Friday, February 21, 2014

Latihan Qasidah Bersama Rakan-Rakan Di Masjid At Taqwa, Bintulu.

Ya Hanana...

Pada hari khamis malam jumaat minggu lepas (bersamaan dengan 13 Februari) aku telah menghadiri satu sesi latihan qasidah dan berselawat bersama rakan-rakan bertempat di Masjid At Taqwa. Masjid ni tidak jauh dari rumah sewa lama saudara Ijau dahulu. Aku pun tidak berapa tahu sejak bila surau ini telah dinaikkan status menjadi masjid tapi yang pastinya sebelum ini memang ianya boleh dikategorikan sebagai surau berjumaat (status surau yang seringkali mengadakan solat jumaat berjemaah) tapi yang pastinya kedudukan tempat ini memang strategik oleh kerana ianya terletak di antara pusat bandar dan kawasan perumahan.

Beberapa sahabat-sahabat yang sedang berlatih 

Aktiviti ini dijalankan sejurus selesai sesi makan-makan selepas solat Isyak berjemaah

Berbalik kepada cerita pasal sesi latihan qasidah tadi, aku sampai di sana agak lewat sebenarnya, kira-kira pukul 8:30 malam selepas solat Isyak. Sesampainya aku di masjid berkenaan, kumpulan qasidah sudahpun membuat latihan diiringi oleh beberapa sahabat dari UG music scene Bintulu contohnya geng2 Bintulu Buskers hehehe. Pasukan ini tertubuh setelah selesainya majlis Bintulu Berselawat yang beramai-ramai dahulu. Pada masa itu kumpulan Al Mawlid juga datang bagi menjayakan majlis tersebut.

Beberapa rakan dari Bintulu Buskers juga ikut serta dalam aktiviti ini

Kebanyakan geng kami cuma jadi tukang pukul saja pada malam itu

Sayang betul aku masih tak berapa hafal beberapa qasidah di dalam sesi latihan ini. Syok juga bermain alatan muzik berbentuk percussions semasa sesi latihan ini juga. Ada beberapa lagu qasidah yang aku familiar contohnya Ya Hanana dan Tholama Asyku Ghoromi (ada track ini di dalam album pertama kumpulan Al Mawlid.

Kanak-kanak juga turut serta dalam aktiviti sebegini

Banyak manfaat sebenarnya jika kita menyertai aktiviti berselawat dan qasidah ini. Ini boleh juga  menjadi satu penyebab untuk lidah kita membiasakan diri memuji Allah dan berselawat ke atas rasul terakhirnya iaitu Nabi Muhammad. After all, di Padang Mahsyar kelak, Rasulullah akan memberi syafaat ke atas umatnya yang sentiasa berselawat ke atasnya. InshaAllah suatu hari nanti aku akan berjaya menghafal beberapa lagu qasidah ini sambil diiringi oleh bunyian seruling dari saudara Barangkali Marus dan juga petikan gambus. InshaAllah doakan saja ya.

Habib Syech As Seggaf - Ya Hanana

Al Mawlid - Tholama

8 comments:

  1. klu tak silap, surau attaqwa naik status jadi masjid sekitar julai 2011

    lain cerita, aku pun bercadang memasukkan lirik2 ketuhanan dalam beberapa lagu yg aku dan azrol compose

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lagi kejayaan untuk MUP iaitu membuat lagu sendiri...lirik lagu ketuhanan la yang paling sesuai, sama seperti yang pernah dibuat oleh band2 rock dulu2

      Delete
  2. Replies
    1. inshaAllah next session nanti aku akan ambik video

      Delete
  3. Aku respek kat geng2 korang ni..selain aktif muzik,aktif juga dalam hal2 agama..terbaik adi

    ReplyDelete
  4. Tulisan yg agak ringkas tok rus, bukan bahan ilmiah pun hahaha....

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...