Lukisan Vincent Van Gogh berjudul "Sorrowing Old Man (At Eternity's Gate)" (photo credit : Wikipedia)
Kemurungan klinikal (clinical depression) sebenarnya bukan tahyul atau mitos yang dibuat-buat. Kita semua pernah mengalami momen-momen depresi tetapi amat jarang berkongsi pengalaman berkenaan kepada sesiapa pun. Bukan setakat rakan-rakan, bahkan ahli keluarga terdekat pun hampir tidak mengesyaki jika anda mengalam episod kemurungan di dalam hidup anda, selagi anda tidak luahkan.
Hakikatnya, ianya bukan soal samada iman anda kuat mahupun rapuh. Ianya soal bagaimana kita harus menghadapi dan cari jalan keluar untuk menyelesaikannya.
Buya Hamka, seorang ulama yang tersohor dari Indonesia juga pernah mengalami saat-saat depresi ketika menjadi tahanan di penjara atas kesalahan mengingkari dasar kerajaan pada ketika itu. Dalam jurnal tulisan beliau (rujuk buku Tasawuf Moden), Buya Hamka pernah didatangi suara-suara halus di dalam fikiran di mana ianya cuba menghasut agar beliau menamatkan hayatnya dengan membunuh diri (boleh baca artikel yang lebih lanjut di SINI) Suara itu bukan hanya datang sekali, malah sentiasa hadir dalam dirinya semasa menjadi banduan. Alhamdulillah, Buya Hamka berjaya juga mengatasi kehendak suara-suara tersebut.
Depresi sebenarnya bukanlah satu perkara yang harus dipandang enteng atau sambil lewa. Ianya sepatutnya disantuni seperti kita melihat pesakit yang menghidap penyakit berbentuk fizikal seperti darah tinggi, kencing manis mahupun serangan jantung.
Jumpa kaunselor, rakan-rakan yang benar memahami anda, ibu bapa, isteri, ustaz yang dipercayai, pakar terapi, tak kesah sesiapa pun asalkan anda rasa mereka adalah orang yang senang serta mudah untuk anda dampingi dalam berkongsi masalah. Jangan juga lupa berdoa, kerana doa juga adalah salah satu usaha kita untuk menjadi lebih sihat serta baik dari segi mental dan fizikal.
What does clinical depression feels like?
Terbaik entri ni aku suka.tapi aku dulu anxiety disorder.mmg adik beradik aku sorang pun taktau.sampai org ingat aku gila sebab pegi jumpa pakar psikatri.tapi alhamdulilah dah pulih atas nasihat pakar yg suruh aku banyak dekatkan diri ngan tuhan..tu dulu lah 8 tahun dulu sebelum aku jadi mat blogger..hehe
ReplyDeletesyabas tuan kerana telah berjaya mengatasi masalah tersebut.
DeleteAku perna murung ni masa aku kat kampung rasa macam hidup seorang diri saja kat muka bumi ni.. nasiblah ada seorang gadis utus surat kat aku masa tu dlm suratnya tu bagi semangat kat aku untuk teruskan hdp. Masa tu memang fikir nak tamatkan saja riwayat hidup..
ReplyDeletebertuahlah dapat berkenalan dengan gadis tu.
DeleteImam al-Ghazali pun mengalami depresi yang teruk seperti yang dinyatakan dalam autobiografi beliau, al-Munqidz min al-Dhalal (Deliverance from Error). Disebabkan doktor pada zamannya tak mampu merawat, maka beliau mengambil inisiatif sendiri dengan merantau selama bertahun2, berdamping dengan orang-orang sufi, kemudian pulang dengan buku magnum opus-nya, Ihya Ulumuddin (The Revival of Religious Sciences).
ReplyDeletePenyakit depresi bahaya dan selalu datang dalam senyap, adakala seseorang yang depresi tu nampak tenang dan gembira tapi ada sesuatu yang terpendam untuk diluahkan.. bila terlampau tertekan kadang boleh menjadi gila dan sampai bunuh diri.. sama yang berlaku jiran taman sebelah, akibat bunuh diri.. sedangkan ketika dulunya smart guy orangnya..
ReplyDeletekadang kala susah nak luahkan pada orang lain, tapi bukan senang.. kalau ada yang mendengar baru kita faham dan mula hargai orang itu sebaik-baiknya.. entri bagus