Monday, February 12, 2018

Ulasan Ringkas Filem "Dukun" (2007)

Official Movie Poster (Supposedly)

Baru selesai menonton "Dukun" (jangan ditanya dari mana aku tengok filem ini sebab banyak link untuk stream / download telah jadi obsolete).

Filem yang sepatutnya ditayangkan kepada umum pada tahun 2007 ini sebenarnya telah diharamkan oleh pihak Finas sebelum ini. Ianya masih lagi diklasifikasikan sedemikian rupa sehinggalah baru-baru ini filem ini telah leak di dalam internet. Walaupun ianya tergantung pada beberapa minit terakhir akibat proses muat turun yang tidak habis, namun ianya tidak mengganggu pemahaman para penonton.

Filem arahan Dain Said ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai magnum opus beliau kerana ianya penuh dengan elemen-elemen mendebarkan seperti thriller, horror, penyiasatan serta plot twist yang menarik. Pendek kata, ianya adalah sebuah karya bergenre seram yang hampir lengkap dalam memaknai definisi horror sebenarnya.

Antara faktor lain yang menjadi kekuatan filen ini ialah barisan pelakonnya. Diantara yang terlibat ialah Elyana (rasanya ini adalah lakonan debut beliau dalam layar perak), Sofi Jikan, Bront Palarea, Namron, Faizal Hussein dan semestinya Umie Aida. Boleh dikatakan aura setiap bintang yang melakonkan watak masing-masing dalam filem ini menyinar dengan cemerlang. Kredit buat Dain Said selaku pengarah yang berkaliber.

Jalan ceritanya juga amat menarik dan tidak cliche seperti filem seram Melayu yang lain. Dewasa ini, tidak banyak filem bergenre seram Melayu yang benar-benar mempunyai penceritaan menarik. Ada beberapa filem seram yang boleh dibanggakan seperti Susuk (lakonan Ida Nerina), Chermin (lakonan Deanna Yusuf), Puaka Tebing Biru (lakonan Umi Aida juga serta arahan oleh Osman Ali) dan beberapa filem lain yang aku dah lupa tajuknya. Namun yang menjadi aras pemisah filem ini dengan yang lain adalah ianya diinspirasikan oleh kisah benar serta unsur "gore" dan ganasnya amat menepati kehendak filem tersebut.

Namun ada beberapa kelemahan pada filem ini sebenarnya. Jika kita lihat pada poster rasminya, sepatutnya janganlah letak "based on true story" (berdasarkan kisah benar) pada poster filemnya. Ianya seharusnya ditulis "inspired by true events (diinspirasikan oleh kisah benar) kerana masyarakat sudah sedia maklum tentang perjalanan kes berkenaan Mona Fendi sebelum ini dan ianya tiada kaitan pun dengan storyline filem "Dukun". 

Apa-apapun filem ini adalah karya terbaik dari Dain Said selepas Bunohan mahupun Interchange. Kalau aku ada masa nanti aku nak buat ulasan (mungkin panjang lebar, itupun kalau ada masa) mengenai filem ini.

P/S : Untuk berita lanjut tentang filem ini, sila klik di SINI.

Sedutan berita mengenai filem "Dukun"

4 comments:

  1. When we discuss the issue of sihir within contemporary Malay culture, the contradiction between the apparatus of the state and actual local knowledge of the local Malay population is interesting, and at times downright ridiculous. Almost everyone in our society has access to dukuns, while some may even know several and can recommend the more powerful ones with greater knowledge of alam ghayb. But the state however, pretends it doesn't exist or only nominally disapproves.
    Pendek kata, FINAS ni nak censor la konon, tapi semua orang kita tahu benda ni wujud, dan dalam masyarakat kita ada sihir yang lagi dahsyat dan lagi gerun daripada yang depa tunjuk dalam gambaq wayang semua.

    ReplyDelete
  2. kontroversinya buatkan rasa tertarik nak tengok..

    ReplyDelete
  3. 2-3 minggu ni mmg kecoh pasal filem ni leak kt intenet.bdk2 satu krja dgn aku pun sibuk bercerita pasal dukun.aku je tak tengok lagi

    ReplyDelete
  4. kalau dapat berpeluang tengok , maybe aku nak tengok..

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...