Thursday, October 28, 2021

ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : MISS KOBAYASHI'S DRAGON MAID (2017)

ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : MISS KOBAYASHI'S DRAGON MAID (2017)

Antara jenis anime yang aku suka ialah dari genre komedi, shoujo (manga khas untuk bacaan perempuan) dan Isekai (manga yang melibatkan watak utama berada di dunia lain). Anime seperti "Miss Kobayashi's Dragon Maid" merupakan salah satu daripadanya. Anime yang diterjemahkan dari manga hasil karya Coolyousinnjya ini sudah pun berada di musim yang kedua dan mula diriliskan pada Julai 2021.

Pelukis manga untuk anime ini juga bertanggungjawab menghasilkan anime "Peach Boy Riverside", sebuah karya yang penuh denga plot twist dan jalan cerita menarik. Banyak lagi manga lain yang dia buat, cuma kali ini aku fokus kepada yang ini dahulu.

Anime ini walaupun nampak comel akan tetapi ada beberapa elemen yang rasanya kurang sesuai ditonton oleh individu di bawah umur 16 tahun kerana ianya mempunyai watak-watak yang seksi, Yuri (manga yang menyentuh tentang keintiman watak-watak perempuan dan kadang-kala boleh menuju ke arah lesbianisme) dan beberapa lawak cringe yang rasanya susah untuk kita terangkan kepada kanak-kanak.

Akan tetapi ada beberapa keunikan yang terdapat di dalam anime ini. Salah satunya ialah jalan ceritanya yang menarik. Ianya juga mempunyai character development yang tersusun serta masih setia dengan storyline asal. Elemen kawaii (comel) juga menjadi kekuatan utama anime ini terutama sekali watak Kanna yang dilihat penyumbang utama kepada keunikan pada siri anime ini.

Rating? 4/5



No comments:

Post a Comment

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...