Monday, June 14, 2021

ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : NETFLIX'S HIGH-RISE INVASION (2021)

Trailer untuk siri anime ini sebenarnya sudah pun berlegar di kebanyakan media sosial sejak penghujung tahun lepas lagi. Promosi anime ini juga ada yang dalam bentuk poster mahupun video teaser. Sebagai seorang pencandu anime, pada mulanya aku memberi harapan tinggi untuk siri anime ini.

"High-Rise Invasion" pada asalnya merupakan sebuah manga karya Tsuina Miura dan Takahiro Oba selaku illustrator. Manga ini mula dipasarkan pada Disember 2013 dan tamat pada Mac 2019 dan ianya juga mempunyai sequel yang bertajuk "High-Rise Invasion Arrive" bermula Julai 2019 dan tamat pada Februari 2021. Manga asalnya mewakili genre action, horror dan survival. Dalam anime pula, siri ini mempunyai 12 episod dan boleh ditonton melalui aplikasi Netflix.
Aku bukanlah seorang yang gemar membaca manga, jadi pengetahuan aku tentang siri anime pada peringkat awalnya agak terbatas. Aku hanya bersandarkan video trailer serta ulasan ringkas yang aku baca daripada beberapa netizen sahaja. Apabila aku mula menonton beberapa episod awal siri ini, ternyata aku rasa terpanggil untuk membandingkan anime ini dengan sebuah lagi siri TV Netflix iaitu "Alice In Borderland" di mana kedua-duanya membawa konsep "isekai" iaitu sebuah genre anime atau manga di mana watak utamanya di bawa ke dunia lain dan dalam petualangan untuk kembali ke tempat asal.
Bezanya di sini, aku merasakan plot cerita untuk siri anime ini agak bercelaru dan jalan ceritanya tidak disusun dengan kemas. Ianya terlalu banyak plot yang tergantung sehinggakan ada sesetengah babak yang membuatkan penonton tertanya-tanya dengan apa yang telah terjadi. Bagi aku, ini merupakan satu kelemahan yang membuatkan penonton agak tawar hati untuk meneruskan tontonan.
Rating? 2 / 5



2 comments:

  1. Banyak betul senarai menunggu untuk di tonton di Netflix... tambah pula ada HBO GO dan yang terbaru Disney+...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...