Sepanjang sesi busking bersama Bintulu Buskers dan perasmian secara kecil-kecilan untuk buku antologi cerpen "Pentagram Di Atas Pusara" bertempat di Bintulu Car Boot Sale @ Terminal Bas 1 Malaysia pada 31 Oktober 2015 bermula pukul 4 petang.
Ok, mungkin aku lambat sikit nak update pasal event ni. Seribu kemaafan ku pohon buat rakan-rakan sekalian. Sebelum ini aku pernah bercerita pasal aktiviti hujung minggu aku yang sering melibatkan diri di Bintulu Car Boot Sale, Oleh kerana diberi ruang dan kesempatan yang ada, maka aku serta beberapa rakan membuat mini launching buku PDAP ini sambil diselangi dengan persembahan busking.
Saudara Marus a.k.a. The Real Murad (sebelah kanan) selaku MC untuk sesi perasmian kecilan buku PDAP bersama rakannya Yazid Asfar
Dekorasi elemen Halloween ini hanya sekadar perhiasan sahaja
Acara sebenar pada masa tersebut, sesi busking bersama sebahagian rakan-rakan dari Bintulu Buskers
Layan...
Majlis bergambar bersama buku PDAP
Aku (sebelah kiri) dengan gimik gas mask yang tidak menjadi
Setelah selesai sesi busking untuk beberapa lagu, majlis memberi ruang buat sahabat saya Marus selaku MC membuat sesi wawancara bersama penulis buku PDAP.
Wawancara yang diselangi dengan lawak hampeh memang tak boleh blah haha
Aku dengan konfiden tahi membuat tanda jari "peace"
Walaupun hanya disaksikan oleh beberapa pengunjung Bintulu Car Boot Sale yang hakikatnya tidak ambik port pun pasal apa yang kami berleter di spot busking tersebut, namun sekurang-kurangnya ianya juga dapat mengambil perhatian beberapa remaja mahupun belia untuk membeli buku PDAP ini. Yang datang dan betul-betul nak beli buku pun terdiri daripada rakan taulan dan beberapa familiar faces yang selalu aku tengok di kawasan ini. Maksud aku di Bintulu Car Boot Sale la hehe.
Mungkin event seperti nampak seperti melawak tapi hakikatnya aku cuba usahakan untuk mencari bakat-bakat baru dalam penulisan kreatif terutama sekali dari tempat aku ini, Bintulu. Kalau benar-benar dicari, memang ramai darah muda yang berbakat dalam bidang ini. Ada juga beberapa sahabat aku yang terdekat sebenarnya terer menulis dalam gaya travelog (saudara Marus ini pun boleh tahan juga penulisannya). Tuan Ijau (penulis blog AADK) pun boleh tahan hebatnya. Tanpa disedari anak buah aku serta beberapa rakannya juga terlibat dalam dunia blogging. Jika diberi panduan dan asuhan yang sewajarnya, InshaAllah bakat mereka boleh digilap dan mampu pergi lebih jauh. Aku cuma batu loncatan. Tidaklah sehebat mana.
Itu saja harapan aku. Agar idea membuat buku serta penglibatan dalam penulisan kreatif ini dapat menjadi satu inspirasi kepada belia mahupun remaja di tempat aku untuk berkarya.
Bintulu Buskers - Ayahku Dan Angkasawan (Kembara Cover)
Tabik!
ReplyDeleteterbaik bro.
ReplyDeletepenulisan sastera memang aku out... kalau penulisan jenis journalism boleh masuk
ReplyDeleteTerbaik bro.gas mask tu mesti mahal..hehe
ReplyDeletetak la...dpt free ada member bagi haha
DeleteFoto pertama aku tercarik2 mana tali cammana bat hitam tu tergantung? Hahahaa. Sengal nye aku. Apa pun tahniah. Hari ni bintulu car boot sale, besok pwtc book fair nye stage.
ReplyDeletefuyooo kalo book fair tu tak tau la pulak dpt ke tidak untuk mencapai tahap tu. hehe anyway thanks boss.
Deletebaru aja suruh kawan beli buku ni, katanya dah sampai..
ReplyDeleteboleh dapatkan di kedai/distro Marhaen Litera, tak jauh dari pekan rabu.
Delete