(Sumber Gambar : Quotesgram)
I.
Hampir setiap malam kegelisahan itu muncul. Ia hadir bagai surat-surat yang penuh tanda tanya, dihantar oleh posmen. Keadaan ini meleraikan lagi tabir kesuraman di dalam kalbu.
Realiti tidak pernah berlaku belas kepada kita. Mungkin ia sudah ditakdir begitu. Biarkanlah. Hikmah seringkali mengadu domba kepada penciptanya dahulu, lantas kemudian ia akan kembali bersamamu di saat dirinya sudah meluahkan beban di benak.
Mungkin doa-doaku masih terkandas di lapangan langit yang maha luas itu. Sekalipun ia terlepas lalu menuju ke kantor syurga, ianya tidak sedikit pun mampu menahan sebak di sanubariku ataupun menghilangkan segala hutang piutang dosa semalam.
II.
Wahai sahabat,
Aku masih lagi setia duduk di bangku ini, menemani langit malam yang angkuh. Hangat kehadiranmu dahulu masih lagi terkendong di hujung bangku ini. Setiap perkara yang kita bicara tidak mampu menahan derasnya denting waktu yang mengalir.
Darah muda kita dahulu bagai warna catan yang meriuhkan kanvas putih kehidupan. Tidak sedikitpun ada sesal yang tergantung di dalam penceritaan jurnal kita. Kau dan aku adalah sebahagian daripada kuasa besar yang tidak terjangkau.
III.
Wahai sahabat,
Aku sedar kedinginan malam kini sudah menjadi pengganti kehadiranmu di sini. Kebergantunganku terhadap masa lalu kian terhakis. Namun ianya tidak sedikit menggoyahkan ingatanku terhadapmu.
Maut sering memerhatikan kita bagai kejora di angkasa. Menyelinap pada setiap celah padi yang menguning di sawah. Tiba waktunya ia pasti datang menuai.
Sahabatku,
Kerisauan kita pasti akan berpenghujung. Aku pasti akan menyusul dan menemukanmu di akhir gelap malam yang menemukan sinar fajar.
(Hasil Karya : Adi Herman)
(Hasil Karya : Adi Herman)
sahabat.. teman ketawa ramai, teman menangis berseorangan, huhuh
ReplyDeletebtw.. jom adi herman kita layan Alleycats di blog Yusrina.
maasseeeeehhh..!!
Ok nanti check hehe
DeleteDeep.. Moga yang telah mendahului kita diampuni dan dirahmati..
ReplyDeleteAmin ya rabbil alamin
DeleteAmin ya rabbil alamin
Deleteaku teringin juga mahu menulis begini, rasanya sangat indah dibaca..
ReplyDeleteBoleh cuba tuan
DeleteBoleh cuba tuan
DeleteTerbaik adi.eh silap pendekar mastor..mustar daa
ReplyDeleteAiiniii angkat kain jemuran
Deletesahabat ni datang silih berganti tapi kan ada sahabat yang tinggalkan kesan walau dah lama tak bertemu atau tahu khabar berita tetap dia kita ingat.
ReplyDeleteRasa sayang sangat, bukan gay ok, rasa sayang sebagai sahabat
Benar tu tuan. Faham.
DeleteBenar tu tuan. Faham.
DeleteBenar tu tuan. Faham.
Delete