APAKAH LAGU PERTAMA YANG ANDA DENGAR DAN MINAT DARI KUGIRAN DEWA 19?
Sebenarnya aku agak lewat mengenali band ini. Aku baru sedar kewujudan band ini pun selepas Ari Lasso sudah tiada lagi di posisi vokal kumpulan ini. Album pertama dari Dewa 19 yang aku betul-betul dengar secara mendalam pun ialah Bintang 5. Masa itupun nama mereka sudah ditukar kepada Dewa sahaja dan Once pula menjadi vokalis terbaru mereka pada ketika itu. Kalau tidak silap ianya diriliskan pada tahun 2000 dan merupakan album kelima mereka.
Dari album Bintang 5 ini jugalah aku mula mengenal siapa itu Ahmad Dhani, mastermind dari kumpulan
hebat
dari Indonesia ini. Cara penulisan lagunya agak kreatif kerana mempunyai nilai-nilai rock yang progresif serta inovatif pada ketika itu. Dari susunan melodi serta penulisan lirik, Ahmad Dhani mempunyai caranya yang tersendiri dan ianya berjaya membawa band ini ke level yang lebih tinggi. Berbalik kepada soalan di atas tadi, lagu pertama yang aku dengar dari Dewa 19 ialah "Risalah Hati". Nilai melankoli yang ada di dalam lagu ini sungguh mendalam sekali walaupun liriknya ditulis amat ringkas. Antara faktor lain yang memainkan peranan penting di dalam lagu ini ialah melodi serta susunan muziknya.
Chord progression nya didengar amat luarbiasa jika anda mendengarnya buat pertama kali. Well, ketika aku pertama kali mendengarnya pada tahun 2000, belum ada lagi ada band rock (baik dari Indonesia mahupun Malaysia) yang punyai nilai progresif dalam pembentukan melodinya. Naif betul aku kan? Sebenarnya ketika itu pun sudah ada band rock lokal yang pandai dalam memanipulasi susunan melodi seperti Seven Collar Tshirt dan Prana cuma itulah, knowledge aku masih terbatas ketika itu.
Apakah lagu Dewa 19 kesukaan anda? Yang mana satu anda dengar lebih awal? Cuba cerita sikit.
The Classic Line-Up
Dewa 19 featuring Once Mekel (Live Concert)
Dewa 19 featuring Once Mekel (Live Concert)
Tak ingat bila dan lagu apa…setakat dengar kat radio…dan mungkin lagu "Pupus" versi Mawi di AF...haha...tapi ketika itu tak berapa ambil peduli…
ReplyDeleteTapi yang betul mula-mula ambil tahu pasal mereka bila ada seorang rakan memainkan cd Republik Cinta (2006) di opis dan terus tertarik dengan lagu "Larut"…
uih republik cinta tu antara album terbaik mereka dalam dekad 2000 - 2010
Deleteera Laskar Cinta, itupun sebab sepupu selalu pasang dalam keretanya bila travel bersama
ReplyDeletealbum Laskar Cinta memang top di malaysia masa ia rilis ketika itu
Deleteangin tolonglah aku sedang jatuh cinta
ReplyDeletelagu mabok ya pok
Delete