Pada 27 Mac yang lepas, aku serta isteri berhasrat untuk menjalani ujian Swab jenis RTK PCR di sebuah klinik swasta di tempat kami. Ini merupakan pertama kali hidung dan tekak aku dicalit bagi mengambil sampel untuk pengesahan samada aku bergejala ataupun tidak. Cuak juga masa tu, memang seumur hidup aku, tak pernah lagi menghadapi hal-hal sebegini.
Aku serta isteri terpanggil untuk menjalani ujian ini disebabkan ada kes positif COVID 19 di dalam kelas anak aku beberapa hari sebelum itu. Masa itu, sekolah baru sahaja dibuka. Aku serta isteri pula terpaksa mengambil cuti rehat semata-mata untuk mengambil ujian ini. Manakala anak aku serta rakan sekelasnya terpaksa menjalani swab test ini di Klinik Kesihatan Bintulu a.k.a. Poliklinik.
Mudahan penyakit ini segera hilang dari muka bumi Allah ini dan mereka yang menghadapinya diberikan kesembuhan secepat mungkin. Amin.
Song Credit: Civil Disorder by Dance On Your Grave
kita mungkin sanggup/tahan... tapi kesian anak-anak, lagi-lagi yang belum faham
ReplyDeleteBetul
DeleteAku baru ambik semalam.. kes kluster sembayang terawih kat taman perumahan aku...sekarang bergelang dan kuarantin 10 hari... Covid 19 adalah benar jika masih ada yang tak percaya...
ReplyDeleteAllahu. Semoga dipermudahkan urusan bang. Sekarang ni kuarantin kat rumah ke hotel?
DeleteKat rumah... Tunggu result
DeleteMudahan semuanya OK bang. Amin
DeleteSemoga tiada yang buruk berlaku.
ReplyDeleteAlhamdulillah setakat ni ok bang
Deleteaku bawa lori ni. sudah kena dua kali bro. ngilu dia tu aku tak tahan..
ReplyDeleteAllahu. Bertabahlah
Delete