Monday, February 5, 2018

DOLORES DAN ZAMAN REMAJAKU (SEBUAH ANEKDOT)

The Cranberries

Lukisan ini aku buat pada tahun 1994 (ya, sudah 24 tahun usia lukisan ini), semasa album "No Need To Argue" tengah meletup dan nama The Cranberries menjadi bualan hangat di kalangan remaja pada ketika itu. Antara faktor utama nama The Cranberries menjadi buah mulut anak-anak muda pada ketika itu ialah disebabkan single pertama dari album tersebut yang berjudul "Zombie".

The Cranberries "No Need To Argue" (sumber : youtube)

Ramai yang salah tafsir mengenai tentang lagu ini. Ianya tiada kaitan dengan ilmu hitam yang berkaitan dengan membangkit mayat untuk hidup semula dari Haiti mahupun filem-filem bertemakan zombie arahan George A. Romero. Lagu "Zombie" lebih kepada menceritakan tentang keganasan yang berlaku di kalangan masyarakat Ireland pada ketika itu. Ya, ianya lebih banyak bersangkut paut tentang kezaliman pihak IRA.

Berbalik kepada lukisan berbentuk karikatur bagi cover depan album "No Need To Argue" ini, aku lukiskan contengan ini menggunakan buku latihan matematik tingkatan 1. Ianya sebenarnya antara lebihan buku latihan yang tidak digunakan. Ianya tidak sempat dihabiskan proses inking disebabkan penyakit malas yang aku hadapi pada ketika itu (duh!).

Setelah mengetahui tentang kematian vokalis dan frontman Dolores O'Riordan pada 15 Januari lepas, secara tidak sengaja ianya meninggalkan kesan di hati aku. Mendiang Dolores merupakan antara suara-suara merdu dalam kategori alternative rock yang menceriakan hari-hari remajaku pada dekad 90'an dahulu.

Terlalu ramai sudah rocker dari dekad 90'an yang meninggal dunia kebelakangan ini. Kebanyakan mereka menjadi sumber inspirasi buat aku berkarya baik dalam dunia muzik independen mahupun seni penulisan kreatif.

Secara peribadi, aku ni jenis yang sukar untuk menerima hakikat tentang pemergian orang-orang yang disayangi. Baik ahli keluarga mahupun rakan-rakan yang telah pergi dahulu daripada aku, perasaan tercari-cari serta kehilangan itu selalu menyempitkan perasaan aku lantas membuatkan aku terkenang-kenang akan wajah mereka di dalam mimpi mahupun semasa mata sedang celik menghadapi hari-hari yang mendatang.

Sebagai contoh, semasa kematian Chris Cornell tahun lepas, aku seringkali memasang cd-cd album solo beliau di dalam keretaku sehinggakan ianya berulangkali didengari sampai anak aku pun dah naik bosan dengan lagu-lagunya. Adakala kematiannya membuat aku selalu termenung akan nasibku kemudian hari; tentang bagaimana keadaan aku mati pada masa akan datang. Ianya lebih ke arah muhasabah diri sebenarnya. 

Buat Dolores, suaranya sentiasa menjadi hymn pada mereka yang pernah membesar menjadi remaja di dekad 90'an dahulu tatkala aura alternative rock terlalu mempengaruhi setiap lanskap muzik popular pada ketika itu. 

Selamat jalan, Dolores.

Dolores O'Riordan (sumber : Tampa Day Times)

When You're Gone by The Cranberries

3 comments:

  1. frame gambo tu...simpan buat kenangan..

    ReplyDelete
  2. hebat.. boleh simpan lagi buku zaman sekolah

    ReplyDelete
  3. shes good shes bloody good.
    one sad fact, aku dah ada kat Bristol untuk show dorang 2017 pasal dorang tour UK saing Iron Maiden. That evening the show was cancelled.
    Aku maki hamun Delores rabak2 pasal susahkan aku dah sampai Bristol patut aku dah kat Cardiff nak tengok iron Maiden the next day.
    Aku blame Delores sell out, pasal before that London show dia ok, tapi bila main bandar kecik dia buat hal.
    Also Cranberries supposed to play Colston Hall, ni tempat legend masa Iron Maiden in 1986 dan Beatles pun main kat sini in the 60s.
    Well.. thats life.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...