Monday, June 28, 2021

ULASAN RINGKAS SIRI ANIMASI : INVINCIBLE (2021)

Setelah banyak membaca beberapa ulasan mengenai siri animasi ini di beberapa media sosial, aku terasa terpanggil untuk menontonnya. Tidak seperti kebanyakan anime Jepun di mana satu episod berdurasi lebih kurang 22 minit begitu, siri animasi "Invincible" ini pula lebih tipikal dengan kebanyakan siri TV di Amerika di mana ianya mempunyai lebih kurang 8 ke 9 episod tetapi jumlah masa untuk satu episod ialah lebih kurang 45 minit. Tetapi kita tidak perlulah bercerita panjang lebar tentang durasinya. Haha.

"Invincible" pada asalnya merupakan sebuah siri komik terbitan Image Comic (sebuah lagi syarikat yang menerbitkan komik selain daripada Marvel dan DC). Ianya dihasilkan oleh Robert Kirkman dan menggunakan khidmat Cory Walker dan Ryab Ottley selaku illustrator. Desain asal dan penceritaan sebenar untuk komik adalah untuk pembaca berumur 18 tahun ke atas atas sebab elemen ganas yang melampau. Begitu juga dengan siri animasinya; brutal, penuh dengan konflik serta penceritaan yang unik.
Bagi mereka yang meminati siri komik seperti Watchmen, DC Titans, Doom Patrol ataupun siri TV The Boys dan The Umbrella Academy, Invincible ini amat sesuai untuk anda. Pendekatan secara realistik tentang motif superhero wujud di dunia serta kebenaran yang sangat pahit apabila makhluk-makhluk berkuasa
hebat
ini hidup di kalangan manusia menyebabkan "Invincible" memberi satu lagi naratif yang berbeza dengan kisah superhero lain. Mungkin ianya pernah dan hampir sama dengan jalan cerita dari filem "Brightburn" (2019) mahupun "Kick Ass" movie franchise namun apa yang pasti siri animasi ini menjanjikan sebuah epik yang menarik dan larger than life.
Baru-baru ini pihak Amazon selaku saluran rasmi penyiaran siri ini telah bersetuju untuk menyambung siri ini kepasa musim kedua dan ketiga. Apa yang menarik mengenai siri ini ialah voice actors yang terlibat di belakang tabir; Steven Yeun (The Walking Dead) memegang watak Invincible, Sandra Oh (Grey's Anatomy) sebagai Debbie dan J.K. Simmons (Whiplash dan beberapa filem Spiderman) selaku Omniman. Seth Rogen (yes, that Seth Rogen from Pineapple Express) juga bertindak sebagai salah seorang penerbit untuk animasi ini.
Rating? 4.5 / 5
"What will you have after 500 years?"
"I still have you, dad"




No comments:

Post a Comment

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...