APAKAH LAGU KEGEMARAN ANDA DARI KUMPULAN PADI?
Selain membawa maksud makanan ruji orang asia khususnya, Padi juga merupakan sebuah band alternative rock yang cukup terkenal dari Indonesia. Padi juga pernah menempa nama di Malaysia suatu ketika dahulu dan kebanyakan lagu-lagu mereka sering didengari di radio. Antara lagu-lagu hit mereka pada ketika itu ialah "Bayangkanlah", "Maharani", "Sesuatu Yang Indah", "Semua Tak Sama" dan banyak lagi. Sepertimana band senegara mereka yang lain seperti Dewa 19 dan Sheila On 7, Padi juga termasuk di dalam gerakan "Indonesian Invasion" sekitar awal dekad 2000 dahulu.
Aku mula mengenali band ini sekitar tahun 2001 begitu apabila Padi mula mempromosikan album kedua mereka berjudul "Sesuatu Yang Tertunda" di Malaysia pada ketika itu. Lagu "Sesuatu Yang Indah" dan "Semua Tak Sama" seringkali menjadi kegemaran para DJ untuk diputarkan di radio. Membuatkan aku rasa makin minat dengan band ini dahulu apabila mereka membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik dengan mempersembahkan lagu "Bayangkanlah". Serius, aku terkedu sekejap semasa menonton persembahan mereka. Power gila beb.
Sejak dari itu aku mula mengkaji muzik mereka melalui pembelian kaset serta membaca beberapa artikel berkaitan Padi di beberapa majalah. Aku pernah beli kaset album "Sesuatu Yang Tertunda" dan "Save My Soul" dahulu dan ianya sering diputarkan di dalam walkman aku sampai nak putus tali kaset.
Kemuncak kepada tahap ketaksuban aku terhadap band Padi ialah apabila aku menjadi krew untuk acara anjuran MTV Asia di Stadium Bukit Jalil di mana salah satu artis atau band yang dipertanggungjawab untuk membuat persembahan pada ketika itu ialah Padi. Acara ini berlaku sekitar tahun 2002, kalau tidak silap semasa semester akhir aku di zaman kolej. Peluang jadi krew itu pun aku dapat melalui kawan sekolej di mana pihak MTV tengah mencari beberapa anak muda untuk menjadi krew pada acara tersebut. Nasib baik pada masa itu, aku ditugaskan menjaga penonton di bahagian hadapan pentas. Pucuk dicita, ulam mendatang lah.
Menonton band kegemaran kau di hadapan mata merupakan satu pengalaman yang surreal bagi aku. Sukar untuk dipercayai sebenarnya. Yang paling syok ialah apabila selesai acara tersebut, pada krew dapat meet and greet dengan artis-artis di belakang pentas. Aku berkesempatan untuk bergambar bersama semua line up asal Padi terutama sekali vokalis utama mereka Fadli.
Seperti kebanyakan band yang ternama, Padi juga tidak terlepas daripada pasang surutnya dari segi populariti mahupun kredibiliti. Band ini pernah berpecah sekejap pada tahun 2011 dan buat reunion kembali pada 2017 dengan membuat rebranding pada nama kepada Padi Reborn. Sepertimana Ahmad Dhani menjadi mastermind buat kumpulan Dewa 19, Padi juga mempunyai "kepalanya" yang tersendiri iaitu Piyu, gitaris dan juga komposer pada hampir semua lagu mereka. Kalau kalian perasan, kebanyakan lagu-lagu Padi ini banyak dipengaruhi oleh band-band seperti R.E.M., U2 dan Radiohead. Gaya serta lenggok vokal Fadli juga banyak dipengaruhi oleh Bono. Walaupun demikian, Padi juga punyai trademark yang tersendiri dari segi penulisan lagu serta gaya persembahan.
Jika ditanya lagu apa dari Padi yang aku minat, sebenarnya banyak sekali. Tapi jika disuruh untuk pilih satu sahaja, aku akan pilih "Kasih Tak Sampai" dari album "Sesuatu Yang Tertunda" (2001). Secara peribadi, aku berpendapat bahawa lagu ini ada ruhnya tersendiri dan ianya mempunyai melodi yang sangat merdu serta penulisan lirik yang ringkas tetapi maksud yang amat mendalam.
(P)lan (A)nd (D)o (I)t
ReplyDeletenice akronim ni haha
DeleteTak berapa follow sangat berbanding Dewa 19 dan Sheila on 7... cuma tahu lagu mereka yang keluar di radio sahaja..
ReplyDeletekalau suka muzik U2 mungkin dapat masok lagu2 mereka ni bang hahha
Delete