Monday, February 17, 2014

Gambus (Arabic Oud) : Penambahan Terbaru Dalam Koleksi Alat Muzik Aku Tahun Ini

Gambus (Buatan Indonesia)

Gambus 5 Tali dengan ukiran motif Arabic Oud di badan gambus tersebut

Kepala

Fretless Neck

Gambus atau qanbūs (Bahasa Arabالقنبوس‎ ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Sachs berpendapat nama gambus datang dari komuz Turki tetapi ia lebih mirip oud.[1] Terdapat 12 tali (sekarang nylon) yang dipetik menggunakkan plektrum, seperti gitar. Walau bagaimanapun, tidak seperti gitar, gambus tiada mempunyai fret (bilah penentu ruang nada pada alat tali). Kepopularannya merudum pada awal abad ke-20 semasa pemerintahan Imam Yahya, imam mazhab Zaidi dan seorang pemerintah Yemen. Bermula abad ke-21, gambus diganti oud sebagai alat pilihan pemain lut Timur Tengah.
Gambus popular di negara-negara Asia Tenggara seperti MalaysiaBrunei dan Indonesia. Gambus mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara Islam. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauanComoros dan gabbus di Zanzibar.
Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.
( Sumber : Wikipedia )

16 comments:

  1. Replies
    1. Add app kat google stoe yg function jadi Oud Tuner...mudah diguna.

      Delete
    2. bkn, maksud aku tuning apa yg dipakai... std mcm gitar atau ukulele atau lain tuning?

      Delete
    3. C F A D G C, standard Arabic tuning. Memandangkan aku cuma ada 5 tali jadi ianya C F A D G sahaja. Tak sama dengan gitar mahupun ukulele.

      Delete
  2. I wish I have all these opportunities. Bila aku dengar cd Maman Teachers Pet terbaru tu, biar betik gambus player dia gentel in out in out.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nama lagu dia bro? Macam best jer....kena study ni

      Delete
  3. dulu2 belah Johor time kerja kawin selalu gak jemput ghazal...so selalu gak dapat nengok org main ghazal secara live...sekarang takder dah...nak cari org pandai main gambus pun macam dah susah dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal bro, aku beli gambus ni pun sebab aku taknak irama ghazal/qasidah/marhaban hilang ditelan zaman. Dah lama aku target nak beli ni, sebab minat dgn qasidah jugak. Lagipun sesuai jugak untuk buat busking ni kalau kena dgn lagu nya. Kalau tak silap aku, gambus Johor memang bagus buatan nya, lebih bagus dari yg aku beli ni disebabkan pemilihan kayu dia.

      Delete
  4. Tetiba teringat intro Ali Baba - Rusty Blade.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12 string pun ada eh?boleh solo sekali ke tu

      Delete
    2. Yang 12 string tu rare dan harga memang mahal....kalau tak silap negara di Eastern Europe byk guna oud yg mcm tu...

      Delete
  5. Bape rm sebijik gambus tu bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang rm3xx mcm tu la...tak la mahal sangat

      Delete
    2. kat mane nak beli ek gambus nie klu dlm 3rat rase ok ok~

      Delete
  6. Salam...sya di bintulu jugak....saya ada gambus sama dengan kepunyaan tuan....baru blajar main...ade mase jom kite jamm

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...