Monday, January 15, 2018

Ulasan CD & Album : Metallica "Hardwired...To Self-Destruct" (2016)

 Cover Depan CD

Metallica "Hardwired...To Self-Destruct" (2016)

Apabila album ini sudah pudar hype-nya serta jarang lagi diperkatakan oleh para metalhead seantero kebelakangan ini, aku baru sahaja bermula untuk menelaahnya. Ternyata sengatan Metallica masih lagi berbisa setelah mendengar kesemuanya lagu di dalam album ini.

Sebelum itu, video muzik dari album ini seringkali tular di dalam media sosial pada awal tahun ini. Ianya sekaligus menjadi testimoni kepada semua pendengar bahawa Metallica telah kembali "menjadi diri sendiri" setelah beberapa kali bereksperimentasi dengan album Load, Reload serta St. Anger. Jika diikutkan, Metallica telahpun kembali kepada "sound asal" pada album Death Magnetic dahulu, cuma album terbaru ini boleh dikatakan sebagai kesinambungan kepada kerja-kerja terawal mereka dari era tersebut. OK, abaikan sekejap tentang album "Lulu" yang entah apa-apa tu (maafkan saya Lou Reed).

Cover Belakang CD

Album ini disediakan dalam pakej double CD (ada sesetengah keluaran dibuat dalam bentuk 3 CD dengan tambahan beberapa lagu bonus). Agak hairan kenapa perlu dibuat dalam bentuk berkenaan sedangkan durasi masa untuk setiap lagu memanglah panjang tetapi masih boleh untuk diletakkan dalam satu CD sahaja. Entahlah, mungkin strategi pemasaran mereka memang begitu kot. Album ini juga menyaksikan pembabitan Robert Trujillo dalam penulisan lagu iaitu untuk track "ManUnKind".

Inlay Dalam CD

Mungkin sebahagian peminat tegar Metallica akan beranggapan bahawa mereka sudah tidak sehebat seperti 3 album terawal mereka (album Black terlalu komersil untuk diulas), namun jika didengar secara terperinci pada album terbaru ini, mereka sebenarnya seolah-olah sedaya upaya untuk mendapatkan vibe itu kembali. Struktur lagu yang progresif, riff-riff gitar yang menarik, solo-oriented; ini semua merupakan elemen-elemen lama Metallica yang cuba untuk diberikan nafas baru dalam album ini.

Apa-apapun, aku suka album ini. Masih lagi rasa enjoy untuk mendengarnya. Rating? 3.5 / 5

Metallica - Atlas, Rise!

Metallica - Murder One

Metallica - Moth Into The Flame (Live at Jimmy Fallon)

Metallica - Dream No More

Metallica - Spit Out The Bone (Live at London 2017)


5 comments:

  1. Belum berkesempatan lagi beli album ni..

    ReplyDelete
  2. While it cannot be denied that with 'Death Magnetic' and 'Hardwired to Self Destruct', Metallica has returned to their fast heavy and thrashy roots, for me personally 'Load' and 'Reload' both have a unique feel . In fact, I would say that 'Load' and 'Reload' are both very dark and self-destructive albums. You can practically hear the hopelesness, self destruction and substance abuse creeping out of the speakers. Criminally underrated albums.

    ReplyDelete
  3. betul la strategi pemasaran sebab bila sebut Metallica buat double album, rasa gempak sikit

    ReplyDelete
  4. Yg penting sound drum lars tak mcm st.anger bebunyi tong kosong tu.hehe

    ReplyDelete
  5. Kebelakangan ini memang banyak band2 lama yang cuba kembali ke akar umbi mereka…tiada lagi ujikaji…dan metallica adalah salah satu darinya…

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...