Monday, October 19, 2015

Movie Review : Southpaw (2015)

Official Movie Poster

Southpaw (2015)

Kebanyakan filem Hollywood yang berkisar tentang dunia sukan sebenarnya jarang mendapat tempat di hati peminat filem antarabangsa khususnya. Terutama sekali jika ianya melibatkan sukan yang lazimnya hanya orang Amerika sahaja yang merasa teruja, sebagai contoh filem Any Given Sunday, walaupun ada Al Pacino di dalamnya ianya masih kurang memberi minat untuk penonton filem yang casual untuk menontonnya.

Namun situasi tersebut tidak terpakai bagi filem Southpaw ini. Jika ianya filem arahan Antoine Fuqua, percayalah kata saya, ianya tidak akan mengecewakan. Mungkin ianya agak bias jika saya berpendapat sedemikian rupa. Namun hasil karya Antoine Fuqua sebelum ini seperti Training Day, Olympus Has Fallen dan The Equalizer ternyata memberansangkan dari segi jalan penceritaannya yang tersendiri sekaligus meraih kejayaan di dalam box office. Filem ini punyai kekuatannya tersendiri dan ianya membuktikan bahawa Antoine semakin selesa dalam mengarah genre action drama. Jika dulunya beliau pernah menghasilkan filem King Arthur yang rasanya tidak berapa mendapat sambutan di layar perak (ternyata beliau tidak ada bakat dalam mengarah filem berbentuk epic), namun kini Antoine sudah menjumpai identiti arahannya sendiri. Di harap beliau dapat mengekalkan momentumnya itu.

Jika kita sebut nama Jake Gyllenhaal, rasanya ramai yang sudah mengikuti mutu lakonan beliau semenjak dari era 90'an lagi (dahulunya beliau popular dengan watak Bubble Boy) dan melihat sendiri perkembangan karier beliau. Saya dapat merasakan bahawa Jake ini agak istimewa di dalam lakonannya semenjak dari filem Jarhead dan Brokeback Mountain lagi (sejujurnya saya benci filem ini namun lakonan Jake dan Heath Ledger tetap terbaik). Di dalam filem ini, Jake memberikan kualiti lakonan secara "all out" dan kita dapat saksikan betapa komitednya beliau dalam membawa watak Billy Hope di mana dia berusaha untuk mendapat tubuh yang sasa dan ber-abdomen 6 pack. 

Satu lagi keistimewaan filem ini adalah penceritaannya yang diselangi dengan penyampaian mesej tentang dunia tinju. Secara tidak langsung anda juga perihatin dan tahu sedikit sebanyak tentang teknik tumbukan serta gerak tubuh di dalam sukan tersebut. Ini juga merupakan salah satu X Factor yang menarik tentang Southpaw. Lagipun nama Southpaw itu sendiri merupakan salah satu teknik tumbukan di dalam tinju. Southpaw merupakan antara filem terbaik dan harus ditonton dalam tahun 2015. Ianya sarat dengan drama dan aksi yang mendebarkan. My rating? 3/5

Official Movie Trailer

6 comments:

  1. thanks review...banyak betul movie 2015 yang aku tertinggal...yang ni akan masuk list aku untuk ditonton...

    ReplyDelete
  2. Aku ingat2 lupa was it The Boxer. Yang pasal boxing tapi background pergolakkan di Ireland dan Northern Ireland yang protestant, roman catholic , IRA, nak freedom, nak under Britain, dengan tunjuk village2 macam kena lockdown gitu...
    so maybe i will check out his one

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu dokumentari rasanya la tuan deaf
      say pun ingat2 lupa tajuk filem tu.

      Delete
  3. Berapa kali nampak dvd ni kat kedai..taktau lak directornya Antoine.nanti balik keja aku nak gi beli.tq reviewnya bro

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...