MENGIMBAU KEMBALI FILEM "FENOMENA" (1990)
Semalam aku selesai menonton filem ini di Astro melalui channel Fam TV. Aku ni jenis yang susah sangat nak melekat di depan TV sebenarnya, sebab aku lebih selesa menonton filem melalui telefon pintar sahaja. Cuma malam ini agak istimewa sebab aku berpeluang menonton kembali filem nostalgik ini.Faktor utama yang membuat aku terpukau dengan filem ini ialah lakonan Ramona Rahman yang memegang watak Isabella. Ramona membawa watak seorang minah salleh berasal dari UK dan datang ke Malaysia untuk mencari seorang lelaki tua yang pernah bekerja dengan bapanya dahulu. Ramona menghidap penyakit misteri, sampai ke sudah penonton masih tidak tahu apa kesakitan yang dihidap oleh watak Isabella ini. Ramona Rahman ni kira sebaris dengan beberapa pelakon wanita eurasian lain yang pernah popular di dekad 90'an dahulu seperti Sofea Jane, Julia Rais, Deanna Yusuff dan Susan Lankaster. Sekarang Ramona Rahman sudah tidak lagi berlakon di dalam mana-mana filem, sebaliknya banyak terlibat di dalam voice over untuk iklan ataupun produksi animasi.
Filem ini pertama kali aku tonton kalau tak silap sekitar tahun 1990 begitu, rilisan rasmi pula ialah pada 31 Mei 1990. Menurut pakcik Google, Fenomena merupakan filem pertama arahan Aziz M. Osman pada ketika itu. Selepas filem ini meletup, barulah beliau mengarahkan beberapa filem hebat seperti XX Ray, Fantasi, Trauma dan banyak lagi. Kalau untuk telefilem pula, aku suka filem "Scoop" bergenre thriller dan penyiasatan.
Ada beberapa babak dalam filem ini yang dilihat mempunyai kualiti lakonan yang mantap, berdasarkan pengamatan akulah. Babak yang paling aku suka ialah sesi dialog di antara watak Azlan lakonan sifu M. Nasir bersama Isabella. Ianya banyak menggunakan bahasa baku dan sedikit elemen sastera. Banyak bercakap dalam kiasan lah, senang cerita. Walaupun ini filem pertama Aziz M. Osman namun banyak mesej yang ingin disampaikan melalui filem ini sebenarnya.
Filem ini juga tidak lari daripada kekurangan. Antara yang aku kenal pasti ialah terlalu banyak plot kosong yang menuntut untuk diterangkan jalan ceritanya. Pengakhiran filem ini juga membuatkan para penonton terpinga-pinga sambil berkata "eh, itu saja?". Tapi kita kena bertimbangrasa juga sebenarnya, inikan filem pertama Aziz M. Osman. Jadi janganlah terlalu memberi harapan yang agak tinggi.
Sudah hampir 30 tahun filem ini diriliskan namun ianya masih segar di ingatan remaja tua seperti aku. Aku masih lagi berumur 9 tahun semasa filem ini keluar di wayang dahulu. Aku tengok filem ini pun masa bapa aku masih lagi bergiat di dalam scene sewa tape VHS dahulu. Syok gila masa tu.
kalau geng2 artis eurasian, aku dulu crush dengan Sofea Jane :p
ReplyDeleteDasyat sambutan cerita ni kat panggung dulu… tayang masa hari raya…aku kena beratur panjang nak beli tiket kat Panggung Nira, Komtar JB… kenangan...
ReplyDeleteSkrg masih misteri..sudah 32 tahun aku berpikir isabella ending tu maseh hidup ke tak?
ReplyDeleteAntalya
ReplyDeleteAntep
Burdur
Sakarya
istanbul
UK6
Batman
ReplyDeleteArdahan
Adıyaman
Antalya
Giresun
İEX
Eskişehir
ReplyDeleteDenizli
Malatya
Diyarbakır
Kocaeli
D0TZ77
adıyaman
ReplyDeletesakarya
yalova
tekirdağ
amasya
OXKF2
3C168
ReplyDeleteankara sohbet odaları
urfa seslı sohbet sıtelerı
Ordu Sohbet Chat
urfa canlı sohbet
aksaray bedava sohbet
şırnak rastgele görüntülü sohbet uygulamaları
Afyon Canlı Sohbet Odası
ısparta Kadınlarla Sohbet
Kırşehir Bedava Görüntülü Sohbet
A44B3
ReplyDeletewallet arculus
bitbox wallet
ledger
web ledger live wallet
ledger live web
arculus
web trezor suite
wallet avax
dcent