Buku "Mansau Ansau" manakala di belakang tu pula zine Bangkit! edisi 2.5
Pertama kali aku tahu tentang kewujudan seorang punk rocker bernama Benny Pangazou ni semasa aku beli cd demo band Penguasa Anjing (band lama Benny) sekitar tahun 2011 kalau tak silap. Aku suka sangat dengan pembawaan muzik dari band Benny ni pada masa itu. Kemudian aku cuba berhubung dengannya melalui facebook dan menyatakan keinginan aku untuk membeli beberapa rilisan lain dari Penguasa Anjing. Mudah berurusan dengan beliau ni sebenarnya. Perkhidmatan bagus dan sama macam beli barang dari laman sesawang mudah.my juga.
Beberapa tahun kemudian, Benny menubuhkan sebuah band punk yang ala-ala Marjinal pula. Band yang aku maksudkan ialah Con-Damn The Corruptor. Boleh tahan juga sound dari band ni. Apa yang menarik pasal band CTC ni (singkatan untuk Con-Damn The Corruptor) ialah struktur lagu-lagu yang mereka dendangkan, yang ini kalian kena rujuk pada CD album pertama mereka. Elemen muzik tradisional Sabah ternyata merupakan salah satu daya penarik bagi band ini. Ditambah pula dengan ketukan Djembe yang kalau sekali dengar macam kau tengah mengamati album "Roots" daripada Sepultura.
Ok, sudah-sudahlah bercerita pasal muzik. Jom kita berbalik pula mengenai ulasan buku ini. Buku setebal 150 mukasurat ini merupakan sebuah lagi produk yang diterbitkan oleh Kolektif Kidal serta Karyaraya Publishing. Sebenarnya, Benny juga tidak asing dalam dunia penulisan underground. Beliau juga sebelum ini pernah menghasilkan zine yang berjudul Choosing Path.
Buku yang lebih ke arah penulisan dalam bentuk travelog ini menceritakan pengalaman si penulis serta kugirannya mengikuti sesi jelajah gig di semenanjung Malaysia bermula dari Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur (venue di Rumah Api) dan diakhiri di Johor Bharu. Perasaan semasa membaca buku ini hampir sama seperti kau mengamati karya-karya travelog punk rock yang lain contohnya Pengembaran Tanah Jepun (Azaruddin Paiman) serta Aksi Reaksi (Nizang).
Benny selaku narrator dalam buku ini, menulis dengan bagus sekali apabila melibatkan dalam hal menggambarkan sesebuah persekitaran yang dialaminya pada sesuatu ketika. Sebagai contoh yang ada dalam buku ini, di mana Benny menggambarkan keadaan di dalam Rumah Api (venue gig mereka di KL) yang diterangkan serta diperjelaskan oleh beliau secara terperinci sekali semasa gig sedang berlangsung. Kalau brader ni kerja dengan CSI, memang sesuai sekali. Aku paling suka baca bahagian Benny melalut bercerita tentang hal-hal yang tidak melibatkan tournya ketika itu seperti ketidakadilan sistem yang diamalkan oleh negara kita, cerita pasal kucing kesayangannya dan banyak lagi.
Dalam masa yang sama, Benny juga ada menceritakan tentang beberapa band hardcore punk tempatan yang lain seperti Weotskam, Dum Dum Tak dan banyak lagi. Tapi band yang sering disebut di dalam buku ini ialah Hellexist dan Bakteria. Mungkin disebabkan kedua-dua bandn ini turut sama ikut jelajah bersama CTC. Buku ini juga ada menceritakan serba sedikit tentang hal ehwal yang berkaitan dengan scene muzik punk di negara ini.
Buku ini amat berbaloi untuk dibuat koleksi. Walaupun Benny asyik bagitau yang ini merupakan buku tulisannya yang pertama, tapi bagi aku beliau ni dah hampir pro dalam bidang penulisan mengikut pengkhususannya. Teruskan berkarya, Benny.
Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini, sila klik di SINI
best baca buku ni
ReplyDeletekena baca bro haha
Deletekena baca bro haha
Deleteoh mansau ansau oku~
ReplyDeleteBaca ko review ni pun dah best bro..hehe
ReplyDeletefuhhhh! menarik!
ReplyDeleteNice review menarik minat aku. Aku kasi contoth , aku minat Arsenal, aku akan guna internet access websites dan blogs peminat2 Arsenal terutama mereka di London yang pergi tengok game dan beri pendapat yang bernas dan tepat, AKU TAKKAN BACA PASAL ARSENAL DARI REPORTER2 HARIAN METRO DAN SEBAGAINYA, sama dengan muzik, aku suka baca blogs dan tulisan peminat, bukan reporter yang tulis pasal muzik because itu periuk nasik mereka.
ReplyDeletevery interesting
ReplyDeletebtw.. jom ke blog yusrina bro.. ada DJ Dave disana.. huhuh