Hari Ke-342 Dalam Tempoh Kawalan Pergerakan
PENGORBANAN SEORANG GURU
Pagi tadi sebelum turun kerja, aku sempat tolong set-up laptop untuk anak aku bagi memudahkannya mengikuti sesi pembelajaran menggunakan aplikasi Google Classroom. Semasa aku hendak buat setting Google Classroom, terkebil-kebil jugalah aku dibuatnya walaupun dah banyak kali buat. Bukan apa, kadang-kadang resepsi internet di kawasan rumah aku ni tidaklah berapa bagus sangat.
Melalui Google Classroom itu jugalah, aku dapat perhatikan pihak guru juga struggle untuk menyelaraskan sistem kelas atas talian ini. Mana-mana cikgu yang celik IT (kebanyakannya masih muda dan berumur 40 tahun ke bawah) tu kira OK lah, pandai juga menyelesaikan masalah internet serta bagaimana hendak mendapat perhatian para pelajar di dalam sistem tersebut. Bagi cikgu yang kurang pengetahuan dengan ilmu IT, aku sebenarnya kasihan dengan mereka. Aku faham, benda yang melibatkan proses pembelajaran ini bukan kerja mudah. Ditambah lagi dengan masalah kekangan komunikasi secara langsung bersama para pelajar.
Dari sini, aku sebagai ibu bapa kepada anak-anak kena main peranan dalam hal-hal sebegini. Kalau kita biarkan masalah ini tanpa membantu pihak cikgu, anak kita pasti akan terkebelakang dalam pelajaran. Anak kita juga yang rugi. Melalui situasi sebegini, adalah lebih baik kita hormatilah pengorbanan pihak guru. Jika kita anggap kerja mereka hanya duduk rileks di rumah sahaja, sebenarnya kita silap besar. Aku rasa kadang-kala beban kerja mereka juga pun sama seperti sektor awam yang lain.
Aku harap kita sama-sama berdoa agar pandemik ini cepat berakhir. Aku kadang-kadang rasa tidak sanggup melihat anak-anak hanya duduk di rumah. Kasihan melihat mereka tidak menempuhi kehidupan normal dalam sesi persekolahan seperti kita dahulu.
P/S : Tular baru-baru ini seorang penyampai radio mengejek seorang cikgu di media sosial. Aku rasa benda macam ini tidak perlulah dibuat bahan gurauan. Kalau kau bukan pelawak, tidak perlulah try hard sangat nak melawak.
Caption tentang gambar di bawah : Anak aku serta kawannya yang kebetulan sama kelas sedang mengikuti sesi Google Classroom.
betul...adik aku pun seorang guru...nak buat kelas online punya pasal dia terpaksa upgrade line unifi rumah dia dari yang murah kepada yg paling mahal...susah kalau line lembab...dia nak buat class... anak2 dia pun nak kena attend class online lain...sekolah, university... memang kena keluar modal sendiri…
ReplyDeletebetul tu bang. kadang2 kita pun kena fikir dari sudut seorang guru juga kan. kalua internet tak berapa laju, alamatnya anak2 pun ketinggalan. tapi itulah, kalua kita kenang balik orang2 yg tak cukup kemudahan internet, mereka lagilah kesian.
Deletesejak PKP tahun lepas aku beli laptop khas untuk kegunaan WFH dan Google Classroom anak, better aku belikan laptop berbanding smartphone/tablet
ReplyDeletenak harapkan PC dan netbook aku, dah 10 tahun ketinggalan zaman
setuju sangat tu. laptop rasanya lebih sesuai.
Delete