Monday, December 12, 2016

Ulasan Zine : Eksploitasi Sunyi (2016)

Eksploitasi Sunyi

Sunyi. Rasa sunyi itu sebenarnya amat subjektif untuk dihujahkan, terutama sekali apabila ianya melibatkan individu yang berbeza. Ternyata keadaan dan perasaan sunyi itu hanya mampu difaham maknanya mengikut pemahaman masing-masing.

Namun apa yang Asraf Mohamad serta Najiha Amran ini mampu lakukan ialah mengabadikan rasa sunyi ke dalam bentuk yang lebih artistik iaitu melalui puisi. Ya, memang benar. Mereka bukanlah orang yang pertama menghasilkan puisi-puisi sebegini. Namun apa yang menjadi daya penarik untuk zine ini ialah kaedah serta olahan bahasa yang digunakan oleh mereka berdua dalam menghasilkan kerja seni sebegini amatlah lain sekali.

Zine puisi yang dihasilkan oleh 2 anak muda ini punyai keunikannya tersendiri. Ditulis dengan gaya kontemporari serta penggunaan bahasa yang mudah. Faktor ini jugalah yang menyebabkan zine ini mudah diterima oleh pembaca kebanyakan. Walaupun kesemua sajak yang ditulis sangat hampir dengan perasaan melankoli, namun ianya juga tidak lari dari tema yang seiring dengan arus perdana contohnya penggunaan beberapa ayat dalam bahasa inggeris dalam sajak-sajak mereka. 

Setiap hidangan puisi masing-masing akan dimulakan dengan prakata oleh mereka. Kata-kata awalan mereka agak "down to earth" dan seiring dengan gaya pemikiran anak muda sekarang. Jelas sekali, walaupun mereka berdua masih baru dalam dunia penulisan puisi namun bakat mereka seharusnya diberi pujian. Jika mereka diberi lebih ruang untuk berkarya, saya jamin mereka boleh pergi jauh. 

Kepada yang berminat, cubalah rasai koleksi puisi mereka berdua melalui zine ini. Nescaya ianya tidak akan menghampakan anda.

Boleh hubungi page facebook Bisak Palak untuk dapatkan zine ini!

6 comments:

  1. ini satu2 nya blog, kalau ada posting baru, aku akan tarik nafas panjang2, then aku klik masuk, lepas tu aku scroll down, tapi aku tak baca...
    lepas tu tunggu beberapa hari, bila aku free, otak tak jam,
    then baru masuk balik semula, baru baca dan komen.
    HAHAHAHAHAHAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha terima kasih deaf kerana sudi singgah ke blog saya ni

      Delete
  2. aku pun buat benda yang sama, semacam deaf buat tu, kihh kihh
    btw>> jom pendekar mustar ke blog yusrina sejenak, kita layan kumpulan Whitesnake.. Ulaaaaarrrrrrr

    ReplyDelete
  3. Banyak pasal zine atau buku indie yg menarik aku tau dari blog adi ni.tq

    ReplyDelete
  4. Aku speku blog kau ni kan, masa masa akan datang akan jadi bahan rujukan mereka yang google atau mengsearching engine dalam tenet. Pasal kekurangan bahan hasil googling ialah penggunaan mass media banyak yang abis gitu je, kira 5 minit of Fame. Pada aku begitulah dunia FB dan Insta, semua tu ialah untuk kejar populariti dan nak dapat ramai tarikan dalam sekelip mata.
    Sedangkan blog, hujah atau pendapat akan terus hidup lama.
    Apapun, Sunyi? aku suka sunyi, aku suka bersendirian kadang2, aku suka jadi loner kalau ada waktu nya.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...