Monday, November 13, 2017

Ulasan Ringkas Untuk Buku "A Street Cat Named Bob" (2012)

Muka Depan Untuk Buku "A Street Cat Named Bob"

Buku terbitan Hodder & Stoughton ini aku beli semasa jualan murah yang dianjurkan oleh sebuah kedai buku popular di tempat aku ni. Diskaun sebanyak 70 peratus dikenakan dan aku membelinya dengan harga mampu beli. Apa yang lebih menarik ialah ianya merupakan cetakan pertama dari penerbit tersebut.

Buku ini mengisahkan tentang seorang individu bernama James Bowen yang menjalani hidup gelandangan dan bagaimana beliau mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik setelah menemui seekor kucing. James Bowen yang dahulunya seorang penagih dadah, bertekad untuk mengubah hidupnya ke arah yang lebih positif dengan menjalani program yang diselenggarakan oleh beberapa badan kebajikan yang berkait rapat dalam proses pemulihan daripada ketagihan narkotik. Semasa dalam menjalani proses tersebut jugalah beliau bertemu dengan seekor kucing jalanan yang kemudiannya menjadi perangsang dan dorongan buat James untuk terus hidup.

Buku ini boleh dikategorikan sebagai autobiografi beliau kerana 80 peratus kisah di dalamnya adalah tentang perjalanan hidup James Bowen. Ianya merangkumi tentang kisah silam beliau yang dibesarkan di dalam keluarga bermasalah, zaman remaja yang memberontak, percubaan untuk menjadi pemuzik rock yang gagal dan akhirnya terjerumus ke kancah ketagihan dadah. Kucing yang bernama Bob ini hanyalah sebagai katalis buat beliau dalam membentuk jatidiri semasa dalam proses pemulihan.

Walaupun begitu, kekuatan sebenar dalam penceritaan ini adalah hubungan antara James serta kucingnya Bob. Mereka seakan-akan sukar untuk dipisahkan. Kemana sahaja James berkelana, di situ juga Bob akan mengekorinya. Buku ini juga menceritakan tentang pahit manis yang diharungi oleh kebanyakan gelandangan di tengah kotaraya London. Walaupun ada di antara kita tidak pernah ke sana, namun gaya penulisan yang diolah oleh James Bowen sedikit sebanyak membantu para pembaca membayangi dengan mudah tentang kesulitan hidup yang dihadapinya semasa bergelar gelandangan. 

Aku berharap suatu hari nanti buku ini akan diterjemahkan ke bahasa melayu. Penggunaan bahasa inggeris di dalam buku ini amat mudah difahami sebenarnya. Cuma aku rasakan ianya akan menjadi lebih elok jika ianya juga diterjemahkan ke bahasa ibunda kita bagi tujuan berkongsi pengalaman serta penyampaian mesej berbentuk positif. 

 "Everyone deserves a friend like Bob..."
   - James Bowen

A Street Cat Named Bob (Short Documentary)

8 comments:

  1. Aku supporter kuat kucing longkang dan kucing pasar.

    hidup kucing longkang dan kucing pasar!!!

    ReplyDelete
  2. Aku teringat tajuk teater yg pernah kontroversi dulu "a street car named desire" yg pasal ramona rahman bercium molot dulu..hahah

    ReplyDelete
  3. kucing aku pun kucing pasar.. kata orang kucing pasar/kampung kuat imunisasi..

    ReplyDelete
  4. Ingatkan dah rebiu filem adaptasinya... terlupa laaa... huhuhu. btw inspiring filem nya. kucing pun pandai berlakon laa

    ReplyDelete
  5. baru ni aku jumpa anak musang, boleh kata bayi lagi sebab belum tumbuh gigi.. bela dia sedikit sebanyak menyemai sifat kemanusiaan yang semakin menghilang.. huhu

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...