Lucie, Too merupakan sebuah band trio berkonsepkan indie rock yang berasal dari Utsunomiya, sebuah bandar yang terletak 2 jam perjalanan menggunakan kereta dari kotaraya Tokyo. Lucie, Too mengambil nama band tersebut daripada tajuk lagu sebuah band indie dari USA iaitu Now, Now.
Band ini banyak dipengaruhi oleh beberapa band indie dari USA seperti Snail Mail, Now, Now (obviously), Beach Bunny, Tiger Trap dan Talulah Gosh. Ini adalah disebabkan frontman kumpulan ini iaitu Chisato Kokubo (vokal dan gitar) sangat menggilai scene indie rock yang mutakhir di Amerika. Pada bahagian drums pula dianggotai oleh Naho Shibahara. Sebelum ini Naho pernah menganggotai sebuah lagi band indie dari Utsunomiya iaitu Sunny Car Wash (juga merupakan sebuah band 3 piece). Di posisi bass pula, dahulunya dianggotai oleh Kanako Sekizawa namun oleh kerana ingin menyertai band lain, beliau keluar dari Lucie, Too dan digantikan oleh Hikari, juga seorang bassist yang sangat skillful.
Setakat ini Lucie, Too telah menghasilkan sebuah album berjudul "Lucky" yang diriliskan pada tahun 2018 serta sebuah EP "Hi Lucie". Antara lagu popular mereka ialah "Lucky", "Kimi Ni Koi", "Egoist" (menariknya tentang music video lagu ini, ada ditayangkan poster album Snail Mail), "Winter Song" dan banyak lagi.
Sebelum pandemik, Lucie, Too pernah melakukan tour sekitar beberapa negara di Asia seperti Thailand dan tidak dilupakan di dalam Jepun sendiri di mana mereka juga pernah menyertai banyak festival muzik seperti di Hokkaido dan Tokyo. Lucie, Too bernaung di bawah label THISTIME Records yang beroperasi di Tokyo dan diasaskan sejak tahun 2003. Label ini juga banyak mengeluarkan band serta artis yang
hebat
belaka seperti Nerd Magnet, Sion Russell Jones, Neon Bunny, Calenders dan Hey Anna, sekadar menamakan sebahagian.
Lucky by Lucie, Too
Dah cuba di youtube. Memang menarik
ReplyDeletePop punk ringan je bang haha
Delete