Thursday, March 11, 2021

APAKAH ANIME TERAWAL YANG ANDA TONTON SEMASA ZAMAN KANAK-KANAK?

APAKAH ANIME TERAWAL YANG ANDA TONTON SEMASA ZAMAN KANAK-KANAK?
Apabila berbicara tentang topik ini, rasanya setiap di antara kita mempunyai pengalaman yang berbeza serta unik. Semasa zaman kanak-kanak, kita sering didedahkan dengan pelbagai rancangan animasi di dalam televisyen. Zaman 80'an dahulu semasa aku masih kecil, tiada Astro seperti sekarang ini di mana ibu bapa boleh pasangkan channel Astro Ceria atau Baby TV supaya anak-anak boleh tercegat depan TV. Zaman aku yang membesar di dekad tersebut, hanya ada 2 channel sahaja iaitu RTM 1 dan RTM 2.
Mujurlah juga RTM 1 pernah menayangkan beberapa siri anime Jepun yang menarik pada ketika itu. Masa itu pun ada juga rancangan kanak-kanak yang menarik juga seperti Sesame Street, Looney Tunes, Tom & Jerry, Mickey Mouse dan banyak lagi. Tetapi anime Jepun ini antara yang ditunggu-tunggu pada ketika itu. Antara sebabnya ialah, kebanyakan anime ketika itu lebih berorientasikan tema Mecha serta pertempuran melawan makhluk asing. Kiranya ada terpengaruh dengan beberapa siri filem Star Wars yang juga popular pada ketika itu.
Ada 2 anime Jepun yang terawal sekali aku tonton semasa kecil dahulu iaitu "Genesis Climber Mospeada" serta "The Super Dimension Fortress Macross". Kedua-dua anime ini sangat diminati oleh aku ketika itu.
"Genesis Climber Mospeada" merupakan sebuah anime yang mula dipertontonkan di Jepun pada Oktober 1983 dan berakhir Mac 1984. Mospeada bermaksud "Military Operation Soldier Protection Emergency, Aviation Dive Armor" yang merujuk kepada beberapa mecha di dalam anime ini. Anime ini mengisahkan bagaimana sekumpulan manusia bertarung melawan makhluk asing sekaligus dalam misi untuk membunuh ketua makhluk asing tersebut. Aku paling minat babak motosikal bertukar menjadi robot. Lawa gila. Mesti ramai yang tahu, band Hujan juga pernah buat cover untuk lagu opening anime ini bertajuk "Lonely Soldier Boy", cuma kebanyakan liriknya diubah ke dalam bahasa Melayu.
Genesis Climber Mospeada
Anime kedua yang aku suka sangat dahulu ialah "The Super Dimension Fortress Macross" yang pertama kali dipertontonkan untuk khalayak ramai pada Oktober 1982 sehingga June 1983. Sama seperti Mospeada, siri anime Macross ini juga lebih berorientasikan mecha dan pertarungan dengan makhluk asing. Cuma untuk Macross ia diselitkan dengan jalan cerita romantik yang berbentuk cinta tiga segi. Aku paling suka babak jet pejuang bertukar menjadi robot tu
.
The Super Dimension Fortress Macross
Kedua-dua anime yang aku nyatakan tadi hanya bertahan selama satu musim sahaja. Yang paling menyedihkan, aku sudah ingat-ingat lupa dengan jalan cerita kedua-dua anime tersebut. Diharap lepas ini aku dapat cari sumber yang sesuai untuk menonton kembali kedua-dua anime tersebut.
Bagaimana pula dengan anda? Apakah anime terawal yang anda tonton semasa zaman kanak-kanak dahulu?
Lonely Soldier Boy - Lagu Tema Untuk Mospeada

4 comments:

  1. Untuk generasi yang membesar di hujung 70an dan awal 80an macam aku dah tentu-tentunya Robot Tempe Asoka (Blocker Corp Machine Blaster)
    Zaman tu tak semua rumah mampu ada tv… siapa yang rumahnya ada tv memang penuh sesak budak2 sekampung tumpang tengok… tv pulak la dah la setakat 14 inchi dan hitam putih…hahaha…kenangan betul la…

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh kenangan tu bang. tengok TV ramai2 haha. skrg ni jgn harap la ada scene mcm tu lagi

      Delete
  2. anime paling awal aku tengok rasanya G-Force atau Captain Future (akupun lupa mana satu masuk TV dulu)

    Mospeada versi Robotech New Generation aku ada DVD complete 25 episod

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu aku ingat musim Toriton (1986-87 kot?) barulah masuk musim Mospeada/Tosho Daimos/Gaban/Miss Comet/Macross

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...