Friday, February 14, 2014

CD Review : Cypress Hil III - Temples Of Boom (1995)

Do You Wanna Spark Another Owl?

CD Cypress Hill III : Temples Of Boom (1995)

Ok kalau bercerita tentang muzik hip hop ni, aku rasa ramai yang akan kurang berminat untuk ambil tahu. Tapi aku sebagai pendengar muzik yang universal (hampir-hampir la), rasanya muzik sebegini tiada masalah untuk dihadam ke telinga aku. Lagipun pada penghujung dekad 80'an dahulu pun, semasa masih budak dulu aku memang minat dengan Vanilla Ice dan MC Hammer. Aku mengaku, tak berselindung dengan hal sebegini hahaha.

Sekali imbas pada cover CD ini, orang akan ingat yang ni band black / death metal

Tapi ada kelainan yang aku rasakan ada pada Cypress Hill. Pertama kali aku tahu tentang Cypress Hill ialah semasa album keempat mereka yang bertajuk IV (rilisan tahun 1998) dengan singles mengancam mereka seperti Tequila Sunrise dan Doctor Greenthumb. Pada awal kemunculan mereka dahulu di permulaan dekad 90'an, mereka sudahpun melangkaui sempadan dunia muzik rap apabila menyertai festival muzik rock seperti Lollapalooza (selama 2 tahun berturut-turut iaitu 1992 & 1993) serta Woodstock '94 dan berkolaborasi dengan band2 seperti Pearl Jam dan Sonic Youth (boleh rujuk OST filem Judgment Night). Berbalik kepada cd ini, Temples Of Boom merupakan album ketiga untuk Cypress Hill. CD ini juga aku beli dari saudara Ahmad Blitzenius melalui page facebook beliau dengan harga yang berpatutan.

Ianya mempunyai 15 tracks kesemunya

Aku suka tengok setem "Cannabis Indonesia" tu, macam betul pun ada

Album ketiga ini mempunyai elemen muzik yang mengkhayalkan (dibawah pengaruh marijuana), depressive, agak perlahan (hampir2 menyerupai doom kalau ikut terma muzik rock) dan diadun dengan sampling2 dan sound yang menyeramkan (di ambil dari kebanyakan filem horror Hollywood). Orang yang bertanggungjawab dalam membuat mixing muzik sebegini ialah DJ Muggs yang juga merupakan co-founder band hip hop ini. Rapping frontman untuk band ini iaitu B-Real juga menunjukkan sifat negatif yang ketara berbanding 2 album sebelumnya yang agak mainstream dan radio friendly. B-Real mengekspresikan dirinya dengan berkata tentang isu bunuh diri, hisap ganja sampai tak ingat dunia, hidup dalam keganasan yang selubungi gangsterisme (harus diingat, mereka ini ada affiliate dengan beberapa kumpulan gengster chicanos di tempat asal mereka iaitu South Gate, California.

Kalau kita perhatikan di atas itu ialah logo Soul Assasins, satu komuniti rappers/DJ yang ditubuhkan oleh mereka

Secara peribadinya aku minat dengan lagu Illusions (lagu paling depressive yang pernah mereka hasilkan), Throw Your Set In The Air dan Boom Biddy Bye Bye. Lagu "No Rest For The Wicked" pula menceritakan tentang feud mereka terhadap seorang lagi hip hop legend iaitu Ice Cube. Kemunculan album ini juga di tengah-tengah hype muzik grunge pada masa itu dan ini membuatkan muzik mereka mudah diterima di kalangan peminat muzik rock (specifically grunge).

Cypress Hill - Illusions

Cypress Hill - Throw Your Set In The Air (Official Music Video)

Cypress Hill feat. Fugees - Boom Biddy Bye Bye (Official Music Video)


9 comments:

  1. tak berapa masuk sangat dengan rap ni...walaupun dulu pernah juga cuba dengar N.W.A., Public Enemy,4U2C,Nico, Feminin dan Res2...heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo gamgsta rap ni selalu dengar sekali lalu je..tapi yang paling unik band body count (rap+ heavy metal)banyak band2 metal puji diorang ni dulu yg di terajui oleh Ice T

      Delete
    2. Satu lagi tetinggal bro.. KRU! Heheh

      Delete
    3. Ice T legend bro...sekarang dah jadi pelakon tv series...hehehe

      Delete
    4. Erkkk...adik beradik KRU dah jadi jutawan sekarang.

      Delete
  2. Mula2 dulu aku ingat Cypress Hill ni pompuan. Rupanya nama group.

    Fugees, aku minat jugak. Ada kot beli cd dorang dulu, ke tak? ke donlod je. Dah lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fugess antara band hip hop yg versatile dan ada street credability...wyclef jean (frontman) memang seorang musician, bukat setakat rapper saja malah dia ni terer main gitar, blues rock punya orang ni...

      Delete
  3. album ke-2 diorang black sunday still terbaik.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...