Monday, February 24, 2014

CD Review : The Crow OST (1994)

It Can't Rain All The Time...


 CD The Crow Original Soundtrack

Cd ini aku beli melalui Jualan Mega-sale yang dibuat oleh Doc Ben (empunya blog Krenmaut). Sebenarnya ada lagi beberapa CD yang aku beli dari beliau tapi yang itu aku buat review lain kali la. Tak perlu nak kejar dateline sangat (erkk ada dateline ke untuk tulis kat blog?). Sebaik sahaja aku tengok title cd ni dalam list yang dijual tu, aku tak berfikir panjang seterusnya buat urusan pembelian takut nanti dikebas orang pulak. Nasib sempat siot. Lagipun dah lama juga aku mengidam nak dapatkan cd OST The Crow ni. Aku cuma familiar dengan beberapa lagu sahaja dari OST ini.

Inlay & CD

Atas CD pun ada printed muka Eric Draven jugak

Sebelum ini aku sudah pun memiliki beberapa merch The Crow seperti action figure, tshirt dan komik. Tapi cd OST ni memang susah betul nak dapat. Aku bukan reti sangat guna eBay. Balik2 aku search kat mudah.my ataupun melalui orang perseorangan yang jual cd melalui facebook. Berbalik kepada topik cd tadi, aku rasa memang ramai yang dah tahu pasal movie ni kan? Ini merupakan filem terakhir mendiang Brandon Lee sebelum beliau mati tertembak semasa shooting filem ini. Filem ini merupakan adaptasi dari komik ciptaan James O Barr dan ianya disusuli dengan moie sequel yang panjang dan makin mengarut. Kalau tak silap The Crow pun ada dibuat TV series (The Crow : Stairway To Heaven) yang dibintangi oleh Mark Dacascos dulu (epic fail!). As  a fan, I still prefer the original version which include the character of Eric Draven and his endless vengeance.

Terdiri daripada 14 buah lagu kesemuanya

Track pertama dalam OST ini dimulakan dengan lagu "Burn" dari The Cure. Setiap kali aku dengar lagu ini, dengan intro bunyian seruling tiupan Robert Smith yang out-of-tune tetapi menyeramkan itu, aku akan kembali mengingati scene di dalam filem ini di mana burung gagak (boleh dikatakan macam guardian angel la untuk watak Eric Draven lakonan Brandon Lee) sedang terbang di langit mengelilingi bandar Detroit yang di dalam kebakaran, menunggu masa untuk menghidupkan Eric Draven kembali dari kubur! Oh ya, James O Barr juga merupakan big fan kepada band The Cure. OST ini mempunyai 14 buah lagu kesemuanya yang mempunyai artis pelbagai genre seperti Stone Temple Pilots, Nine Inch Nails, Rage Against The Machine, Rollins Band, Helmet (aku suka band ni, pengaruh besar dalam muzik Korn), Pantera, The Jesus And Mary Chain (antara band penting dalam 2nd Revival Of British Invasion sekitar awal dekad 90'an dahulu) dan banyak lagi. Lagu penamat OST ini iaitu "It Can't Rain All The Time" dendangan Jane Siberry memang kena dengan mood filem ini pada part ending nya. Watak Eric Draven dengan bandnya dalam filem ini juga mempunyai lagu dengan tajuk yang sama di dalam filem ini cuma ianya tidak diketengahkan dalam OST ini (aku pun tak faham kenapa ianya tak muncul dalam OST ini). Kalau dalam komik, watak Eric Draven ni ada band rock dia sendiri iaitu Hangman's Joe.

 There's Eric Inside The Yellow Circle

Ditujukan khas kepada Brandon Lee

Menariknya mengenai cd ini ialah ianya dihasilkan sebagai tribute kepada mendiang Brandon Lee. Boleh dilihat di mana hampir setiap sudut inlay cover ada muka watak Eric Draven. Album OST ini juga pernah berada di kedudukan no. 1 pada carta Billboard Top 200 Album pada tahun 1994 (tahun ia diriliskan). Secara peribadi, cd ini merupakan one of the long-awaited items in my wishlist. Baru sekarang jumpa. Aku tengok movie The Crow lakonan Brandon Lee ni berpuluh kali pun masih tak jemu, tapi kalau tengok movie sequel dia yang lain tu, seperti City Of Angel dan Salvation, tengok sekali cukuplah (plot cerita yang hampir sama dan membosankan). Biasalah pihak Miramax Films memang suka buat filem yang over-rated dan menjemukan. 

The Cure - Burn

Stone Temple Pilots - Big Empty (also taken from the album "Purple")

Rage Against The Machine - Darkness (Of Greed) : Live Version

8 comments:

  1. wow...20 tahun dah rupanya the crow ni...tua dah..heheh...

    ReplyDelete
  2. dulu aku minat jugak baca dan carik info cammana Brandon Lee ni boleh termati kat shooting filem ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The action hero that has gone too soon, bro.....sedih

      Delete
  3. Sama mcm bapak dia jugak..mati di usia muda ketika nama berada ni puncak..boleh tahan lagu2 dalam cd ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kematian yg sungguh tragik dan penuh misteri....

      Delete
  4. Oh mendiang Brandon Lee, :( nya ninggal masa kamek gik sekolah. Baru jak abis nanga movienya sigek ya tek. Such a waste of talent and looks. Sigh...Anyway, sik haunting kah lagunya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba u dgr lagu "Burn" from The Cure, it does have that eerie feeling hehehe....off topic, bila u mok post video u perform guna your new ukulele? Hehehe...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...