Monday, September 12, 2016

Kenangan Lama Mengusik Jiwa : Lawak Jenaka Di Sekolah Rendah Kerajaan South, Miri

Aku (kiri) dan kawanku Amin (kanan)

Sebelum ada Maharaja Lawak Mega ataupun Lawak Ke Der, di sekolah rendah aku dulu memang dah ada buat stand-up comedy. Kelihatan aku dengan rakan karib namanya Muhammad Aminullah sedang buat lawak entah apa apa di khalayak ramai. Ini juga merupakan pertama kali aku buat performing art (konon). 

Ini adalah suasana di Sekolah Rendah Kerajaan South, Miri lewat dekad 80'an (rujuk gambar di atas). Gambar ini diambil semasa sesi kokurikulum di waktu tengahari hari khamis. Aku tak ingat berapa tarikhnya, tapi aku yakin ianya berlaku di dalam tahun 1989. Masa ini juga aku masih lagi darjah 2. Ya, dulu masa kecik aku memang kurus. Sudah tua macam sekarang ni baru nampak "macho" sikit dengan perut one barrel. Apa kelas six pack. Haha. 

Individu yang bertanggungjawab mengambil gambar ini ialah Cikgu Normah, guru kelas 2 Merah. Secara teknikalnya, beliaulah yang pertama sekali menemukan bakat berlakon dalam diri aku dan sahabat aku, Amin. Pada penghujung tahun tersebut dan semasa majlis penyampaian sijil, Aku, Amin dan seorang lagi rakan bernama Azmi membuat sketsa komedi di atas pentas. Memang syok kalau satu sekolah bersorak dan ketawa tengok karenah kami ketika itu. Jadi secara teknikalnya juga, Harith Iskandar, Afdlin Shauki, Nabil dan seangkatan dengannya kena banyak belajar dari kami. Haha, ok aku bergurau. 

Penerapan seni persembahan (atau dalam bahasa penjajahnya "performing art") seperti pementasan teater, choral speaking, spelling bees, nasyid, pengucapan awam mahupun sketsa komedi sebenarnya antara elemen penting yang perlu diketengahkan di kalangan kanak-kanak terutamanya di peringkat sekolah. Disamping membentuk keyakinan diri, ianya juga dapat memupuk semangat menghargai seni walau dalam bentuk apa sekalipun. Kita sebenarnya harus bersyukur kerana kebanyakan sekolah di Malaysia masih lagi menganjurkan aktiviti-aktiviti sebegini. 

Sekarang wajah sekolah ni dah tak macam dulu. Ianya telah dinaiktaraf menjadi seakan-akan sekolah di Jepun; bangunan 3 atau 4 tingkat memanjang dan mempunyai prasarana yang cukup. Tiada lagi bangunan kayu seperti dahulu. Setiap kali aku tunjuk kepada anak aku yang dahulunya ini adalah sekolah ayahnya, dia seringkali tidak percaya. Ye la, rupa sekolah ini sudah moden sangat. Sudah hilang nilai old school nya. Aku pernah dengar orang dulu-dulu kata, sekolah ini dahulunya diasaskan oleh mubaligh kristian akan tetapi diambil alih oleh kerajaan setelah Sarawak merdeka. Samada betul atau tidak, wallahualam. Apa-apapun, sekolah ini tetap menyimpan ribuan kenangan indah semasa aku masih kecil dahulu.

Those were the good old days

4 comments:

  1. Quiet Riot in the house bro.. Jom ke blog yusrina sekarang..

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah post ni.
    Kecik2 kau dah ada bakat.
    aku ni sampai dah tua pun aku fail miserably in public speaking. Kalau kena gi meeting akau akan diam seribu bahasa, cam tikus.

    ReplyDelete
  3. Selamat petang Adi Herman, semoga sihat2 hendaknya disamping famili. Aku tahun 89 tuk darjah 5 Kunin, agik ingat ku baju GERKO kunin ijo ya. Cikgu Normah, Cikgu Abdul Aziz, Cikgu Ishak, Cikgu Leong ajar Musik, Cikgu Albert Wong dan pekerja awam tukang kebun dolok namanya Anyim rumah belakang antara toilet dan kantin. Happy tangga post kitak tuk ada juak gambar lamak banding kinek tuk dah moden dah SRK South Miri ya. Tq Wilson

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi bro. minta maaf banyak2 sebab tak ingat muka u. maybe kalo maok keep in touch boleh la email aku di Gautama_81@yahoo.com

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...