Poster Rasmi Filem "Lion"
Filem ini berdasarkan kisah benar seorang pemuda india Saroo Brierly yang telah dijadikan anak angkat oleh sepasang suami isteri dari Tasmania, Australia sejak beliau berumur 5 tahun. Saroo sebenarnya telah terpisah dari keluarga asalnya selama hampir 25 tahun. Peristiwa malang yang dihadapinya setelah kehilangan abangnya, Guddu di sebuah stesen keretapi terpencil telah menyebabkan Saroo menjadi kanak-kanak gelandangan di Calcutta buat beberapa ketika.
Terima kasih ke atas bantuan teknologi moden dan peradaban barat, Saroo telah menemui kembali ibunya melalui Google Earth, sebuah sistem pemetaan geografi yang meliputi seluruh kawasan di dunia. Kisah benar ini telah dibukukan oleh Saroo Brierly sendiri bertajuk"A Long Way Home" dan buku tersebut telah menjadi salah sebuah naskah "best seller" di pasaran antarabangsa.
Filem ini berjaya menambat hati para penonton dari aspek emosi. Keinginan watak Saroo dalam mencari keluarga asalnya sekaligus mendorongnya kembali ke Ganesh Talai (sebuah perkampungan kecil di daerah Khandwa) di India merupakan kekuatan sebenar filem ini. Lakonan Dev Patel membawa watak Saroo juga amat menyakinkan sekaligus memberansangkan. Tidak hairanlah pelakon yang pernah membintangi filem-filem hebat seperti Slumdog Millionaire, The Last Airbender dan Chappie ini layak mendapat anugerah pelakon terbaik di BAFTA tahun lepas.
Walaupun menggalas sebagai pelakon pembantu dan hanya memegang watak Sue (ibu angkat kepada Saroo), Nicole Kidman telah membuktikan bahawa beliau adalah aktres yang sungguh berpengalaman di dalam kariernya. Aku suka pada satu babak di mana watak Sue lakonan Nicole Kidman sedang duduk di atas kerusi, menghadap pemandangan dari luar jendela sambil berdialog dengan Saroo. Momen tersebut walaupun nampak sekejap, tetapi ianya berjaya meninggalkan kesan di hati para penonton.
Filem ini menyajikan mesej tentang harapan serta kasih sayang. Walaupun filem ini agak santai untuk dilayan, namun impak yang diberikan dari perspektif emosi adalah amat baik sekali.
Rating untuk filem ini? 4/5
Trailer Rasmi Filem "Lion"
hah.. filem gini aku boleh tengok...
ReplyDeletetak seram.
hahhaa.
Kalo adaptasi dari kisah benar aku suka tgk.tq review bro.akan di cari movie ni
ReplyDeleteAku suka cerita yang banyak main dengan emosi dan expresi wajah pelakunnya..Genre drama,mafia dan perang memang taste aku laa...
ReplyDelete