TIK TOK DARI PERSPEKTIF SEORANG OK BOOMER
OK, mungkin aku tidaklah sesuai untuk dikategorikan sebagai OK Boomer tetapi aku lahir sekitar era generasi Y dan jenis yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Kalau OK Boomer ni hanya dia saja yang betul dan beranggapan generasinya sahaja yang
hebat
berbanding lain.Berbalik kepada cerita asal, Tik Tok ini merupakan satu aplikasi telefon pintar yang aku cuba sedaya upaya untuk muat turun di dalam handphone aku sendiri. Mungkin disebabkan aku kurang senang dengan konsep menari tergedik-gedik lepas itu muat naik ke dalam aplikasi ini. Akan tetapi siapalah aku hendak bagitahu kepada orang ramai yang aplikasi ini teruk sangat, ianya cuma pendapat peribadi aku sahaja. Namun aku tidak juga membenci aplikasi ini, cuma bukan selera aku untuk menikmatinya atas sebab factor usia.
Namun aplikasi ini banyak sekali digunakan oleh golongan milenial dan anak aku juga tidak terlepas dari menggunakannya. Apa yang aku dapat nilai melalui aplikasi ini, rupa-rupanya ianya bukan sekadar hanya untuk aktiviti menari dan layan benda "nakal" seperti Bigo. Ada banyak lagi video yang informatif serta bermanfaat di dalam aplikasi tersebut.
Sebagai contoh, di dalam Tik Tok juga ada banyak video yang berbentuk motivasi diri, memperjuangkan hak manusia (sebagai contoh kempen "Black Lives Matter") dan juga bimbingan keagamaan (paling aku suka yang bertemakan islamik). Pendek kata Tik Tok ini juga sama seperti media social yang lain; ada pro dan kontranya. Jadi untuk mengatakan ianya tidak bermanfaat secara total adalah tidak berasas langsung.
Jika dari aspek dunia hiburan pula, Tik Tok juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan sesebuah muzik. Sebagai contoh, baru-baru ini tular pula video tik Tok menari slowdance dengan diiringi lagu "Heartbreak Anniversary" nyanyian penyanyi baru Giveon. Lagu ini sedap juga didengar, ianya ada kombinasi muzik RnB dan juga elemen Lo Fi. Sungguh minimalis namun sedap didengar. Pendek kata, Tik Tok juga membantu dalam mempromosikan lagu-lagu dari ramai artis untuk jadi popular. Sebab itu ramai selebriti terkenal mempunyai akaun Tik Tok dengan alasan untuk mempromosikan produk masing-masing. Tidak kisahlah samada lagu, filem ataupun bahan bacaan seperti novel.
Kesimpulan yang aku dapat melalui penggunaan aplikasi Tik Tok ini ialah ianya sangat bermanfaat dalam penyampaian maklumat jika digunakan secara betul. Namun 90 peratus kandungannya lebih berorientasikan hiburan yang kadang kala merapu dan sukar untuk diterima akal aku yang makin berusia ini. Buat para ibu bapa, sentiasalah memantau pergerakan anak-anak anda di alam media sosial supaya kita dapat tahu, mudah mengawal serta menapis segala anasir-anasir jahat yang berlegar di dalam dunia internet.
aku adalah Generasi X yang dah ketinggalan keretapi tentang Tik Tok... haha...
ReplyDeleteSaya yg dari generasi Y pun malas nak ambik tahu pada awalnya bang hahah
Delete