Monday, September 5, 2016

Kenangan Lama Mengusik Jiwa : Taman Bumiko Lewat Dekad 80'an


Lewat dekad 80'an

Rindu zaman kecik-kecik dulu, terutama sekali rumah ini. Kami sekeluarga tinggal di rumah ini kira-kira dari tahun 1986 hingga 1993. Selepas itu barulah kami berpindah ke Bintulu. 

Di depan rumah kami ada stall burger, tempat lepak budak-budak remaja di kawasan perumahan ini masa tu. Ayah serta ibu aku yang mengusahakan bisnes jual burger tu demi mencari pendapatan sampingan. Budak-budak remaja di taman itu memang suka melepak di stall kami. Sebab itulah ayah aku memang sangat rapat dengan golongan belia di kawasan perumahan ini. Main gitar kapok serta buat aksi downhill guna skateboard adalah aktiviti kegemaran mereka pada masa tu. Aku cuma mampu tengok dari jauh saja. Maklumlah big boys mana boleh bercampur dengan budak hingusan macam aku ketika itu. 

Main dalam longkang (konon nak jadi Ninja Turtle), tangkap berudu, main tembak-tembak, main basikal BMX dan sebagainya. Semuanya kenangan indah di zaman kanak-kanak. 

Satu lagi situasi yang jarang kita jumpa sekarang tetapi telah wujud di zaman 80'an ialah perpaduan di kalangan masyarakat majmuk. Masa ni belum ada lagi sentimen berunsur perkauman yang dipelopori oleh beberapa pihak seperti parti politik, NGO berhaluan kiri dan sebagainya. 

Aku masih ingat lagi semasa tinggal di Taman Bumiko dahulu, pihak Rukun Tetangga seringkali mengadakan acara ramah tamah setiap kali musim perayaan. Ada ramah tamah hari raya aidilfitri, tahun baru cina malah krismas pun ada. Di waktu ini toleransi dalam hidup bermasyarakat sangat tinggi. 

Di masa itu, kalau nak berhubung dengan setiap ahli komuniti, kena buat mesyuarat bersama. Masa ini Taman Bumiko tak ada dewan khas atau balai raya untuk dibuat sesi mesyuarat. Perbincangan dibuat secara face to face, tak ada buat group whatsapp pun macam sekarang. Selalunya mesyuarat dibuat di rumah pengerusi Rukun Tetangga. Aktiviti beramah mesra serta pot luck memang selalu dilakukan. Setiap penduduk bekerjasama dalam menjaga keharmonian kawasan perumahan ini. 

Antara memori yang tidak dapat dilupakan dan paling seronok untuk dikenang ialah apabila ada pertandingan sukaneka di antara kawasan perumahan. Taman Bumiko selalunya memang tak ngam dengan Taman Tunku, sebuah lagi kawasan perumahan di Miri. Kiranya macam Manchester United dengan Liverpool la. Tapi saingan secara sihatlah, takda la gaduh-gaduh macam geng-geng ultras mahupun hooligans. Siap dalam pertandingan sepanduk berhias semasa hari Maulud Nabi pun kitorang masih lagi bersaing. 

Di sini aku belajar tentang nikmat hidup bermasyarakat yang dianggotai oleh pelbagai bangsa serta suku kaum. Kawan-kawan aku terdiri dari orang Iban, orang Ulu, Cina, Melanau, Jatik Mirik dan sebagainya. Kami buat rumah atas pokok sama-sama, pergi melastik burung sama-sama dan kena kejar anjing pun sama-sama. 

Pengalaman sebegini sebenarnya kalau difikirkan balik, ianya lebih bernilai dari segala material di dalam dunia kerana ianya membentuk siapa kita hari ini. Nasib baik lah zaman tu tak ada gadget, kalau tak memang takkan merasa nikmat jadi budak kecik yang hyperactive. 

I love the 80's and 90's

10 comments:

  1. budak kecik baju singlet putih dalam gambar tu siapa?

    ReplyDelete
  2. kenangan mengusik jiwa, kenangan mengguris kalbu, kenangan silam yang tak mungkin dilupa, dan ianya kekal dalam lipatan sejarah kehidupan semua..

    ReplyDelete
  3. Toleransi dan harmoni itu semua ilusi semata-mata. Orang kafir ini sama sekali tidak boleh dipercayai, terutama sekali kaum cina babi kafir. There can only be eternal war against the kafir pigs.

    https://www.youtube.com/watch?v=3uSM-ihNGHs

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. there used to be a company with that name before. quiet famous during the late 80's

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...