Monday, December 26, 2016

Ulasan Ringkas : Zine "Kontradiksi Puduraya : Catatan Peribadi & Kawan-Kawan"

Zine "Kontradiksi Puduraya : Catatan Peribadi & Kawan-Kawan"

Puduraya. Mungkin bagi remaja yang hidup di dalam dekad ini tidak mengerti tentang keistimewaan yang ada pada Puduraya. Ya, memang benar. Dahulu ianya cuma sebuah terminal bas ekspres yang perjalanannya merangkumi kawasan utara sehingga selatan Semenanjung Malaysia. Disamping itu juga ianya menghimpun deretan kedai bundle serta warung makan yang rata-rata pengusahanya "gengster" belaka. Tidak dilupakan beberapa lokasi di dalamnya yang berwajah suram, gelap dan panas terutama sekali tangga-tangga yang menghubung ke kawasan bas ekspres di tingkat bawah.

Zine yang hanya setebal 20 muka surat ini sebenarnya padat dengan isi yang berkait rapat dengan Puduraya. Melalui penelitian aku, zine ini lebih berbentuk memoir iaitu penulisan yang mengenang kembali kenangan silam si penulis. Karya-karya sebeginilah yang berjaya membuat pembacanya menghadapi momen-momen KLMJ (kenangan lama mengusik jiwa) baik yang pahit untuk ditelan mahupun manis-manis sahaja.

Menambahkan seri zine ini ialah dengan adanya beberapa catatan peribadi yang ditulis oleh rakan-rakan editor. Pengalaman yang pelbagai ini menambahkan lagi perisa serta rasa minat kita untuk menghabiskan bacaan zine ini. Bahagian yang paling aku suka baca ialah apabila ada di antara mereka yang mengaitkan pengalaman mereka berada di Puduraya dengan scene music underground. Sesuatu yang sudah jarang diperkatakan oleh remaja zaman sekarang. 

Those were the days...

Aku rasa ramai di antara kalian pernah pergi ke Puduraya sebelum ini, sebelum ianya menjalani penjenamaan semula kepada Pudu Sentral. Jika ada masa dan kelapangan, silalah kongsikan pengalaman anda dengan meninggalkan sebarang komen di bawah entri ini. Peace!

7 comments:

  1. Tempat legend ni.aku penah tido kat puduraya pasal telepas bas.heheh..tapi puduraya dulu mmg best.nak cari cd lama2 senang dpt kt sini.nak beli tshirt rock pun puduraya la banyak pilihan..last beli cd kt puduraya album iron maiden fear of the dark.fuh..klmj sungguh!

    ReplyDelete
  2. 20 tahun dulu...dalam 2,3 bln juga la hampir tiap minggu aku melangok 2,3 jam kat puduraya sementara tunggu pukul 5 pagi ambik bas mini nak balik ampang...

    Tu jam aku kerja KL tapi org rumah keje JB...so tiap weekend balik JB guna bas express...malas nak drive..tapi tak explore sangat kedai2 kat situ...time nak balik JB..sampai ngam2 time bas nak gerak...time tiba dari JB pulak..pukul 3,4 pagi...kedai pun tak bukak lagi....tapi satu yang paling ingat...bau asap la...pening kalau duduk lama2...haha..

    ReplyDelete
  3. puduraya sebelah ngan kotaraya tu kan.

    ReplyDelete
  4. kali pertama sampai puduraya sebab nak pi tengok rock the world.. datang sorang dari penang sampai sebelum subuh.. sempat la jugak round sekitar kawasan tu sementara tunggu kawan nak mai ambik.. jalan sampai ke central market la jugak.. tapi pagi2 buta bukan ada apa pun.. kedai makan pun banyak tak buka lagi.. gelandangan la jadi teman.. huhu

    ReplyDelete
  5. puduraya menceritakan 1001 macam kenangan dalam nostalgia hidup ku.. ooh ianya pasti tidak akan dilupakan sepanjang riwayat ku.. thats all dude

    ReplyDelete
  6. btw.. ayuh jom ke blog yusrina, kerana ada kumpulan febians menanti anda disana.. yeahh yeahh

    ReplyDelete
  7. Puduraya, what a legendary place untuk ramai orang. Mungkin termasuk aku. Banyak sangat kenangan.. Sekarang bangunan tu masih ada, tangga keramat turun platform semua masih ada, aku pergi last year Puduraya, terkenang semua tu..
    Puduraya - Bukit Jalil sebagai tempat sementara - finally now TBS. Tempat berubah rubah, tapi hidup aku tetap sama, penumpang setia bas ekspress.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...