Thursday, January 26, 2012

BURN THE PRIEST : Evolusi Kepada New Wave Of American Metal!

Hari ini (seperti kebiasaannya di pejabat aku) aku menerima sebuah bungkusan yang datangnya dari Klang, Selangor. Ianya dikirim oleh seorang pengusaha pakaian bundle secara online yang aku kenali melalui mudah.my tempoh hari. Di dalam bungkusan tersebut ialah t-shirt band "Burn The Priest", sebuah band groove-metal/deathgrind/thrash-metal/hardcore-punk dari Virginia, USA. Ok, mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan band ini. Sebenarnya Burn The Priest merupakan nama lama kepada band yang tersohor sekarang ini iaitu Lamb Of God!

T-Shirt "Burn The Priest"
Scorched Earth Policy (title ni tidak mewakili mana2 lagu atau album mereka)
Size: L
Tag: Delta Pro Weight
Knit in USA
Assembled in Mexico
Di belakangnya ada tertulis ayat dalam bahasa German "Der Teufel Nennt Mich Bruder" yang bermaksud "The Devils Calls Me Brother" (tiada ditunjukkan)

Sejarah Ringkas Tentang "Burn The Priest"

Band ini telah lama ditubuhkan, iaitu pada tahun 1990, di mana ianya diasaskan oleh Mark Morton (Lead Guitarist), Chris Adler (Drummer) dan John Campbell (Bassist). Pada mulanya mereka ni sama menuntut di Virginia Commonwealth University. Band ini pada mulanya hanyalah band 3 piece dan mereka sebenarnya bertindak sebagai band metal instrumentalist sahaja (tiada vokalis pada masa itu).

Selepas graduasi, Mark Morton melanjutkan pengajiannya ke peringkat master's degree di Chicago, dan posisi beliau diambil oleh Abe Spear. Oleh kerana bosan bermain dengan muzik instrumental sahaja, Randy Blythe masuk pula ke dalam band ini dan mengambil posisi sebagai vokalis utama.

Jodoh Abe Spear dengan Burn The Priest tidak lama, itupun beliau sempat menghasilkan Split-EP (bersama Burn The Priest) dengan 2 band yang tengah naik masa itu iaitu ZED dan Agents Of Satan pada tahun 1997 dan kemudiannya menghasilkan self-titled debut album bersama Legion Records. Posisi Abe Spear kemudiannya diambil-alih oleh adik kepada Chris Adler iaitu Willie Adler dan pada masa perkara ini berlaku, Mark Morton sudah kembali ke pangkuan band tersebut.

Dari Kiri: John Campbell (Bass), Chris Adler (Drums), Randy Blythe (Vocals), Abe Spear (2nd Guitar) dan Mark Morton (Lead Guitar)

Split Ep Burn The Priest dengan Agents Of Satan

Self-Titled debut album mereka. Rilisan pertama ialah pada tahun 1999 keluaran Legion records.
Ianya kemudian dibuat versi remastered oleh pihak Epic Record dan dikeluarkan semula pada tahun 2005

Oleh kerana ingin menukar arah gaya muzik mereka sedikit, band ini sepakat untuk membuat penjenamaan semula pada nama band ini...dari Burn The Priest kepada Lamb Of God!

Seriously, apa yang buat aku minat dengan band ini (zaman pra-Lamb Of God) ialah sound yang ada pada mereka. Ianya punyai blast-beat dan riff guitar yang seakan Grindcore dan kemudiannya dicampur-aduk dengan sedikit elemen Death Metal dan Math-Metal! Kalian boleh kaji time-signature pada setiap lagu mereka, ianya kadang2 seakan meniru Meshuggah tetapi elemen breakdown seolah2 tidak wujud dalam sound mereka kerana dikaburi oleh blast-beat dari "One Of The Top Metal Drummer 2011 (Modern Drummer Magazine)" iaitu Chris Adler!

Akhir kata, hope you guys enjoy watching this nostalgic performance of Burn The Priest (Now is known as Lamb Of God)! This Is BLOODLETTING!!!



LAMB OF GOD - BLOODLETTING (LIVE AT PROVINSIROCK FESTIVAL 2007)



BURN THE PRIEST - RARE LIVE FOOTAGE TAKEN IN 1996!

Saturday, January 21, 2012

Dekad 90'an : Antara Gitar, Zombie dan Jadi Mangsa Buli!

The Darkest Days Of My Youth!

Pada penghujung tahun 1993, me and my family berpindah dari Miri ke Bintulu, sebuah bandar yang dikenali sebagai kota tenaga (citation needed - ni pun aku dgr dari org dulu2) kerana ianya menjadi tempat pengeluar Gas Asli ataupun Liquid Natural Gas (LNG), baja urea (dari Asean Bintulu Fertilizer) serta bermacam2 lagi produk yang berasaskan Petroleum.

Ok aku bukannya nak bercerita banyak pasal Bintulu secara detail. Lain kali la aku sembang lagi pasal tempat ni yer. My Dad dipindahkan ke Bintulu kerana ada perjawatan kosong di Shell Bintulu Crude Oil Terminal (SBCOT) sebagai warehouse supervisor. Income boleh tahan jugak la berbanding yang sudah sedia ada di Miri. Oh lupa nak bagitau, my dad dulu bekerja dengan Sarawak Shell Berhad sudah hampir 12 tahun masa tu.

Keluarga kami pula terpaksa berpindah ke satu kawasan perumahan low-cost di Bintulu yang dinamakan RPR Kidurong (RPR bermaksud Rancangan Perumahan Rakyat). Kalau kita bercerita pasal rumah kos rendah ni, you have to expect yang persekitarannya agak hectic kadang2 dan tidak berapa spacious di dalam nya. Ok takperla, pada mulanya aku suka tempat ni, tapi apabila aku cuba bergaul dengan budak2 di kawasan tu masa tu (may I remind you, it was 1993 until 1995 kami sekeluarga tinggal di sana) aku rasa aku tak sepatutnya berada di sana. Budak2 kat tempat tu (secara spesifiknya Lorong 14 RPR Kidurong) memang nakal, samseng jalanan, kaki ugut dan EVIL tahap Lucifer!!! Di lorong itu juga siap ada pusher dadah yang tinggal tidak jauh dari rumah aku (pada masa tu la)!!

Maps dari Google bagi kawasan RPR Kidurong Bintulu

Pada saat itulah aku mula menjadi mangsa buli budak2 di lorong tu. Setiap kali pulang sekolah, jangan heran la kalau baju sekolah aku memanjang ajer ada lubang2 dan kesan kena bakar. Ianya diakibatkan oleh budak2 dalam bas sekolah yang sama menetap di RPR Kidurong tersebut yang suka buli aku dan cucuh puntung rokok kat lengan dan badan aku, macam aku ni Balaci diorang! Memang FAKAP la masa tu. Paling teruk, ialah aku sering diperas-ugut kena kasi duit dengan geng2 buli dalam bas tersebut. My life as a teenager was very hard back then.


Karikatur mangsa buli

Kalau sekolah pulak, lain hal nya pula. Dalam tahun 1994, aku mula memasuki tingkatan 1 di SMK Bandar Bintulu. Masa tu, sekolah ni boleh digelar sebagai "Gangsters Paradise" cuma sekolah tu takder cikgu yang Hot macam Michelle Pfeifer haha. Masa tu, kalau budak tingkatan 1 dan 2, akan berada di sesi petang (sesi pembelajaran paling membosankan...waktu petang adalah waktu yang sungguh mengantukkan). Tapi kalau dah time nak pulang sekolah pulak, perghh lain pulak jadinya. Sekolah aku ni dulu terkenal dengan gang-fight lepas abis sesi persekolahan, asal bukak saja pagar sekolah tepat pukul 6.15 petang, budak2 dari puak yang berlainan akan melakukan aktiviti Smackdown sampai kepala dan badan luka2 dan berdarah! Ianya lebih kepada pergaduhan yang berunsurkan perkauman..arghh i hate this kind of violences!

Disebabkan persekitaran aku masa tu agak kurang sesuai untuk aku bersosial, maka aku lebih banyak masa terperap di rumah jika habis masa persekolahan dan di hujung minggu. Pada saat ini jugalah aku cenderung ke arah mendengar lagu2 baru di radio, masa tu mana ada Astro nak tengok MTV ataupun Channel V. Apa yang menariknya di sini, bapak aku pada masa tu, ada meminjam gitar elektrik yang seakan Gibson Les Paul (rasa2nya copy version tapi jenama lain la). Agak lama jugak la gitar tu berada di rumah aku. lebih kuran 5 ke 6 bulan. Bermula dari sanalah aku terus teruja untuk mula bermain gitar. Walapun pada masa tu, gitar tu takder disertakan dengan amplifier ataupun cable, tapi aku dengan selambanya belajar bermain gitar menggunakan gitar tersebut (berpandukan buku panduan bermain gitar yang harga RM5 lebih tu, boleh dapat kat kedai yang ada jual surat khabar dan majalah)

Lagu pertama yang aku belajar masa mula sentuh gitar dahulu ialah lagu "Zombie" dari The Cranberries. Haha memang agak melucukan tapi pada masa tu (seingat aku pada penghujung tahun 1994) lagu tersebut memang tengah meletup di corong radio especially Radio Muzik. Kod lagu tu pun senang saja, start dari kod E minor dan hanya ada 4 kod kesemuanya! Solo pun senang tahap cipan. Tapi apa2pun lagu ciptaan Dolores O'Riordan itu memang melekat di hati dan sangat senang dipelajari haha.

The Cranberries dengan album kedua mereka yang berjudul "No Need To Argue" yang juga mengandungi hit single yang bertajuk "Zombie"

Ternyata muzik merupakan salah satu jalan untuk aku escape dari kehidupan yang kurang sihat pada masa itu...ianya merupakan salah satu solusi kepada pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh remaja seperti aku ketika itu...

P/S: RPR Kidurong sekarang tidak lagi macam dulu, budak2 jahat di Lorong 14 dah banyak migrate ke tempat lain (ada yang pindah rumah, ada yang kena tangkap polis & masuk penjara etc...). Sekarang tempat tu aman sedikit daripada dahulu. Semenjak family kami berpindah dari kawasan tersebut pada tahun 1995, banyak perkara positif berlaku di tempat itu. Apa2pun yang pastinya, you will appreciate life more if you experienced such terrible hardships in the past...


Wednesday, January 18, 2012

KONSERT FENOMENA SEARCH 30 TAHUN (Menyesal Tak Pergi Tengok!)

Bulan Madu Di Awan Biru, Tiada Yang Mengganggu...

Beberapa hari sebelum sambutan tahun baru 2012 pada tahun lepas, aku menerima perkhabaran melalui media massa (surat khabar, facebook, iklan radio) bahawasanya Search akan membuat konsert di Stadium Sarawak @ Kuching bersempena konsert jelajah "Search : Fenomena 30 Tahun". Mendengar berita tersebut, aku terfikir, aduh...apa ni? Wrong timing la pulak. Hujung tahun masa tu, semua orang sibuk dengan persediaan anak2 nak masuk sekolah, so bajet lari la. Aku pulak, walaupun anak aku belum mula bersekolah lagi (tadika pun belum haha) tapi duit dah banyak spend untuk beli baju & pakaian my dear Ainul. Ye la, budak2 bukannya makin mengecik...confirmlah membesar seperti kanak2 Dumex yang lain haha.

Kepada budak2 yang tak kenal siapa Search ni...meh sini aku nak azan telinga korang. SEARCH IS THE BIGGEST ROCK BAND IN MALAYSIA! Period! Well, yang second tu confirm la Wings, betul tak? Band yang terbukti masih unggul di persada muzik negara ini buat julung kalinya telah membuat persembahan di Kuching pada 31hb Disember 2011 yang lalu, sambil sambut ambang tahun baru la malam tu.

To make things worse, ada seorang rakan sepejabat aku yang bernama Kak Lel (bukan nama sebenar) siap dah beli 4 keping tiket (rujuk pic di bawah) untuk dia, suami dan 2 orang anak lelaki nya. Boleh tahan jugak rocker si makcik ni haha. Lagipun Kak Lel serta keluarga memang orang asal dari Kuching. Suami Kak Lel pulak memang kipas-susah-mati (die hard fan) Search sejak dari dulu lagi. Abang Hatta, suami Kak Lel (bukan nama sebenar) ni memang friendly orangnya dan banyak knowledge tentang dunia muzik rock dulu2, FYI, Abang Hatta ni kipas-susah-mati Metallica jugak (one of my favorite metal band of all time) .

Tiket Konsert Search Yang Membuatkan Aku Jeles Tak Tentu Pasal

Oleh kerana mereka berdua suami isteri kesian tengok aku tak berkesempatan nak join diorang pergi Kuching masa tu, jadi diorang pun cakap "Sekpa la Di, kelak Kak Lel dengan Abang Hatta kau beli t-shirt konsert Search ya pakei kau, kelak dudi2 la kau bayar" translation dalam bahasa Melayu nya pula : "Takper la Di, nanti Kak Lel dan Abang Hatta belikan kau t-shirt konsert Search tu, pastu kau boleh bayar bila2"...Ok la, aku terima pelawaan tersebut, at least terubat sikitlah luka di hati ni huhu.

Selang beberapa hari kemudian, lepas sambutan tahun baru 2012, Kak Lel and family pun balik dari Kuching. Kak Lel siap bawak ke pejabat pulak t-shirt Konsert Search tu. Perghh berbunga2 hati aku dibuatnya. Apa yang buat t-shirt ni sungguh berharga dan teramatlah istimewa ialah ianya tertera angka 30 pada design nya yang menandakan Search sudah wujud di dalam industri muzik Malaysia sudah sampai 30 tahun lamanya, seusia dengan aku pulak tu. Ianya meliputi tempoh semenjak rilisnya album pertama mereka yang berjudul "Cinta Buatan Malaysia" (rilisan tahun 1981) hingga album "Gothic Malam Edan" (rilisan tahun 2006) dan sehingga mereka aktif semula dalam mengadakan konsert jelajah sebegini.

T-Shirt Edisi Terhad Sempena Konsert Fenomena Search 30 Tahun

Ok takpe, nevermind...aku tidak berkesempatan untuk menonton sendiri konsert Search itu pun tak mengapa rasanya. Tapi apa yang penting ialah pic di bawah yang menyatakan seribu pengertian dan rasa respect aku terhadap Amy and the gang! FEWWWWIIITTTTT!!!!


Pic2 ini diambil semasa Amy datang ke Bintulu untuk membuat persembahan semasa Karnival Hari Keluarga Petronas pada tahun 2009 dahulu.

P/S: FYI, Metallica dan Search mengeluarkan album pertama masing2 pada tahun yang sama iaitu 1981. Metallica dengan album "Kill 'Em All" mereka dan Search pula dengan album "Cinta Buatan Malaysia", dan menjadikan ianya semakin menarik, tahun lepas iaitu 2011, kedua2 band menyambut anniversary yang ke 30!

Pembetulan!
Sebenarnya album Metallica yang pertama bertajuk "Kill 'Em All" dirilis pada tahun 1983
Manakala album Search "Cinta Buatan Malaysia" pula dkeluarkan pada tahun 1985
Minta maaf atas kesilapan info tersebut! huhu Thanks to bro Berteromber atas teguran tersebut.
Tapi apa yang pasti, kedua2 band tersebut ditubuhkan pada tahun yang sama iaitu 1981!

Saturday, January 14, 2012

My Action Figures & Some Toys! (Hobi Pelik Aku!)

What? Action Figures? You Gotta Be Kidding!

Rasa2nya aku mula terlibat dalam hobi mengumpul figura aksi ni dalam tahun 2008, setahun lepas melangsungkan perkahwinan dengan my sweet wifey. Hobi yang agak eksentrik dan eksklusif (?) ini sebenarnya dah lama dah aku berminat nak buat cuma tak ada kekuatan dari segi kewangan sahaja, maklumlah gaji aku dulu tak la besar sangat. Tapi aku tak la sampai ekstrim sangat (aku tidak berapa cenderung mengumpul karakter2 anime seperti Dragon Ball Z, Naruto, One Piece dan sebagainya), aku lebih ke arah figura watak2 dalam filem kegemaran aku. Well, enough said, di bawah merupakan beberapa figura yang aku ada:

ALIEN
Aku rasa aku cenderung meminati karakter Alien selepas menonton filem "Aliens" lakonan Sigourney Weaver (who else) dan arahan James Cameron kira2 dalam tahun 1989 @ 1990 (aku masih kecil lagi masa tu). Rekabentuk asal Alien ini direka oleh seorang artis surrealistik yang bernama H. R. Giger, berasal dari Switzerland dan beliau juga famous dengan hasil seni arca nya yang agak aneh dan menarik.

Alien 9 Inches from AVP Requiem by NECA : REEL TOYS

Alien 9 Inches from AVP Requiem by NECA : REEL TOYS

Alien 5 Inches made by KENNER (Original Fox Merchandise. Produced in 1992)

Alien 5 Inches made by KENNER (Original Fox Merchandise. Produced in 1992)
Ini merupakan figura aksi pertama yang aku beli semasa aku berumur 12 tahun. Aku beli di Wisma Pelita, Miri


Alien 9 Inches with coffin from AVP movie. Made by McFarlane Toys

Alien 9 Inches with coffin from AVP movie. Made by McFarlane Toys

THE CROW
The Crow merupakan sebuah watak dari komik yang agak gothic dan sadis, akan tetapi ianya mempunyai nilai estatiknya tersendiri kerana ianya merupakan karakter yang berbeza daripada yang lain. Dihasilkan oleh James O'Barr, beliau merupakan kartunis / storyteller kepada kesemua cerita2 The Crow termasuklah dalam penulisan skrip pada movie asal The Crow yang diriliskan pada tahun 1994. Filem yang dibintangi oleh mendiang Brandon Lee ini, telah mencapai status cult sekarang kerana storyline nya yang berkesan di hati (one of the best revenge movie of all time).

The Crow 9 Inches with Steel Bar from NECA : REEL TOYS


The Crow 9 Inches with Steel Bar from NECA : REEL TOYS

The Crow 9 Inches with black guitar & flaming crow from NECA : REEL TOYS (CULT CLASSIC)


The Crow 9 Inches with black guitar & flaming crow from NECA : REEL TOYS (CULT CLASSIC)


The Crow 12 Inches from McFarlane Toys (come with black guitar & a crow)


The Crow 12 Inches from McFarlane Toys (come with black guitar & a crow)


Figura Aksi dan Toys Lain Yang Masih Aku Simpan
Terdapat beberapa figura aksi dan permainan2 yang aku masih simpan hingga sekarang. Banyak yang aku dah beli sejak dari 4 ke 5 tahun dahulu. Ada yang aku dah jual dan ada yang masih di dalam simpanan aku. Antara yang sempat aku ambik gambar ialah figura2 seperti di bawah:

Astro Boy a.k.a. Toby Tenma (karakter yang dihasilkan oleh kartunis legenda Jepun iaitu Osamu Tezuka)


3 Mini Optimus Prime (toys ini aku letak di meja pejabat aku sebagai bahan lepas tension, kalau rasa nak relaks kan minda, just transform those mini robots!)


3 Mini Optimus Prime (Transformers) dalam keadaan morphed bentuk Truck!


Optimus Prime 12 Inches (Made In China - Not by Hasbro), aku dah jual Optimus Prime ni disebabkan ada member yang berminat nak beli


Optimus Prime (Transformers) dalam keadaan morphed bentuk Truck!

P/S: Apa yang melecehkan tentang hobi mengumpul figura aksi dan toys sebegini ialah TEMPAT PENYIMPANAN nya! Aku sebenarnya dalam dilema tentang di mana sepatutnya aku letak barang2 ni semua disebabkan my parents tak berapa suka aku letak dekat almari di ruang tamu rumah aku, diorang akan bagi alasan yang sama iaitu "Malaikat takkan masuk kalau kau letak barang2 takder pekdah (faedah) ni kat rumah kau", agak cliche tapi apakan daya, itulah hakikatnya haha. Sekarang ini aku cuma mampu simpan dalam kotak dan taruh dalam kabinet. Kalau ada rasa tengok balik, aku cuma perlu buka kotak tok lagi dan belek2 pada figura2 tersebut. Huhu...banyak orang takkan faham hobi aku sebegini...

Tuesday, January 10, 2012

Aku dan Michael Jackson (Koleksi Peribadi Memorabilia MJ)

'Cause This Is Thriller, Thriller Night. And No One's Gonna Save You From The Beast About To Strike!

Petang tadi, kira2 dalam pukul 3.00 petang, sedang aku sibuk dengan rutin harian aku di pejabat (buat kerja kewangan/pentadbiran yang tiada kesudahannya), aku menerima satu bungkusan yang datangnya dari Singapura. Ianya sebenarnya merupakan baju tee Michael Jackson yang aku tempah secara online melalui Get Up Merch, sebuah syarikat menjual baju tee Rock yang agak famous di Singapura. Design untuk t-shirt ini agak berlainan dan menepati citarasa aku, plus lebih menguntungkan ialah, aku beli tshirt ni masa Year End Sale yang dikelolakan oleh pihak Get Up Merch.

Kepada mereka yang tidak mengetahui siapa itu Michael Jackson, i got something to say to you..ARE YOU NUTS? Mungkin remaja2 yang hidup dalam dekad millenium kini tidak berapa mengetahui siapa sebenarnya MJ, tapi bagi aku yang sejak dari kecil lagi mendengar, menonton dan mengetahui perkembangan semasa hayat beliau, MJ merupakan idola aku semasa kecil dahulu. Dialah THE KING OF POP dalam erti kata sebenar. Bagaimana aku boleh meminati muzik dan persona beliau? Itu aku akan cerita lain kali. Mungkin aku akan terangkan dalam entri akan datang, insyaAllah.

Di bawah merupakan beberapa koleksi memorabilia Michael Jackson yang aku ada:

T-Shirt Michael Jackson "This Is It" Zombie Design
Pada 4 Januari lepas, aku telah membuat tempahan secara atas talian (online) melalui laman web Get Up Merch yang aku katakan tadi. Bersempena dengan Jualan Penghujung Tahun yang dipromosikan dalam laman web tersebut, tanpa membuang masa aku pun rembat la satu tee Michael Jackson yang mempunyai design MJ dalam bentuk Zombie di hadapan nya. Dalam masa satu minggu sahaja, t-shirt tersebut sudah sampai di tangan aku.


Ini merupakan billing detail untuk pembelian baju tee tersebut, harga cuma RM56 sahaja (aku save $11, kira2 dalam RM25 camtu, kalau ikutkan harganya ialah RM80 plus2)

Inilah dia T-shirt MJ "This Is It" Zombie Design, Tag Gildan, Size L

Antara sebab utama aku suka design ini ialah, come on la, it's obvious...ianya menyerupai MJ dalam video muzik yang mengangkat nama beliau in music history iaitu "Thriller". Siapa boleh lupa dengan video muzik tersebut? Dengan koreografi tarian yang memorable dan sukar untuk dilupakan, kesan khas pada make-up penari2 dan MJ sendiri serta short movie yang terdapat dalam video tersebut.


Video Muzik Rasmi untuk lagu "Thriller", perhatikan pada bahagian awal video tersebut, terdapat kata2 awal dari MJ yang berbunyi:
"Due to my strong personal convictions, I wish to stress that this film is no way endorses a belief in the occult"

Personally, album "Thriller" lah antara penyebab aku menyukai muzik pop ketika kecil dahulu. Melalui pendedahan tersebut, secara evolusinya aku mula mengenali beberapa genre muzik yang lain seperti Hip-Hop, Rock, RnB dan sebagainya.

Michael Jackson's Thriller Album CD (25th Anniversary - The World's Biggest Selling Album Of All Time)
Aku beli CD ini kalau tak silap aku dalam bulan Oktober tahun lepas di Kedai CD/DVD Speedy @ Imperial Mall, Miri. Aku ke sana sebenarnya atas urusan rasmi, akan tetapi disebabkan ada kelapangan masa di waktu malam, aku sempat ronda2 di pusat membeli-belah berkenaan. Aku beli pun masa ada promosi dan diskaun, so boleh dikatakan rezeki jugak la haha. CD untuk album "Thriller" ini pun harganya tidaklah sampai RM50, dan lebih membuatkan ianya berbaloi untuk dibeli ialah, ianya disertakan sekali dengan DVD percuma yang merangkumi 3 video muzik dari album tersebut iaitu "Thriller", "Beat It", "Billie Jean" serta persembahan legenda beliau ketika Motown 25: Yesterday, Today and Forever" (melalui persembahan ini jugalah MJ memperkenal kepada dunia tarian "Moonwalk" nya)

Ini merupakan CD album "Thriller" Edisi 25th Anniversary yang disertakan sekali dengan DVD bonus tersebut

Tracklist dalam CD Audio nya ialah:
  1. Wanna Be Startin' Somethin'
  2. Baby Be Mine
  3. The Girl Is Mine (feat Paul McCartney)
  4. Thriller
  5. Beat It
  6. Billie Jean
  7. Human Nature
  8. P. Y. T. (Pretty Young Thing)
  9. The Lady In My Life
  10. Vincent Price Excerpt (from "Thriller" Voice-over Session)
  11. The Girl Is Mine (Remix feat Will.i.am)
  12. P. Y. T. (Remix feat Will.i.am)
  13. Wanna Be Startin' Somethin' (Remix feat Akon)
  14. Beat It (Remix feat Fergie)
  15. Billie Jean (Remix feat Kanye West)
  16. For All Time (unreleased track - lagu yang agak unik, slow tempo...mcm mana lagu ni tak diletakkan masa 1st release dulu?Lagu ni layan jugak woo haha)
Rasa2nya aku pernah sebut dahulu yang band ayah aku pernah perform bawak lagu "Billie Jean" dalam entri yang lepas (sila rujuk post Dekad 80'an: Bapak Aku dan Band Beliau "The Glass Bubbles")

T-Shirt Michael Jackson Yang Lain
Aku beli 2 helai t-shirt MJ iu ni masa Borneo International Kite Festival (festival layang2 antarabangsa yang diadakan satu tahun sekali di tempat aku ni), di gerai2 pameran yang disediakan. Harga t-shirt ni masa aku beli pun tak la mahal sangat dan ianya merupakan harga yang agak best tahap cipan bagi aku (hanya berharga RM10 sahaja), tapi yang anehnya tag pada t-shirt ini ialah Hanes dan Made in China. Kan sepatutnya tag jenama begini harganya mana ada kurang dari RM50? Ermmm...entahla, mungkin diorang penjual tu letak harga sembarangan agaknya. Anyway, kira rezeki juga la dapat harga sebegitu.


Dua t-shirt yang aku maksudkan iaitu design cover album "Thriller" dan "MJ Dancing"

Sesungguhnya pemergian beliau pada 25 Jun 2009 amat dirasai oleh semua semua penduduk dunia terutamanya die-hard fans beliau. MJ merupakan idola aku ketika kecil (dan masih lagi sehingga sekarang), his music changes the world pop culture. Aura dan hasil kerja beliau masih dihargai dan diminati sehingga kini. Aku ni tak juga boleh dikategorikan sebagai kipas-susah-mati (die hard fan) MJ, akan tetapi kalau ada masa dan kelapangan terjumpa barangan2 memorabilia beliau, nescaya aku akan membelinya jika harganya berpatutan.

P/S: Boleh ka bawak lagu "Smooth Criminal" versi Alien Ant Farm masa sesi jamming Hepi ;) Metuk Ulau Projekt lain kali? bro Ijau dan Korawk...amacam?

Friday, January 6, 2012

Top 5 Guillermo Del Toro's Best Movies (Dari Persepsi Aku)

Guillermo Del Toro

Guillermo Del Toro, mungkin nama ini agak asing di kalangan peminat filem negara kita. Namun di peringkat antarabangsa, pengarah / penerbit filem yang berasal dari Mexico ini telah menempa nama beliau sebaris dengan pengarah2 tersohor yang lain seperti James Cameron, Peter Jackson, George Romero dan sebagainya melalui filem2 nya. Antara ciri-ciri menarik yang sentiasa menonjol di dalam filem beliau ialah kesan khas pada make-up, animatronik, CGI yang bercirikan gothic serta storyline yang lain dari filem horror yang lain.

Selain daripada itu, apa yang membezakan beliau dari pengarah2 lain dari genre tersebut ialah pembabitan beliau secara keseluruhan dalam pembikinan filem. Selain menjadi pengarah dan penerbit, beliau juga bertanggungjawab dalam pembikinan creatures dan kesan khas pada make-up pelakon2 nya. Seperti pengarah lain yang mempunyai pengkalan pra-produksi untuk pembikinan filem (Peter jakson dengan Weta Workshop nya, George Lucas dengan LucasFilm nya dan Steven Speilberg dengan Amblin Entertainment nya), Guillermo juga mempunyai syarikatnya sendiri iaitu Mirada (anak syarikat untuk sebuah company besar iaitu Motion Theory).

My Top 5 Guillermo Del Toro's Best Movies!

1. Blade 2 (Released in 2002)

Filem ini merupakan sequel kepada movie pertamanya iaitu Blade. Filem lakonan Wesley Snipes ini telah mencecah box-office pada awal tayangannya (dalam jangkamasa seminggu sahaja) di Amerika Syarikat. Hasil kutipan sebanyak $85 juta plus plus haha. Apa yang menarik tentang sequel ini ialah creature vampire yang diketengahkan dalam filem ini, ianya menyerupai Nosferatu (watak vampire pertama dalam sejarah layar perak di Barat) dan seperti efek yang digunakan dalam filem Predator, watak tersebut mempunyai bukaan mulut pada 2 penjuru (lihat pic di bawah) berbanding Predator yang lebih kepada 4 penjuru!

Guillermo terpaksa menolak tawaran untuk pembikinan filem seterusnya "Blade : Trinity" kerana komitmen yang perlu diberi perhatian pada filem arahannya iaitu "Pan's Labyrinth"


Poster Rasmi Untuk Filem "Blade 2"

Ini merupakan hybrid vampire yang dimaksudkan, perhatikan kesan khas pada make-up!


Movie Trailer Untuk Filem "Blade 2"

2. El Orfanato a.k.a. The Orphanage (Released in 2007)
Filem yang menggabungkan produksi dari 2 negara ini (Mexico dan Spain) merupakan filem arahan J. A. Bayona. Manakala Guillermo hanya bertindak sebagai penerbit eksekutif sahaja, akan tetapi, walaupun begitu, beliau masih terlibat dalam pra-produksi filem berkenaan yang masih mengekalkan signature yang ada pada beliau iaitu PG Rated (13 Years Old and Above) horror dan sedikit nilai kenaifan pada watak2 dalam movie tersebut. Seperti pengarah2 sebelumnya, kini sudah tiba Guillermo mencuba nasib menjadi sebagai seorang penerbit pula.

Ianya mengisahkan tentang Laura dan keluarganya yang baru berpindah ke sebuah mansion yang dahulunya merupakan sebuah rumah anak yatim, tempat Laura dibesarkan bersama kanak2 yang lain. Selang beberapa hari di rumah tersebut, beberapa kejadian aneh berlaku dan mereka dihadiri oleh beberapa susuk-susuk tubuh yang sudah lama menetap di situ.

Antara watak yang memorable di dalam filem ini ialah seorang kanak-kanak yatim piatu yang mempunyai kecacatan di muka dan sering membalut mukanya dengan guni! Watak ini semakin horror dirasai apabila kanak2 tersebut membuka sarung guni di kepalanya! Revealing his true nature of monster face!


Poster Rasmi Untuk Filem "El Orfanato"

Inilah kanak-kanak cacat yang dimaksudkan


Movie Trailer Untuk Filem "El Orfanato"


3. Don't Be Afraid Of The Dark
Sekali lagi memegang tanggungjawab sebagai penerbit eksekutif, kali in beliau bergabung dengan seorang pengarah muda iaitu Troy Nixey yang juga seorang comic book artist. Filem yang dibintangi oleh Katie Holmes dan Guy Pearce ini, mengisahkan tentang dua pasangan yang terlibat dalam bidang interior design rumah telah membeli sebuah mansion lama yang telah dibini sejak dari abad ke 19 lagi. Seperti filem "El Orfanato" juga, semenjak pasangan tersebut mendiami rumah tersebut bersama anak perempuan kepada watak Guy Pearce iaitu Sally, beberapa kejadian aneh telah berlaku. Cuma kali ini ianya melibatkan sejenis creature yang telah lama menghuni rumah agam tersebut.

Antara watak yang menarik dalam filem ini ialah beberapa creatures yang dipanggil Tooth Fairies (rupa mereka seakan2 Goblin yang mempunyai muka bengis dan gigi berceracak) yang hanya hidup dengan memakan gigi kanak-kanak dan merupakan penghuni2 terawal di dalam rumah agam dalam filem tersebut. Pada awal filem nya memang nampak biasa, cuma yang menjadi penambah thrill dalam filem ini ialah kenakalan dan kejahatan yang dilakukan oleh watak Tooth Fairies tersebut.

Poster Rasmi Untuk Filem "Don't Be Afraid Of The Dark"

Watak Tooth-Fairies yang terdapat di dalam filem ini

Untuk menonton trailer filem ini, sila klik di entri saya yang sebelumnya yang berjudul "Movie Trailer : Don't Be Afraid Of The Dark (2011)"

2. Pan's Labyrinth (Released in 2006)
Sebuah lagi produksi filem yang berkolaborasi di antara 2 negara iaitu Mexico dan Spain (selain daripada filem El Orfanato), pada filem ini, Guillermo memegang tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip pada filem ini. Berkisar tentang watak seorang anak tiri kepada seorang Kapten Tentera dari pihak Falange (sebuah kuasa kerajaan Sepanyol yang berpaksikan Fascism) yang bernama Ofelia yang dipaksa berpindah ke rumah ayah tirinya. Filem yang berlatar belakangkan perang saudara yang pernah berlaku di Spain sekitar 1930'an dahulu, filem ini menggabungkan elemen fantasi apabila watak Ofelia bertemu dengan seekor creature yang bernama Pan di dalam sebuah Labyrinth lama, terletak tidak jauh dari rumah agam kepunyaan ayah tirinya.

Walaupun ramai pengkritik filem berpendapat bahawa filem ini merupakan susulan kepada filem Guillermo yang terdahulu iaitu "The Devil's Backbone" cuma yang membezakan filem ini ialah watak2 fantasi yang terdapat di dalamnya. Antara yang paling menyerlah ialah Pan itu sendiri yang bertindak sebagai narrator sepanjang movie berkenaan dan kawan karib kepada watak utama iaitu Ofelia.

Poster Rasmi Untuk Filem "Pan's Labyrinth"

Watak "Pan" yang dimaksudkan yang diambil dari mitos Greek

Finally! The No. 1 Goes to... Hellboy Movie Series!
Yup! Inilah filem2 yang patut berada di atas senarai. Kedua2 siri filem Hellboy ini diarah, ditulis dan direka (dari segi kesan khas dan CGI) oleh Guillermo sendiri. Hellboy merupakan watak hero komik ciptaan Mike Mignola yang kemudiannya berkerjasama dengan Guillermo dalam penulisan skrip bagi kedua2 filem tersebut.

Hellboy (Released in 2004)
Filem ini merupakan sesi pengenalan kepada watak Hellboy (lakonan Ron Perlman) khususnya serta watak2 yang lain Abe Sapien serta teman hidupnya iait Liz. Untuk sinopsis lengkap sila klik di sini (aku malas nak tulis panjang2 pasal plot cerita ni, tak cukup satu entri dibuatnya).

Poster Rasmi Untuk Filem "Hellboy"

Antara watak yang cool dalam filem ini ialah Kroenon (pic di atas) sebuah robot mekanikal yang powered by evil spirit dan boleh bertindak sebagai askar ala ninja

Hellboy II : The Golden Age
Sebagai sequel kepada filem terdahulunya iaitu Hellboy, filem ini menjanjikan jalan cerita yang menarik ditambah pula dengan penambahan karakter baru serta creatures yang mengagumkan dan mengerikan! Sekali lagi geng2 dari Bureau for Paranormal Research and Defense (B.P.R.D.) beraksi dalam menentang penjahat2 serta mahkluk2 yang ingin mengancam ketenteraman dunia. Antagonisnya pada filem kali ini ialah Prince Nuada, anak kepada King Balor, datang dari kelompok makhluk halus yang berbentuk Elf. Penyebab kepada berlakunya perbalahan di antara Red (nickname untuk Hellboy) dan Prince Nuada ialah, Prince Nuada merasakan manusia telah mengancam habitat kaum Elf ini dan ingin menghancurkan mereka akan tetapi dihalang oleh Red selaku hero kepada kaum manusia (walaupun hakikatnya Red tetap anak dajal yang ditakdirkan untuk menghancurkan bumi pada hari kiamat - ni mengikut jalan cerita ni la, takder kaitan dengan mana2 agama pun).


Poster Rasmi Untuk Filem "Hellboy II : The Golden Age"


Antara creature yang menarik dalam filem ini ialah "The Angel Of Death" lakonan Doug Jones yang juga memainkan watak Abe Sapien





Trailer Rasmi Untuk Filem "Hellboy II : The Golden Age"

P/S: perghh letih jugak nak siapkan entri ni, anyway kepada peminat Hellboy sekalian, jangan risau, dikhabarkan selesai sahaja Guillermo Del Toro menyiapkan filem The Hobbit (dijangka akan rilis pada tahun 2012 ini) beliau bersama Mike Mignola akan kembali menyelesaikan skrip untuk part 3 yang dah lama terbengkalai.

Wednesday, January 4, 2012

Dekad 80'an : PREDATOR Movies And How It Effected My Life!

The First Movie Will Always Be The Best!

Kepada mereka yang sebaya dengan aku, anda mungkin masih teringat situasi ini masa kecil2 dahulu semasa asyik menonton movies di TV dahulu. Kalau kita imbas kembali, TV2 (iaitu RTM Siaran 2) pernah mempersembahkan beberapa slot movies untuk genre aksi setiap hari khamis malam jumaat (kadang2 ianya disponsor oleh syarikat rokok haha). Seringkali juga disiarkan filem2 hebat masa dahulu seperti First Blood, Rambo 2 & Rambo 3 (lakonan Sylvester Stallone) serta Commander, Terminator 1, dan semestinya Predator (lakonan Arnold Susah-nak-eja ops salah Arnold Schwarzenegger). Ya! Mungkin ramai yang akan berkata, Predator 2, Alien Vs Predator, AVP Requiem dan Predators lagi best tapi, harus diingat, franchise pertama (Predator 1) inilah yang memulakan sensasi kepada persepsi masyarakat tentang makhluk asing yang ganas bernama PREDATOR ini!

Poster Rasmi Untuk Filem "Predator" Lakonan Arnold Schwarzenegger

PREDATOR (diriliskan pada tahun 1987)
Rasa2nya aku pertama kali menonton filem ini kalau tak silap aku dalam tahun 1989 (masa tu aku masih darjah 2) lepas balik dari kelas karate waktu malam (haha agak cliche untuk kanak2 zaman aku). Apa yang membuat aku terpesona dan hampir tidak terkebil2 mata menonton filem ini ialah storyline nya. Skrip filem ini dibuat oleh dua orang adik beradik berbakat dalam penulisan skrip kreatif iaitu Jim dan John Thomas. Pada era 80'an dahulu, cerita sebegini yang mencampurkan elemen aksi, adventurous dan horror cukup popular ketika itu.

Siapa boleh lupa dengan watak yang dibawakan Arnold dalam filem ini iaitu Mejar Dutch yang selaku menjadi ketua kepada geng2 komando untuk misi menyelamatkan seorang menteri dari tahanan sebuah pasukan gerila di Val Verde, Guatemala. Lepas itu, part yang paling suspense ialah apabila sorang demi sorang daripada geng2 komando tersebut mati dalam keadaan mengerikan setelah selesai menyelesaikan misi berkenaan. Part paling climax dalam filem ini ialah di penghujungnya apabila Mejar Dutch bertarung dengan makhluk Predator tersebut di dalam kawasan paya pada waktu malam, lepas tu, kompem la Predator tu kalah (takkan hero plak mati!) part paling canggih ialah apabila Predator tersebut show-off alat timing bomb nya sambil ketawa dalam keadaan mengerikan!

Ramai yang tidak mengetahui bahawa makhluk Predator ini direka oleh Stan Winston Studio yang juga bertanggungjawab mereka beberapa creatures dan special make-up effect untuk beberapa filem ternama seperti Alien, Aliens, Terminator, Edward Scissorhands, Jurassic Park, End of Days dan bermacam2 lagi filem yang melibatkan penggunaan animatronik serta kesan khas yang lain. Apa yang menjadi trademark kepada rekabentuk pada muka Predator ialah belahan 4 penjuru pada mulutnya dan rambut dreadlock! (inspirasi mungkin diambil dari wajah Bob Marley kot haha)

Rekaan asal untuk makhluk Predator (pic cilok dari Todd Mcfarlane Website)

Beberapa fakta menarik tentang filem tersebut:
1. Tajuk asal untuk filem ini sebenarnya ialah "The Hunter"
2. Watak Predator dalam filem ini sebenarnya dilakonkan oleh Jean-Claude Van Damme, akan tetapi beliau menolak tawaran tersebut di saat akhir atas alasan kustom tersebut "terlalu panas dan lembik" (dasar ego seorang action superstar!)
3. Semasa sesi pengambaran dilakukan di kawasan hutan Mexico, kebanyakan krew serta pelakon ekstra mengalami penyakit Diarrhea (cirit-birit) yang teruk akibat daripada bekalan air yang tidak bersih
4. Wajah Predator sepatutnya menyerupai itik!
5. Pengarahnya, John McTiernan pernah menjadi orang yang dikehendaki oleh FBI!
6. Sampai ke hari ini, kita masih tidak tahu apa nama yang spesifik untuk makhluk asing yang hanya digelar "Predator" ini (asal dari planet mana, spesis apa)


Trailer Rasmi Untuk Filem "Predator" (1987)

Predator in my day-to-day life!
Kira2 dua hari lepas, aku terserempak dengan sebuah kereta Mitsubishi Lancer yang mempunyai lukisan (teknik air-brush) Predator di atas bonnet depan nya. Dalam hatiku berkata, mesti orang yang empunya kereta ni memang die-hard fan untuk filem Predator haha. Tapi tak kesah la, janji aku dapat ambil pic yang eksklusif ni (lihat pic di bawah) untuk aku share di dalam blog. Boleh tahan juga la design Predator ni!

Kereta Mitsubishi Lancer yang aku cakap tadi!

Dalam tahun lepas juga, apabila orang lain tengah sibuk bershopping di shopping mall beberapa hari sebelum Hari Raya, aku pulak TERbeli t-shirt Predator (lihat pic di bawah) sebab design nya cantik dan awesome! Tag tee ni ialah Heavy Metal (tak pernah aku dengar pun, mungkin production dari Siam kot) dan bersize L. Aku beli t-shirt ni di kedai REMIX di Parkcity Mall (di Bintulu, Parkcity Mall ni ajer la Shopping Complex yang kami ada huhu sedihnya)

T-shirt Predator yang aku maksudkan tu! Awesome!

P/S: Azam tahun baru = nak kumpul action figure Predator? Ermmm....tengok la dulu. Kang tak pasal2 kena buang dalam tong sampah oleh orang rumah aku haha takut malaikat tak nak masuk rumah katanya.

Monday, January 2, 2012

NEW YEAR'S BUSKING DAY OUT! Bersama Bintulu Buskers & Rakan-Rakan!

It's Busking Day Out For The New Year of 2012!!

Beberapa hari sebelum masa kejadian (Busking Day Out), saudara Marus Kamaruddin a.k.a. Barangkali Marus @ Ruska Marus, telah menyiarkan sebuah poster mini yang menyatakan info tentang gathering para-para buskers yang ada di Bintulu pada tarikh keramat iaitu 1 Januari 2012 (Hari pertama dalam tahun 2012). Tempat yang dicadangkan ialah Bintulu Waterfront Promenade dan akan bermula pada pukul 4:30 petang (janji Melayu). Saudara Marus yang juga merupakan antara ahli-ahli terawal dalam komuniti buskers ini juga (melalui poster tersebut) mempelawa sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai aktiviti sihat sebegini agar datang pada tempat dan masa yang ditetapkan melalui laman web Facebook (group Bintulu Buskers)

Sepertimana yang pernah aku terangkan dalam entri yang lepas (rujuk entri Another Year Gone By 2011, Here Comes 2012!), Bintulu Buskers merupakan sebuah komuniti yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Bintulu. Berteraskan muzik akustik dan lagu2 rakyat, komuniti ini telah mengumpul ramai pengikut yang terdiri daripada remaja-remaja yang berminat ke arah muzik berbentuk busking. Selain menjayakan acara2 seperti jamuan makan malam, resepsi perkahwinan, persembahan di event2 kerajaan/swasta, mereka juga sering mengadakan sesi busking di Bintulu Waterfront Promenade (tempat yang akan diadakan New Year's Busking Day Out itu).

Aku datang agak awal pada petang itu (1 Januari 2012) kira2 dalam pukul 4:15 begitu, bersama anakku Ainul Maisarah dan 2 orang lagi anak buahku. Tidak lama kemudian, disusuli pula dengan beberapa rakan buskers yang lain. Di bawah merupakan beberapa aksi yang sempat diambil melalui kamera digitalku.

My dear Ainul Maisarah (kiri) bersama anak buahku Aida Syamimi (kanan)

Sebelum ketibaan para buskers, aku sempat bermain dengan Ainul dan Aida, siap bawak basikal pink Ainul lagi tu, ronda2 dalam kawasan waterfront tu ajer

Tepat pukul 4:45 petang (sepatutnya start pukul 4:30 pm haha) kami para2 buskers memulakan sesi busking


Antara lagu2 yang didendangkan pada petang tersebut ialah:
  1. Anak Kampung (dari Jimmy Palikat)
  2. Gadis Sarawak (dari Hasnol - famous semasa awal dekad 90'an dulu)
  3. Munajat Cinta (dari The Rock - projek band Ahmad Dhani dari Dewa 19)
  4. No Woman No Cry (dari Bob Marley)
  5. Ikhlas Tapi Jauh (dari Zainal Abidin)
  6. Sungai Lui (dari Aizat - lagu ni setengah jalan saja sebab ramai yg tak hafal lirik haha)
  7. Bidadari (dari Cozy Republic - sebuah band reggae dari Indonesia)
dan banyak lagi lagu yang aku dah tak ingat tajuknya...

Aku (paling kiri) bersama Ukulele Samick (Greg Bennett Model UK 50) ditemani dengan rakan2 buskers yang lain (dari kanan: Hazzika, Chas dan Rezal)

Saudara Hazzika (paling kiri), Es Oasis (tengah) dan Naqie (paling kanan) sedang asyik mendendangkan lagu "No Woman No Cry" - wajah brader Nasuki terlindung oleh kepala gitar (paling kanan sekali)

Wajah buskers yang santai dan girang menghiburkan pelawat2 yang datang ke Waterfron pada petang tersebut, paling kanan sekali ialah Ustaz Norudin a.k.a. Ustaz Cahaya yang juga rakan blogger (tak sangka ustaz pun sudi join aktiviti begini, ini maknanya busking is not a crime...haha)

Kelihatan bro Iskandar (dua dari kanan) sedang asyik memukul Djembe kepunyaan saudara Marus Kamaruddin. Juga boleh dilihat dari belakang, pelawat2 sedang asyik memerhati kami haha

Pandangan hadapan: Di sinilah (bulatan kompas @ Bintulu Waterfront Promenade) kami para-para buskers berkumpul hampir setiap minggu jika ada masa terluang, untuk menghiburkan para pengunjung yang datang sambil mencungkil bakat masing2 dalam seni persembahan muzik akustik (pic diambil atas izin oleh saudara Es Oasis)

Tabir senja sudah tiba, jam menunjukkan pukul 6 petang. Aku terpaksa membawa anak dan nieces aku balik ke rumah. Tanggungjawab seorang ayah la katakan haha...anyway sesi busking tamat sebelum maghrib (seperti biasa), thanks for the experience, guys!


P/S: Jutaan terima kasih aku tujukan kepada rakan buskers yang sudi mempelawa aku untuk join sesi busking ini (saudara Hazzika, Marus, Chas, Es, Nasuki, Naqie, Acim, Rezal, Iskandar, Ustaz Norudin dan yang lain yang mungkin aku lupa nama mereka...i'm sorry). Kepada rakan blogger yang lain, inilah kami yang sebenar. Walaupun sudah meningkat usia, perjuangan dalam bidang seni masih belum selesai. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Sila beri tunjuk ajar jika kami melakukan kesalahan dan sebagainya. Bro Kaboi Tanduk, hope you like this one!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...