Ulasan Ringkas Dokumentari : George Harrison - Living In The Material World
Apabila kita berbicara tentang kugiran rock and roll terkemuka dunia iaitu The Beatles, sudah pastinya nama Paul McCartney, John Lennon, Ringo Star dan George Harrison akan hadir di fikiran kita. The Fabulous Four ini telah menghasilkan satu fenomena kegilaan remaja pada era 60'and dan 70'an dengan aura Beatlemania mereka. Kisah hidup mereka juga rasanya ramai sudah tahu dan seringkali disiarkan di media massa. John, Paul dan Ringo antara selebriti yang sering menjadi bahan hangat di dalam mana-mana tabloid hiburan ketika itu.
Namun nama George Harrison seringkali disisihkan oleh pihak media. Mungkin kerana George merupakan seorang yang berprofil sederhana dan kurang mendedahkan kisah peribadinya kepada pihak media. Tetapi ada beberapa sisi kehidupan George yang sungguh menarik dan tidak ada pada mana-mana artis popular pada ketika itu. Nama George Harrison tiba-tiba menjadi buah mulut peminat muzik pop apabila beliau meriliskan album solo pertamanya "All Things Must Pass" pada tahun 1970. Di dalam album tersebut mengandungi beberapa lagu yang bersifat luar norma dari kebanyakan lagu pop. Ianya lebih berbentuk spiritual dan percubaan mengenali Tuhan dalam konteks Hinduisme.
Dokumentari ini juga membawa kita menjejaki kisah hidup George yang ramai tidak tahu sebelumnya seperti bagaimana beliau menjadi begitu rapat dengan pemain sitar terkemuka Ravi Shankar semasa pembikinan album solo pertamanya, penghasilan album berbentuk mantra oleh The Rahdra Krishna Temple (diterbitkan oleh George Harrison sendiri dan anehnya album ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga pernah memasuki carta Billboard 100), hubungan benci-tapi-cinta beliau dengan sahabat baiknya Eric Clapton, pembentukan projek superbandnya iaitu The Travel Wilbury (yang dianggotai oleh Tom Petty, Bob Dylan, Roy Orbison serta George sendiri) dan masalah kesihatan beliau. Beliau pernah di diagnosis menghidap kanser sebelum ini namun berjaya mengharunginya buat seketika.
Tidak terasa, dokumentari ini memakan masa 3 jam lebih untuk dihabiskan tontonannya dan dibahagikan kepada 2 bahagian (zaman semasa The Beatles dan post-perpecahan mereka). Martin Scorsese selaku sutradara dokumentari sememangnya melakukan tugas naratif yang sungguh bijak sekali tanpa bantuan suara latar sebagak narrator. Martin Scorsese sebenarnya tidak asing lagi dengan genre dokumentari. Selain menghasilkan filem yang hebat bertaraf Oscar seperti Gangs Of New York dan The Departed, beliau juga sebelum ini pernah menghasilkan beberapa dokumentari tentang biografi artis-artis ternama seperti The Rolling Stones dan Bob Dylan.
Dokumentari ini wajib ditonton jika anda adalah penggemar muzik rock secara general. Ianya juga membuka mata kita dalam memahami setiap tingkah laku yang pernah dibuat oleh George Harrison tatkala beliau masih hidup dahulu. Oh ya, dokumentari ini juga boleh ditonton melalui Netflix.
Rating? 3.5/5
Official Documentary Poster
Official Trailer
Dulu sekitar tahun 87,88...lagu "Got My Mind Set On You" agak popular juga di radio. Ketika itu aku tak tau pun yang beliau adalah anggota Beatles. Yang aku tau pasal Beatles cuma John Lennon, Paul McCartney dan Ringo Starr. Aku memang lambat ambil tau pasal Beatles...Tu pun John pasal kes dia kena tembak yang kecoh masa aku budak2...manakala Paul pulak pasal dia berduet dengan Michael Jackson dalam album Thriller, kemudian "Say Say Say" dan kemudian muncul pulak salah satu all time fav aku,"No More Lonely Night"...Ringo aku tak ingat pasal apa...mungkin banyak baca pasal gossip2 liar dia kat majalah...Tapi George Harrison memang tak tau...masuk awal 90an baru tau...haha...
ReplyDeletehaha betul la cakap orang bang, george ni the quite beatles. low profile sebenarnya
Deletemenarik ada masa mau layan
ReplyDeleterecommended hehe
Delete