tersebut di waktu petang (lepas pulang kerja) di Terminal Bas Bintulu.

Sebelum itu Marco telahpun memulakan penyelidikannya dari Kuching hingga ke Sibu. Di Kuching berliau berjumpa dengam beberapa band seperti Mavis Dirty Project (punk) dan Spitzum (grindcore), manakala di Sibu, agak malang bagi beliau kerana tidak berurusan dengan mana2 band di sana. Kalau tak silap aku di Sibu banyak lagi band metal underground seperti Larrong, Kremation, Voltan dan sebagainya. Menurut kata Marco, tidak ada satu band pun dari Sibu yang membalas mesej beliau di dalam Facebook. Mungkin kebanyakan mereka sibuk rasanya, tak apalah, lain kali boleh buat interview guna skype sahaja.

Di Bintulu, Marco tinggal di studio milik sahabat aku Borhan (drummer band Regiment Of Kid-Do-Wrong) iaitu 36 Studio bertempat di kawasan Parkcity Commerce Square. Pada malam 10 haribulan itu, antara band terawal yang Marco jalankan sesi temuramah ialah band My Eyes See Ghost (deathcore,post-hardcore) dan Erectus (death metal). Untuk band My Eyes See Ghost diwakili oleh saudara Alexander serta 2 lagi rakannya, manakala Erectus pula diwakili oleh saudara Rudy (drummer) dan Sallem (lead guitar). Sesi temuramah ini seakan2 macam dokumentari Global Metal dan Marco pula aku lihat macam ikut gaya Sam Dunn sahaja haha. Nice!

Sebelum ditemuramah oleh Marco, setiap orang akan disoal akan diberi borang untuk diisi, lebih kepada penerangan tentang kajian yang Marco ni buat sebenarnya. Dari explanatory statement yang Marco agihkan ini, baru aku tahu tajuk sebenar kajian beliau iaitu HEAVY METAL AND PUNK SUBCULTURES IN MALAYSIA AND SINGAPORE. Monash University ni rupanya terletak di Bandar Sunway, Selangor (untuk kampus Malaysia) dan headquaters nya di Australia. Dalam kajian Marco ini, beliau dikehendaki menemuramah sebanyak mungkin pemuzik2 metal dan punk bawah tanah seluruh Malaysia dan Singapura, tapi research beliau ini dimulakan di Sarawak dan Sabah dahulu. Pada hari keduanya iaitu 11 Julai, hanya aku (wakil rakan2 organizer gigs di Bintulu) dan saudara Ijau (wakil dari band Metuk Ulau Project) sahaja yang ditemuramah.

Ada juga Marco ni mintak tolong aku hubungkan dia kepada band2 dari pergerakan metal Unholy Triangle dari Mukah. Seperti yang sudah sedia maklum, kebanyakan metalheads sekitar Sarawak mengetahui bahawa Mukah merupakan pusat muzik berat seperti black dan death metal Sarawak yang telahpun wujud sejak lebih kurang 20 tahun yang lalu. Antara band terawal yang memulakan pergerakan tersebut ialah Larrong, Narratik, Suicide, Shamanic Rites dan sebagainya. Pergerakan ini menarik minat Marco untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka. Aku cuba usahakan la, kalau nak terangkan lebih lanjut tentang mereka, aku rasa aku tak layak hahaha.

Pada hari ketiga iaitu jumaat 12 Julai pula, sesi interview diteruskan pula untuk band Busseg (grindcore) yang diwakili oleh adik beradik Nizam dan Nasarudin serta aku sendiri hehe (selaku gitaris band ini), band Curse of G*d (Greece black metal) yang diwakili oleh Korawk dan saudara Rashid (the goatfather of Bintulu black metal) dan akhir sekali band Foxhole (kuching thrash metal) yang diwakili oleh saudara Kevin Emmanuel (drummer). Selesai sahaja sesi temuramah yang dibuat di 36 studio pada malam itu, kami semua pun melepakkan diri di restoran Sunflower yang terletak tidak jauh dari studio tersebut. Perjumpaan atau gathering sebegini kami rakan2 metalheads Bintulu berikan gelaran sebagai The Mystical Meeting (diambik dari title salah sebuah album band Rotting Christ).

Ada juga Marco bagitahu aku yang dia cukup berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh band2 metal dari Bintulu sepanjang dia berada di sini. Sekurang2 kami dari Bintulu memberi good impression kepada beliau, itu pun sudah cukup baik. Walaupun timing agak kurang sesuai (Marco ni datang ke Bintulu pada awal bulan Ramadhan, apa la!), namun kedatang beliau disambut baik oleh rakan2 seperjuangan muzik bawah tanah di Bintulu. Beliau meneruskan perjalanannya ke Miri pada hari sabtu 13 julai, hari berikutnya. Perjalanan beliau akan diteruskan ke Kota Kinabalu dan Sandakan. Katanya dia nak bertemu dengan band2 seperti Mantak (death metal), Barbalans (black metal) dan Muntah Darah (grindcore) di sana.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Marco Ferrarese, sila kunjungi www.monkeyrockworld.com

 Marco (kanan berbaju merah) sedang interview band My Eyes See Ghost (kanan)
 
 Sesi temuramah bersama band Erectus (kanan), siap tunjuk gitar cabang2 tu haha
 
 Wakil dari band Curse Of G*d pula ditemuramah pada hari jumaat 12 Julai
 
 Sesi Mystical Meeting selepas temuramah bersama Marco
 
Bergambar kenang kenangan
 
 Rombongan Metalheads ke Gig Trauma / Cardiac Necropsy @ Kuching pada september nanti? Nantikan.


26 comments:

  1. menarik, harap dapat tengok dia punya rakaman..

    p.s: Marco main lead guitar untuk Weot Skam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, punk band dari Penang tu...kalo tak silap Zul dari Deadbeat pun join band ni jugak. Aku ada tanya samada dia akan buat dokumentari pasal interview ni, dia cakap dia akan cuba buat dlm durasi 15 minit begitu.

      Delete
    2. nasib baik waktu aku ditemuramah, memory card videocam dah full (anonymous la)

      Delete
    3. Tapi audio recording ada kan? Hehe

      Delete
  2. tahniah kepada rakan2 muzik aliran metal....u r the bieeeeesssst.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No Marus....U R The Biiiiieeeeeeessssttttt! Hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. Tak berapa nak kuat sangat...angkat dumbell pun x berdaya ni...puasa la katakan haha

      Delete
  4. Cool je interview duk bersila...
    Patut taruk kopi ngan kuih... l

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lepas iftar bro deaf, perut pun masih full....nak taruk kopi dgn kuih pun macam x muat dah haha....

      Delete
  5. Tak dapat cari masa sesuai untuk ditemuramah oleh beliau lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya Marco pernah berhubung dgn tuan sebelum ini berhubung dgn projek beliau, am i right?

      Delete
  6. Wah sejarah black metal! i didnt know Mukah is the center! duhal... ada kwn ku sorang dgn Utusan Swk yg memang suka this kind of muzik. Aini Selikang, mesti u tauk kali nak. nya main gitar juak. wah best eh... You all semua sporting kena interview. Masuk research paper ok. famous!! Look at that loooooong hair! respect man...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aini Selikang is one of the member of Suicide, Mukah's respected metal band. He invited Erectus, Bintulu's death metal band, to some shows in Mukah before. Masuk research paper x semestinya femes hehe malu eh...anyway congrats on ur engagement again sis Dinah. U r the best!

      Delete
  7. sopan je marco tu duduk kan?bersimpuh lagi..heheh..apa pun terbaik lah bro adi..Bintulu scene the best! salute!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami di sini sedaya upaya utk stay unite dlm scene, x kesah la apa genre pun band2 dari Bintulu ni....semua kita support!Kami

      Delete
  8. Congrats.. Rindu nak ke bintulu n swak..

    ReplyDelete
  9. Aini Selikang pemain bass band NARRATIK bro..ngeee...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...